Followers

Thursday, 17 November 2011

Tsu Koon Umum Tidak Bertanding Dalam PRU13


Presiden Gerakan , Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon hari ini telah mengumumkan untuk tidak mengambil bahagian sebagai calon dalam mana-mana kawasan sama ada kerusi parlimen atau Dewan Undangan Negeri pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.

Sebagai seorang pemimpin MMI melihat perkembangan ini sebagai satu perkara yang cukup menarik dan baik kepada Barisan Nasional.

Beliau yang sebelum ini diheret dalam beberapa kontroversi antaranya di tuduh penyebab kepada jatuhnya Barisan Nasional di Pulau Pinang selain turut dikatakan sebagai punca kepada lemahnya parti Gerakan dilihat sebagai liabiliti bukan saja kepada Gerakan malahan kepada Barisan Nasional.   

Dalam Perhimpunan Agung Parti Gerakan yang lalu,Tsu Koon juga turut disarankan secara terbuka supaya tidak bertanding dalam PRU ke-13 nanti oleh ketua wanitanya sendiri.

MMI melihat pengumuman Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon untuk tidak bertanding dalam mana-mana kerusi Parlimen mahupun DUN menunjukkan bahawa beliau sebenarnya merupakan seorang pemimpin yang mendengar serta menerima pandangan ahli-ahlinya dan rakyat secara keseluruhannya.

Tindakan ini juga memberi ruang yang cukup luas kepada Parti Gerakan untuk kembali membuktikan kekuatan dan kesungguhan mereka dalam bersama-sama rakan dari komponen Barisan Nasional bekerja bagi memastikan Pilihanraya Umum Ke-13 memihak kepada Barisan Nasional seterusnya merampas semula Pulau Pinang dari tangan Pakatan Pembangkang. 

Inilah masa dan ketikanya Gerakan perlu mengembleng seluruh tenaga jentera mereka untuk memulihkan imej parti yang agak tercalar semenjak pilihanraya ke-12 yang lalu.

MMI ucapkan syabas kepada Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon kerana pengumuman ini membuktikan beliau ikhlas untuk melihat Gerakan terus diperkasakan selain meletakkan rakyat sebagai keutamaan.

Kepada Lim Guan Eng dan Pakatan pembangkang bersedialah.Tsunami Gelombang Biru pastinya akan melanda seluruh Pulau Pinang tidak lama lagi.

Kepada Nik Aziz yang turut hebat dengan kontroversinya bila lagi nak buat pengumuman ?
Rakyat dah muak dengan sandiwara politik sesat yang kamu bawa.

Kepada Anwar Al-Juburi tunggulah masa kamu sudah semakin hampir. 

MMI.   

No comments:

Post a Comment

Labels