Segala persiapan sedang rancak dijalankan bagi melancarkan Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang bakal mengambil tempat bermula pada 29 November sehingga 3 Disember ini bertempat di PWTC.Ribuan perwakilan daripada seluruh negara bakal hadir bagi menyempurnakan amanah dan tanggungjawab terhadap parti keramat UMNO ini.
Persidangan kali ini cukup penting kepada UMNO kerana ianya dilihat persidangan terakhir sebelum pilihan raya umum dijalankan.Seluruh jentera UMNO termasuk tentera siber BN pastinya akan memberikan tumpuan kepada pesanan dan amanat Presiden bagi memantapkan lagi gerak kerja masing-masing selepas ini.
Ramai yang ditemui turut melahirkan rasa teruja untuk sama-sama mengikuti persidangan yang bakal bermula dalam masa tak sampai seminggu ini.
Jika melihat kepada senario politik masa kini perhimpunan UMNO 2011 merupakan pentas terakhir untuk memastikan seluruh jentera di setiap negeri bersedia sepenuhnya kerana yang pastinya paluan gendang perang pilihan raya bakal dibunyikan dalam masa terdekat ini.
Pihak pembangkang yang semakin hebat menyerang kerajaan dan Barisan Nasional dari masa ke semasa sebenarnya turut merasa gentar kerana mereka juga bimbang dengan sokongan yang semakin bertambah terhadap UMNO dan Barisan Nasional.
Ini dapat dilihat dengan jelas apabila segala pembohongan dan fitnah mereka terhadap kerajaan dapat dipatahkan serta dibuktikan sebagai satu pembohongan.Semua tindakan mereka ini dilihat semata-mata untuk meraih sokongan rakyat dan memburukkan kerajaan Barisan Nasional.
Pelancaran Sukarelawan Media Sosial 1Malaysia oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini juga sebenarnya memberikan impak yang cukup besar kepada puak-puak pakatan haprak ini.Kepimpinan mereka dilihat gementar dengan ribuan sokongan para blogger,facebooker dan tweetarian yang berikrar akan terus menyokong Barisan Nasional serta mendokong Gagasan 1Malaysia.
Paling digeruni mereka yang digelar sebagai tentera siber BN ini merupakan pasukan elit yang terus-terusan mempertahankan Barisan Nasional serta merobek pertahanan Pakatan Haprak serta membuktikan segala fitnah dan pembohongan yang dilakukan oleh mereka.
Ditambah dengan dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional yang semakin diterima rakyat.Pembentangan bajet 2012 yang merupakan bajet terbaik dan sudah pun dinikmati oleh sebahagian besar rakyat Malaysia melalui skim bantuan persekolahan turut menyumbang kepada sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional.
Gerak kerja yang dijalankan oleh seluruh jentera disemua peringkat juga merupakan salah satu faktor rakyat menerima Barisan Nasional dan menolak Pakatan Haprak.
Kelemahan demi kelemahan yang ditunjukkan oleh barisan pembangkang sebenarnya membuatkan pakatan haprak semakin tidak senang duduk dan mereka dilihat cuba untuk menutup kelemahan ini dengan menyerang kerajaan dan Barisan Nasional dengan fitnah dan pembohongan yang semakin menjadi-jadi.Namun mereka lupa bahawa rakyat Malaysia bijak menilai dan pastinya rakyat akan menolak pakatan pembangkang dalam PRU Ke-13 nanti.
Hari ini apa yang tersemat dihati seluruh ahli UMNO dan Barisan Nasional hanyalah untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional terus dipertahankan dan paling penting untuk merampas kembali negeri-negeri yang jatuh ke tangan pembangkang dalam PRU Ke-12 yang lalu.
Perhimpunan Pemuda dan Puteri UMNO dari seluruh negara yang diadakan di PWTC baru-baru ini sempena dengan pelancaran BN Pilihan Orang Muda telah membuktikan bahawa barisan sayap ini telah bersedia sepenuhnya untuk masuk ke medan perang bagi mempertahankan Barisan Nasional.
Barisan Pemuda dan Puteri sewaktu pelancaran BN Pilihan Orang Muda.
Segala kelemahan akan diatasi dan diperbaiki semuanya atas satu matlamat memastikan Putrajaya terus dipertahankan kerana ianya merupakan nadi kepada UMNO dan Barisan Nasional untuk terus menerajui bumi bertuah Malaysia ini.
Hanya Barisan Nasional mampu membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Yang pastinya Pakatan Haprak semakin lesu dan tertekan.
Ayuh kita sama-sama kita pastikan Pakatan Haprak tumbang dalam PRU Ke-13 nanti.
Hidup UMNO ! Hidup BN !
MMI.
No comments:
Post a Comment