Followers

Thursday 27 October 2011

Pembaziran RM5.7 Juta..Mana Janji Pakatan Rakyat Pulau Pinang?

Tol Sungai Nyior

Masihkah kita ingat janji Pakatan Rakyat khususnya DAP untuk memansuhkan Tol Sungai Nyior sekiranya PR menang dalam PRU12 ? Sehingga ke hari ini janji masih tinggal janji.Malahan ketika mereka menang dalam PRU12 yang lalu LGE telah menyatakan bahawa untuk memansuhkan tol adalah tertakluk dibawah bidang kuasa kerajaan pusat.

Inilah sikap pembohong LGE yang di gelar kalifah oleh sebahagian daripada puak-puak PAS.LGE tahu seawal janjinya bahawa mereka tak akan mampu untuk membuat pemansuhan tersebut melainkan janji ini di tabur semata-mata untuk mengkaburi pemikiran rakyat supaya memberikan kemenangan kepada mereka.


Terlupakah kita bahawa LGE dan konco-konconya juga merupakan sebahagian daripada kumpulan yang pernah mengadakan bantahan terhadap kerajaan Barisan Nasional satu ketika dulu berkenaan tol Sungai Nyior ini.Namun kini sepi seribu bahasa.Inilah contoh kepimpinan pembangkang yang hanya tahu membangkang tetapi gagal dalam melaksanakan amanah yang di berikan oleh rakyat Pulau Pinang.

Rakyat di Bagan dan Seberang Jaya terutamanya masih menagih janji LGE untuk memansuhkan tol Sungai Nyior sehinggakan telah ada pihak-pihak tertentu secara terbuka telah mula menyatakan bantahan dan ketidakpercayaan terhadap kerajaan negeri pimpinan LGE sekarang.

Laluan baru sepanjang 1Kilometer di Bagan

Kerana takutkan desakan demi desakan maka LGE mula bertindak dengan sekali lagi membohongi rakyat Pulau Pinang.Sebatang jalan telah dibina di Bagan dengan kos RM5.7 juta duit rakyat sepanjang 1 kilometer.Dengan harapan jalan ini akan menjadi laluan alternatif kepada pengguna Tol Sungai Nyior.   

Apalah yang LGE ni melalut MMI juga turut simpati dengan beliau.Jalan yang dibina di Bagan ini langsung tiada kena mengena dengan laluan alternatif bagi menggantikan laluan Tol sungai Nyior dan bayangkan dengan nilai RM5.7 Juta ini kepada siapalah agaknya projek ini diserahkan dan apakah faedahnya kepada kebanyakkan pengguna laluan sungai Nyior ke Seberang Jaya ? Mereka yang dari Seberang Jaya ke Butterworth dan Bagan ke Seberang Jaya tetap terpaksa menggunakan laluan yang sama.

Satu pembaziran yang telah dilakukan oleh LGE dan kerajaan negeri.Apakah sekiranya perkara ini dilakukan oleh pihak Barisan Nasional maka isu ini akan diterima oleh semua pihak ? MMI yakin sekiranya Barisan Nasional yang melakukannya pasti peristiwa demo bantahan serta tuduhan akan terus di lemparkan. 

DAP dan LGE mengadakan bantahan terhadap Tol Sungai Nyior

Percayalah Pakatan Rakyat di Pulau Pinang pimpinan LGE hanya pandai membuat janji.Pakatan rakyat di Pulau Pinang pimpinan LGE hanya pandai menipu rakyat untuk kepentingan mereka.

Maka MMI menyeru kepada semua rakyat Pulau Pinang sedarlah bahawa mereka-mereka ini hanya mahu memecahkan kita.Ayuh jadilah rakyat yang bijak dan buatlah keputusan yang tepat bagi mencari dan memilih yang terbaik untuk mempimpin kita dalam PRU13 nanti.

Barisan Nasional
Rakyat DiDahulukan Pencapaian DiUtamakan

MMI


  

No comments:

Post a Comment

Labels