Followers

Wednesday 23 November 2011

PAS Tunduk Penangan Nasi Kangkang DAP


Dalam suasana politik negara yang sentiasa hangat dengan isu-isu yang dimainkan oleh pihak-pihak tertentu umat Islam di Malaysia sebenarnya perlu bersatu.Penyatuan ini amatlah penting kepada survival orang-orang Melayu dan Islam kerana diluar sana begitu dasyat sekali kritikan dan serangan yang dilakukan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab terhadap orang Melayu dan Islam.

PAS sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam dilihat gagal dalam menangani permasalahan ini sedangkan mereka berada di pihak yang sentiasa melakukan serangan-serangan tersebut.



Jika diikuti perkembangan dan gerak kerja PAS hari ini mereka sebenarnya sudah tiada kuasa,mereka sudah hilang pendirian,mereka sudah lari dari matlamat dan paling penting PAS telah tunduk kepada Yahudi.PAS telah termakan NASI KANGKANG DAP dan hari ini dilihat sebagai pencacai untuk memenuhi agenda DAP dan Pakatan Haprak.

Persoalan mudah untuk kita sama-sama fikirkan.Apakah segala kemungkaran dan keburukan itu semuanya datang daripada UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional ? Jika dilihat daripada segala usaha kearah mencari yang terbaik untuk umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia sebenarnya UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan PAS atau pun pembangkang.

Ini dapat dilihat dengan jelas peranan dan tindakan yang dilakukan oleh kedua-dua belah pihak apabila timbul satu-satu isu yang selalunya dimainkan oleh parti DAP mahupun parti Keadilan.Bagaimana UMNO akan sentiasa mempertahankan segala tindakan yang boleh mendatangkan keburukan dan kebiadapan terhadap agama Islam.



Lupakah kita apa yang berlaku di Selangor apabila Exco Agama Dr Hassan Ali telah diarahkan untuk memulangkan semula rampasan arak di sebuah kedai di Selangor hasil daripada operasi oleh pihak PBT ? Semuanya melibatkan arahan daripada DAP laknatullah.Hassan Ali sendiri mengakui bahawa usaha membendung penjualan arak melibatkan umat Islam tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya ekoran kurangnya kerjasama daripada semua wakil-wakil rakyat di negeri Selangor.  

MMI memuji tindakan yang diambil oleh Dr Hassan Ali namun yang menghairankan dimana suara PAS dalam mempertahankan tindakan Hassan Ali ? Jika ada pun sejauh mana ? Inilah hakikatnya apabila PAS lebih mementingkan kuasa daripada perjuangan mereka sendiri.

Isu kalimah Allah yang mahu digunakan oleh penganut agama-agama lain.Tidakkah PAS melihat ini sebagai satu cubaan serangan terhadap Islam ? MMI hairan bagaimana pemimpin-pemimpin PAS boleh mengeluarkan kenyataan yang tidak sama sedangkan dipihak UMNO kita jelas dengan pendirian bahawa kalimah Allah hanyalah untuk orang Islam sahaja.Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam umpamanya telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut " Perkataan Allah bukan milik eksklusif umat Islam sahaja tetapi semua manusia ."

MMI bawakan pendedahan berikut supaya kita dapat sama-sama menilai.






Bermacam-macam perkara sebenarnya telah dihalalkan oleh PAS hanya kerana tunduk dan takut kepada Keadilan dan DAP.Mereka hanya hebat dipentas sendiri melaungkan bahawa mereka pejuang Islam dan bersungguh-sungguh untuk menyebarkan syiar Islam kepada sahabat karib DAP supaya memahami Islam.

Tetapi kerjasama bersama rakan Pakatan Haprak ternyata telah melondehkan sifat munafik sebenar parti PAS.Mereka dilihat lesu apabila tumpuan hanya terarah kepada kuasa dan Putrajaya.

  


Apa berlaku kepada Dr Hassan Ali dan Datuk Harun Din ? Mereka hari ini dilihat telah dipinggirkan oleh PAS hanya kerana mereka adil kepada Islam.Inilah balasan yang mereka terima apabila benar-benar berjuang.Soalnya sejauh mana PAS ini memperjuangkan Islam?

PAS sanggup meninggalkan perjuangan mereka apabila slogan " Membangun Bersama Islam " ditukar kepada " Negara Berkebajikan " inilah sebahagian daripada sifat-sifat PAS yang mementingkan kuasa daripada agenda perjuangan Islam.



PAS ternyata telah termakan NASI KANGKANG DAP dan hanya menjadi pak turut kepada Pakatan Haprak.

Oleh kerana itu maka penyokong-penyokong PAS turut sama terlibat dalam perkara dan perbuatan yang jelas boleh merosakkan akidah seseorang.MMI bawakan contoh kepada semua.

Inilah sikap dan cara penyokong-penyokong PAS berhujah selain sanggup menceraikan isteri sendiri  kerana politik lebih penting dari saranan Islam untuk mengelakkan penceraian apatah lagi penceraian sebegini

Beliau sanggup menceraikan isterinya sekiranya menyokong UMNO


Selebihnya MMI serahkan kepada semua untuk menilai.Percayalah hari ini hanya UMNO sahaja parti yang memperjuangkan Islam.UMNO tidak akan sesekali membiarkan puak-puak dajjal ini daripada terus menerus menyerang Islam dan bangsa Melayu kerana kita tahu di luar sana jutaan umat Islam sentiasa bersama-sama UMNO untuk mempertahankan maruah Agama,Bangsa dan Negara.

Lagi Berita


Ayuh semua atas nama Melayu dan Islam kita bersama mempertahankan yang hak dan kita hapuskan yang batil.Semoga bumi bertuah Malaysia terus makmur dan dilimpahkan rahmat oleh Allah swt.Amin.


MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels