Followers

Friday, 16 December 2011

Ayuh Bicara Tentang PAS - Sejauh Mana Perjuangan Mereka


LAGI sekali Nik Aziz membuat kenyataan yang melukai hati umat Islam. Dalam menangani isu 'Ustaz Budak' yang menyamakan dia dengan nabi, Nik Aziz mengambil kesempatan untuk menyerang pihak yang tidak menerima Islam sebagai kufur, katanya.

Semua orang tahu dia menghina UMNO dan menganggap UMNO tidak 'Islamik' menurut tafsiran ilmu politik yang bersemayam dalam serbannya.



Tanya kepada Nik Aziz sejak 21 tahun jadi Menteri Besar Kelantan, apakah sumbangannya yang maha besar untuk memakmurkan Islam? Apakah dengan gelaran 'Serambi Mekah' maka dia sudah menjelmakan ciri-ciri 'Islamik' dalam pentadbirannya?

Apakah dia tidak tahu bahawa Malaysia memperkenalkan perbankan Islam hingga menjadi sumber ilham kepada negara-negara Arab untuk menubuhkan bank Islam?



Tahukah Nik Aziz bahawa pakar-pakar perbankan Islam dari Malaysia menjadi pakar runding kepada beberapa bank terkemuka di negara-negara Timur Tengah?

Kini banyak bank-bank asing sudah memperkenalkan perbankan Islam sesuai dengan kehendak zaman. Siapakah yang merintis jalan? Bukan Pas tentunya.




Tabung Haji siapa yang mengasaskannya? Pas atau kerajaan UMNO/BN?

Tahukah Nik Aziz pelbagai negara Islam dalam OIC menjadikan Tabung Haji sebagai contoh mereka untuk menguruskan jemaah haji? Bukankah ini suatu usaha yang baik bagi umat Islam untuk menunaikan rukun kelima?



Rancangan Felda yang dilaksanakan oleh Tun Razak bagi memperkukuhkan kedudukan ekonomi orang Melayu/Bumiputera itu tidak 'Islamik'?

Bukankah ini suatu projek ekonomi gergasi yang mana para penyokong Pas juga mendapat faedahnya sekarang? Bukankah ini kebajikan yang diberikan UMNO untuk membahagiakan orang Melayu? Tanya pada Nik Aziz mengapakah Kohilal, tajaan Pas, gagal?



Permodalan Nasional Berhad (PNB) kini merupakan sebuah institusi gergasi yang diwujudkan kerajaan UMNO/BN untuk mengumpul dana dari orang Melayu/Bumiputera.

Bukankah ini usaha suci kerajaan sekarang untuk memakmurkan rakyat, khasnya orang Melayu?

Parti politik manakah yang memperjuangkan Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia seperti mana yang dikeramatkan dalam perlembagaan?

Bukan Pas tentunya. Bukan Nik Aziz tentunya.



Siapakah yang banyak mendirikan sekolah-sekolah agama di seluruh negara yang mana anak-anak orang Pas juga turut mendapat faedahnya?


Apakah Pas yang mendirikan Universiti Islam Antarabangsa? Tanya pada Nik Aziz.

Ayat pertama diturunkan Allah ialah IQRA' (Bacalah...) yang bermakna sumber kekuatan manusia ialah ILMU untuk mendapat keredaan Allah di dunia dan akhirat. Inilah yang diperjuangkan kerajaan UMNO/BN dengan perbelanjaan berbilion ringgit setiap tahun untuk memberi peluang pendidikan yang terbaik kepada rakyat. Apakah anak-anak orang Pas dianaktirikan untuk mendapat peluang pendidikan oleh kerajaan UMNO/BN? Tanya pada Nik Aziz sembahyang hajat, doa dan tazkirah semata-mata tidak dapat membantu ummah kalau nawaitunya songsang.

Jangan membohongi sejarah dan jangan celupar mulut mengkufurkan orang lain yang tidak sehaluan dengan pegangan politik dan fahaman agama yang songsang.

Nik Aziz boleh hidup dalam dunia mimpinya bahawa Pas lebih 'Islamik' dari UMNO. Dia boleh menipu sejarah dan menipu dirinya sendiri tetapi rakyat yang celik politik tahu siapa yang lebih 'Islamik' dalam melaksanakan perintah Allah.

Kalau air bersih dan tenaga eletrik pun dia tidak mampu memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, janganlah berselindung di sebalik agama Islam dan mendakwa pentadbirannya lebih 'Islamik' dari kerajaan UMNO/BN.

Pas menyifatkan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa telah terperangkap dengan agenda UMNO untuk melemahkan parti itu.



Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, kenyataan kedua-dua pemimpin itu kebelakangan ini berhubung kedudukan mereka dalam parti sedikit sebanyak boleh melemahkan Pas.

"Saya buat kesimpulan bahawa kedua-dua mereka telah terheret dengan agenda UMNO yang boleh menjejaskan parti dan sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik Pas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.



Baru-baru ini, Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor membuat kenyataan sedia bekerjasama dengan UMNO jika diminta demi kepentingan Islam dan Melayu di negara ini serta tidak kisah dengan pengurusan Pas yang dilaporkan tidak akan mencalonkan beliau mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.



Dalam pada itu, Nasharudin dalam satu kenyataan baru-baru ini mengatakan beliau hairan dengan perjalanan politik Pas yang didakwanya semakin pelik ekoran tindakan Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungib yang mendahului parti berkenaan berhubung kedudukan Hasan yang tidak mendapat pencalonan mencukupi untuk mempertahankan kerusi itu.


Sementara itu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan pemimpin parti itu merujuk kepada Pesuruhjaya negeri masing-masing bagi menyelesaikan setiap masalah dalaman parti yang timbul.

Itulah PAS sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam sedangkan pada hakikatnya mereka lebih menjurus kepada kumpulan ajaran sesat.MMI berani berkata demikian kerana selama ini merekalah yang sentiasa menuding jari kepada orang lain khususnya UMNO sehinggakan orang-orang UMNO dianggap sebagai kafir hanya kerana bekerjasama dengan rakan parti komponen yang berlainan agama dan bangsa.




Lupakah PAS terhadap amanat ini ? Kepada penjilat,pengampu,pencacai PAS dan para pemimpinnya JAWAB ISU AMANAT INI KERANA KAMU BERSEKONGKOL MENGKAFIRKAN UMNO SATU KETIKA DULU,SEHINGGA KE HARI INI DIMANA SUARA KAMU DALAM MENJELASKAN PERKARA INI & BAGAIMANA PULA HUKUMNYA APABILA KAMU HARI INI BERSAHABAT DENGAN DAP & PKR ?  

Dasar parti sesat,kamulah pencetus dan penyebab perpecahan umat Melayu Islam di Malaysia.

Mahukah kita melihat peristiwa robohnya Kota Melaka berulang semula ? Fikirkan ..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels