Papa Gomo dalam artikel terbarunya telah mendedahkan satu demo bagaimana penggunaan dakwat kekal yang dicanangkan oleh pihak pembangkang sebagai mampu membuktikan pilihanraya dapat dijalankan dengan adil sebenarnya boleh dihilangkan dakwatnya hanya dalam tempoh masa 5 minit sahaja.
Ikuti demo pendedahan oleh Papa Gomo
Papa Gomo juga turut berkata tuntutan yang dilaungkan oleh himpunan bersih 2.0 untuk menggunakan dakwat kekal bagi menambah baik sistem pilihanraya negara ternyata mempunyai agenda jahat yang dirancang oleh PKR,PAS dan DAP bertujuan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dengan cara yang tidak sihat.
Jika dibandingkan penggunaan dakwat kekal dengan biometrik sebenarnya biometrik adalah kaedah terbaik dalam usaha kita menjadikan pilihanraya negara lebih telus dan adil bukannya penggunaan dakwat kekal seperti mana yang dilaungkan oleh puak-puak pakatan haprak.
MMI turut memuji tindakan SPR mencadangkan penggunaan biometrik daripada dakwat kekal kerana dakwat tersebut sebenarnya tidaklah sekekal mana.Ini sebenarnya memberikan jawapan kepada semua bahawa SPR sentiasa bekerja dan berusaha untuk mencari dan menjadikan sistem pilihanraya negara terbaik untuk seluruh rakyatnya.
Ingatlah Anwar Ibrahim,Nik Aziz,Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng termasuk pakatan haprak anda juga tidak kekal.
Tunggu PRU ke-13 nanti.
MMI.
No comments:
Post a Comment