Followers

Thursday 27 October 2011

Warga India Tasek Gelugor Bersama Barisan Nasional

Kepimpinan Barisan Nasional Tasek Gelugor bersama warga India


Warga India di Tasek Gelugor hari ini telah menyatakan janji mereka bahawa akan bersama Barisan Nasional dalam PRU13 nanti.Ini dapat dilihat dalam program pemimpin bersama rakyat pada 15 oktober yang lalu sempena dengan perayaan Deepavali bertempat di dewan HYO Pokok Machang lebih dari 1000 warga India hadir untuk bersama-sama kepimpinan Barisan Nasional.

Program yang di atur oleh parti-parti komponen BN terdiri daripada MIC,PPP,IPF bersama dengan UMNO Bahagian dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen ini cukup meriah dengan kehadiran semua pimpinan bagi sama-sama menjayakan program yang di jalankan.

Ucapan oleh YB Hj Shabudin Yahya Pengerusi Barisan Nasional Tasek Gelugor


Seramai hampir 700 warga India dalam Parlimen Tasek Gelugor telah dikenal pasti dan diberikan sumbangan sempena perayaan deepavali.

Sewaktu ucapan daripada kepimpinan Barisan Nasional semua warga India bangun dan memberikan tepukan kepada semua pemimpin tanda terima kasih dan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan dan Barisan Nasional.

Ucapan oleh Pengerusi MIC Tasek Gelugor B.Subramaniam


Dato' Jasmin Mohamed,Datuk P. Subaiyah,YB Hj Shabudin Yahya dan YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop antara Kepimpinan Barisan Nasional yang turut hadir 


Ini merupakan satu tanda sokongan yang semakin meningkat dilihat berlaku dalam Parlimen Tasek Gelugor dan MMI yang turut berada sewaktu program berlangsung yakin bahawa dalam PRU13 nanti Barisan Nasional Tasek Gelugor akan terus dipertahankan.

Tahniah kepada semua yang terlibat.

MMI.  

No comments:

Post a Comment

Labels