Followers

Thursday, 24 November 2011

Pembangkang Takut Hadapi Pilihanraya


Kesian melihatkan keadaan diri Khalid Ibrahim sekarang yang semakin tidak terurus.Beliau bolehlah diibaratkan sebagai mereka yang semakin gelisah kerana memikirkan tentang jawatan sebagai Ketua menteri Selangor yang perlu diserahkan kembali kepada BN selepas ini kerana Pakatan Haram bakal kecundang pada PRU Ke-13 nanti.

Beliau dalam kenyataannya baru-baru ini telah menyatakan untuk mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan dengan pilihan raya umum ke-13 dengan alasan mahu melunaskan janji dalam bajet 2012.

Hahaha alasan tu,sebenarnya Khalid Ibrahim semakin gelisah kerana takutkan pilihan raya maklumlah orang-orang yang suka buat janji tapi tak melaksanakannya pasti akan panas punggung apatah lagi Pakatan Haram dilihat semakin tak keruan kerana rakyat semakin menolak mereka.

Inilah sebenarnya bukti Pakatan Haram semakin goyah apatah lagi dengan kes Anwar Ibrahim yang semakin menghampiri penamatnya.MMI yakin PR Selangor pastinya akan tumbang dalam PRU ke-13 nanti.

Namun yang menariknya pula,apabila Nik Abdul Aziz Menteri Besar Kelantan telah pun membuat kenyataan untuk mengadakan pilihan raya DUN Kelantan serentak dengan pilihan raya Parlimen.


"Kelantan akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bersama dengan kerajaan Pusat sekiranya pengumuman pembubaran parlimen dilakukan pada masa terdekat.Nik Aziz turut berkata,adalah tidak berbaloi sekiranya pilihanraya diadakan berasingan antara Parlimen dan DUN.

"Kalau kita buat berasingan segala 'Iblis syaitan' akan tertumpu kepada satu kawasan.

"Apabila dah banyak susah kita nak kawal nanti," katanya.

Tambahnya dengan pengalaman lebih 20 tahun memerintah Kelantan,sebaiknya pilihan raya parlimen dan Dun diadakan sekali.

Beliau berkata demikian sewaktu diminta mengulas oleh pemberita mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tidak akan membubarkan Dun Selangor sehingga Jun 2012 dengan alasan bagi memastikan belanjawan negeri dapat dilaksanakan pada tahun depan.

Semuanya dusta semata-mata.MMI cukup mengenali sikap puak-puak ni yang cukup pandai menipu dan memfitnah.Sebagai sebuah parti dan rakan dalam Pakatan Haram mengapa keputusan daripada pucuk pimpinan masing-masing tidak sealiran bahkan dilihat sebagai membawa haluan masing-masing.

Persoalannya mana mungkin Kelantan dan Selangor boleh membuat kenyataan yang berlainan sedangkan kedua-dua negeri ini dipimpin oleh Pakatan Haram dan tidakkah perkara-perkara seperti ini dibincangkan terlebih dahulu?

Keduanya Nik Aziz yang diangkat sebagai ulama oleh puak-puak PAS sanggup mengeluarkan kenyataan dengan menyamakan iblis dan syaitan itu seperti orang-orang UMNO.Ini cukup jelas satu kenyataan yang cukup biadap oleh seorang manusia bernama Nik Aziz.  

Tindakan yang nak diambil tersebut jelas menunjukkan Pakatan Haram semakin tenat dan takut kepada bayang-bayang sendiri.Dengan sokongan yang semakin meningkat terhadap UMNO dan Barisan Nasional puak-puak pakatan haram semakin bimbang kerana mereka bakal hilang  negeri.


Ayuh semua kita pastikan Pulau Pinang kembali kepada Barisan Nasional.pada PRU Ke-13 nanti.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels