Kira-kira 100 anggota polis menyerbu Sunway Karnival Seberang Jaya hari ini.Pengunjung yang berada di kawasan sekitar turut panik melihat keadaan ini dan ramai yang tertanya-tanya apakah yang berlaku ? Adakah Sunway Karnival telah ditawan oleh pengganas ?
Namun semua yang menjadi tanda tanya ini berakhir apabila Datuk Wira Ayub Yaakob Ketua Polis Negeri Pulau Pinang hadir bersama-sama anggotanya untuk bertemu dengan masyarakat setempat dan menghadiri program PDRM bersama Pelanggan tepat jam 12.45 tengahari.
Program yang diadakan dihadapan pintu masuk utama Sunway Karnival ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dan turut bersama adalah YB Datuk Arif Shah Omar ADUN Seberang Jaya .MMI yang turut berada di lokasi melihat bukan saja masyarakat berbangsa Melayu bahkan semua bangsa hadir untuk bersama-sama dengan PDRM.
Datuk Wira Ayub dalam ucapannya berkata "Menjadi sebahagian daripada tugas kami untuk bersama tuan-tuan kerana kami diberikan amanah dan tanggungjawab oleh seluruh rakyat negeri Pulau Pinang bukan saja dalam soal menjaga keselamatan bahkan perhubungan untuk kita sama-sama memelihara keselamatan seluruh masyarakat di negeri Pulau Pinang." sambil diberikan tepukan oleh semua yang hadir.
Beliau turut berkata " Dalam program yang diatur ini tuan-tuan boleh mengemukakan apa saja soalan sama ada yang berkaitan dengan bidang kepolisian atau keselamatan supaya perkara-perkara yang dilihat sebagai kelemahan boleh diatasi."
Program PDRM bersama Pelanggan ini juga memberikan ruang kepada semua yang hadir untuk berinteraksi dengan anggota polis selain daripada pameran yang turut diadakan.
Inilah diantara proses transformasi yang dijalankan oleh pihak kerajaan melalui NKRA (6 bidang keberhasilan utama negara) antara yang paling utama adalah mengurangkan kadar jenayah.Sebagai sebahagian daripada proses dan tindakan yang dijalankan,program bersama pelanggan ini dilihat sebagai penyumbang kepada penurunan indeks jenayah khususnya di Pulau Pinang.
Lihat statistik dibawah
Jelas sekali penurunan kadar jenayah di Pulau Pinang adalah hasil daripada kecekapan anggota-anggota polis dan gerak kerja oleh kerajaan Barisan Nasional dalam memastikan rakyatnya sentiasa dapat hidup dalam suasana yang harmoni.
MMI melihat ini merupakan mekanisma terbaik yang dijalankan oleh PDRM dalam usaha untuk mewujudkan jaringan yang lebih baik diantara anggota-anggota polis dan masyarakat.Usaha ini perlu diteruskan dari masa ke semasa kerana ianya mampu untuk memperjelaskan secara dekat berkenaan tugas dan gerak kerja PDRM dalam menjaga keselamatan penduduk dan masyarakat.
Walaupun kerajaan Pakatan Haprak di Pulau Pinang mendabik dada berbangga kononnya negeri dibawah pentadbiran mereka berjaya mengurangkan kadar jenayah malah membandingkan pula dengan negeri Johor ianya sebenarnya adalah hasil usaha dan gerak kerja UMNO dan Barisan Nasional yang telah meletakkan soal keselamatan sebagai perkara utama dan ianya dijayakan oleh Pasukan Polis Di Raja Malaysia.
Persoalan sekarang apa yang DAP dan Lim Guan Eng buat ?
Inilah sebenarnya yang perlu difahami oleh seluruh rakyat Pulau Pinang.Kerajaan Barisan Nasional sentiasa bekerja untuk kebaikan semua rakyatnya.Malahan jika dibandingkan dengan kerajaan negeri DAP di Pulau Pinang ternyata mereka sebenarnya hanya pandai bercakap daripada bekerja.
MMI.
No comments:
Post a Comment