Followers

Monday, 31 October 2011

Berita Dari Tasek Gelugor - 5000 Serbu Karnival Kemasyarakatan 2011 DUN Sungai Dua


30 Oktober 2011 Bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Tok Jaya telah berlangsungnya Karnival Kemasyarakatan Anjuran Pusat Khidmat ADUN Sungai Dua,Kelab Sukan Komuniti Sungai Dua ( KSKS2) dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor.



Seramai 5000 orang hadir memeriahkan program yang dijalankan selama satu hari ini.Karnival yang menyediakan pelbagai acara ini telah di rasmikan oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop selaku Ahli Parlimen Tasek Gelugor.




Karnival yang bermula seawal jam 8.30 pagi ini dimulakan dengan acara senamrobik,Tai Chi dan kayuhan basikal mengelilingi DUN Sungai Dua diikuti dengan Majlis Perasmian dan Penghargaan kepada bekas-bekas kepimpinan UMNO cawangan - cawangan melibatkan hampir 250 orang penerima yang telah dikenal pasti oleh pihak Pusat Khidmat ADUN Sungai Dua.





Pelbagai acara diteruskan seperti Pertandingan Bola Jaring , Pertandingan Futsal , Mewarna , Sukaneka , Pelbagai Pertandingan seperti Congkak , Gubahan , Masakan , Sepak Takraw , Karom dan banyak lagi.

Setiap acara dan pertandingan yang dijalankan juga turut melibatkan golongan dewasa dan kanak-kanak ini bagi menambahkan lagi suasana menarik dan sewaktu semua acara ini sedang dijalankan kawasan padang bola yang digunakan sebagai kawasan aktiviti dipenuhi oleh peserta dan orang ramai yang turut tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama-sama dalam Karnival yang cukup meriah ini.


                                  Antara acara yang dijalankan sepanjang proram














Pihak penganjur juga turut mengadakan kenduri rakyat berupa nasi daging dan dijamu kepada semua peserta dan orang ramai yang berkunjung ke tapak karnival.Cukup meriah suasana dengan penglibatan daripada semua lapisan masyarakat membuatkan semua jawatankusa program yang bertungkus lumus sejak 3 minggu yang lalu tidak merasai kepenatannya.Sdr Tarmizun Yassin yang ditemui berkata segala usaha yang telah dilakukan sebelum ini untuk menjayakan program nampaknya berbaloi dan beliau turut berterima kasih kepada semua pihak yang sama-sama hadir menjayakan Karnival ini.

Walaupun keadaan padang agak becak kerana hujan sejak kebelakangan ini namun semua peserta tetap tidak berganjak dan terus melibatkan diri dalam aktiviti yag disediakan.Inilah yang menjadi kunci kepada kejayaan Karnival Kemasyarakatan 2011 DUN Sungai Dua.


                                       Sebahagian pengunjung yang turut hadir





MMI yang turut berada di tapak karnival turut merasa teruja dengan sambutan yang diberikan dan ini membuktikan bahawa objektif penganjuran karnival untuk merapat dan mengeratkan hubungan sesama masyarakat tercapai.Ditambah usaha untuk mendekatkan pemimpin dengan rakyat , mekanisma ini dilihat sebagai salah satu usaha terbaik yang seharusnya sentiasa diteruskan dari masa ke semasa.

YB Dato' Jasmin  Mohamed selaku ADUN Sungai Dua dan Pengerusi KSKS2 juga tidak melepaskan peluang untuk turut sama menyertai acara yang disediakan.Ini sejajar dengan hasrat YAB Perdana Menteri supaya pemimpin sentiasa turun padang dan dekat dengan rakyat.

Tahniah kepada YB Dato' Jasmin Mohamed di atas kejayaan penganjuran Karnival Kemasyarakatan 2011 DUN Sungai Dua dan tak di lupakan kepada semua jawatankuasa terdiri daripada Pusat Khidmat ADUN Sungai Dua dan Kelab Sukan Komuniti Sungai Dua yang bertungkus lumus bagi menjayakan program ini.  

SYABAS ..

"Rakyat Di Dahulukan Pencapaian Di Utamakan"

MMI. 

No comments:

Post a Comment

Labels