Followers

Friday 11 November 2011

Beca Mengamuk Di Pulau Pinang

Pelbagai bentuk perhimpunan telah diadakan di Pulau Pinang kerana tidak puas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri DAP pimpinan Lim Guan Eng.Antaranya perhimpunan Sedaq melibatkan 30 NGO yang tidak berpuas hati dengan diskriminasi LGE terhadap bangsa Melayu di Pulau Pinang.


Kemudian diikuti dengan perhimpunan Suara Rakyat Pulau Pinang yang turut membidas LGE sebagai Ketua Menteri Rasis.Seluruh kawasan komtar Pulau Pinang mengalami kesesakan yang teruk apabila perarakan perhimpunan ini mengambil tempat. 


Selepas itu perhimpunan Mat Rempit pula dengan sebahagiannya memakai baju berwarna kuning dengan tulisan "Selamatkan Pulau Pinang LGE Rasis "


Terbaru hari ini apabila kumpulan Beca pula mengambil tempat.Ini jelas memberi maksud bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP dan Lim Guan Eng sebenarnya gagal dalam memastikan nasib rakyat terbela.Mereka dilihat gagal dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat khususnya orang-orang Melayu.  


MMI yakin bantahan demi bantahan pasti akan berterusan di Pulau Pinang kerana gagalnya DAP dan Lim Guan Eng mentadbir selain sikap rasis yang begitu kuat dikalangan puak-puak DAP ini.

Apa pun rakyat bakal menentukan.

P/S Teringin nak tengok gang-gang nasi kandar pula berdemo.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels