Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP sentiasa mendabik dada menyatakan merekalah yang sentiasa berusaha dan bekerja untuk membawa pembangunan ke Pulau Pinang.Lupakah peristiwa bagaimana Lim Guan Eng sebagai seorang Ketua Menteri memburukkan negeri lain semata-mata mahu mendapatkan pelaburan dinegeri pimpinannya.Sebagai seorang pemimpin MMI ibaratkan LGE sebagai seorang Ketua Menteri kelas terbawah jika diukur dari segi kewibawaannya dalam mencari pelaburan.
Rakyat Pulau Pinang seharusnya diingatkan supaya bijak dalam membuat penilaian.Bukalah mata seluas-luasnya dan lihat usaha berterusan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membawa pembangunan ke negeri ini menerusi pelbagai jenis pelaburan sama ada dari dalam (DDI) atau luar negara (FDI) walaupun negeri Pulau Pinang diperintah oleh kerajaan pembangkang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata , pendedahan itu juga penting bagi mengelak kekeliruan di kalangan rakyat dengan tindakan sesetengah pihak yang hanya mahukan publisiti sedangkan kerja keras dilakukan oleh pihak lain.
"Perkara ini perlu disebut sekali lagi supaya rakyat negeri ini lebih jelas dan tahu siapa sebenarya yang berusaha untuk membangunkan negeri ini , kita tidak mahu segelintir pihak yang hanya mahukan nama atas usaha orang lain." katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Pulau Pinang hari ini.
YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop turut berkata , kerajaan pusat tetap membawa masuk pelaburan ke negeri ini walaupun sepanjang tempoh tiga tahun Pulau Pinang diperintah oleh kerajaan pembangkang.Ini untuk menunjukkan keprihatinan kerajaan BN terhadap keperluan dan kebajikan rakyat.
Kerajaan Barisan Nasional sentiasa terbuka dan telah menunjukkan keikhlasan mereka dengan pelaksanaan pelbagai program dan projek demi untuk melihat Pulau Pinang terus di majukan.Lupakah mereka bahawa MITI dibawah kerajaan persekutuan sentiasa mencari dan memberikan ruang serta peluang seterusnya meluluskan sekiranya sesuatu pelaburan itu dilihat dapat memberi manafaat kepada rakyat keseluruhannya.
Jambatan Pulau Pinang |
Jambatan Kedua Pulau Pinang |
Penang International Airport yang dinaik taraf |
Keretapi Bukit Bendera |
Penang Port |
Perkhimatan Feri |
Rapid Penang |
Penang Central |
Lebuhraya lingkaran luar Butterworth |
Projek Landasan berkembar elektrik (PLBE) Ipoh-Padang Besar sepanjang 329 Kilometer yang merentasi negeri Perak,Pulau Pinang,Kedah dan Perlis. |
MMI bawakan sebahagian daripada contoh , Pulau Pinang walaupun dibawah pentadbiran pembangkang namun kerajaan Barisan Nasional sentiasa memberikan yang terbaik dan semuanya turut memberikan manafaat kepada rakyat tanpa mengira bangsa dan fahaman politik.
Dasar pembangkang sentiasa mencari kesalahan orang lain sedangkan kebajikan untuk rakyat diabaikan.
Antara contoh apa yang kerajaan DAP Pulau Pinang lakukan.
Perumahan mewah mampu milik dengan kos jutaan ringgit di Balik Pulau |
Pemberian wang ehsan untuk warga emas RM100 dan ehsan-ehsan yang lain secara one off |
Selebihnya JANJI |
Kesannya .
Akhirnya
Terbaru
Selebihnya fikirlah..
Baru-baru ini MMI turut terkejut apabila diberitahu oleh seorang penyokong Pakatan Rakyat bahawa janji kerajaan PR Pulau Pinang untuk memberikan RM1000.00 untuk satu-satu kematian tidak dilakukan secara jujur.
MMI lantas bertanya kenapa begitu ? Jawapan sipolan tersebut setiap kematian mestilah mereka yang berumur 60 tahun keatas , barulah dikira layak untuk menerima sumbangan tersebut.Dulu tak bagitahu pun ada syarat semacam ini.Kata sipolan sambil mengeleng-ngelengkan kepalanya.
MMI tumpang simpati namun dalam masa yang sama terfikir juga begitu mudahnya rakyat Pulau Pinang dipermainkan oleh sebuah kerajaan yang kononya mengamalkan pentadbiran Cekap Akauntiliti dan Telus ini.
MMI.
No comments:
Post a Comment