Hanya pada pukul 10:00 pagi, barulah Karpal memulakan penggulungan hujah walaupun mahkamah seharusnya bermula pada pukul 9:30 pagi sebagaimana yang dijadualkan.
Antara yang menarik dalam hujahnya ialah dia cuba mempertahankan ‘ceramah politik’ Anwar Ibrahim di dalam kandang tertuduh sebelum ini. Menurutnya ‘ceramah politik’ itu adalah merupakan merupakan bukti kukuh yang menyangkal dakwaan berikutan kredibiliti Saiful dalam kenyataannya amat diragui terutama dari masa kejadian sehingga laporan polis dibuat.
Karpal Singh cuba memaksa mahkamah menerima ‘ceramah politik’ Anwar Ibrahim itu seperti mana dalam ruling Mahkamah Persekutuan; Kes DPP vs Leow Boon Leong berhubung keterangan dari kandang tertuduh dirujuk.
Menurut Karpal, keterangan Anwar Ibrahim dari kandang tertuduh tidak boleh dipandang ringan kerana ianya merupakan ‘bukti’ penting dalam menyangkal tuduhan Saiful berikutan banyak bukti penting yang dikemukakan oleh DPP amat diragui dan boleh dipertikaikan.
Kata Karpal, dalam keterangan yang diberikan oleh Saiful, jangka masa kejadian dengan tarikh laporan polis amat diragui selain penafian Saiful berhubung bahan asing plastik dimasukkan ke dalam duburnya seperti mana dalam keterangan Dr. Osman ketika Saiful menjalankan pemeriksaan kesihatan di Pusrawi.
Penafian Saiful berhubung kemasukan objek plastik tersebut perlu diambil kira dan menggesa mahkamah menolak keterangan Saiful yang mengemukakan bukti/keterangan yang diragui selain berdasarkan keterangan Saiful bahawa tidak ada unsur paksaan dalam hubungan liwat tersebut. Saiful juga, menurut Karpal, didakwa sempat melarikan diri kerana mempunyai tempoh 20 minit untuk berbuat begitu. Namun Saiful memilih untuk tidak berbuat begitu. Jelas keterangan Saiful ini amat diragui selain tuduhan liwat atas Anwar Ibrahim sebagai mempunyai unsur dan niat jahat.
Karpal Singh memohon agar hakim membuat pertimbangan yang adil dan tidak berbelah bahagi terhadap Anwar Ibrahim.
Sankara Nair dalam hujah balasnya juga menyerang kredibiliti Saiful. Menurutnya Saiful sebagai saksi boleh diragui berdasarkan keterangan ‘rakan’ Saiful semasa belajar dahulu sebagai tidak setia/ikhlas selain hanya mahu mencari publisiti.
Isu penafian kemasukan objek plastik dalam dubur oleh Saiful semasa pemeriksaan Dr. Osman di Hospital Pusrawi sekali lagi dibangkitkan bagi menyerang kredibiliti Saiful serta bukti DNA telah tercemar selain teori tentang kemungkinan tidak wujudnya air mani di dalam dubur Saiful.
Sankara Nair turut memberitahu, keterangan Dr. Osman adalah konsisten serta tidak boleh dipertikaikan.
Tindakan Saiful yang lambat melaporkan kejadian tersebut turut dipertikaikan sebaliknya mendapat rawatan awal di Pusrawi selain ketiadaan kecederaan pada dubur Saiful selain sampel tercemar ketika objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya. Jelas kredibiliti Saiful amat diragui serta berniat jahat terhadap Anwar Ibrahim.
Sankara mempertahankan kredibiliti keterangan Dr. Hoogland di samping mempertikaikan tindakan DPP yang tidak memanggil pakar-pakar saraf/tulang.
Paling menarik apabila Sankara cuba mewujudkan elemen KONSPIRASI dengan menyatakan, tuduhan ke atas Anwar Ibrahim merupakan satu konspirasi jahat pihak tertentu dan Saiful hanyalah boneka untuk menjatuhkan imej Anwar Ibrahim.
Ram Karpal pada pukul 11:04 pula mempertikaikan keterangan pakar SP4, sebagai boleh diragui berikutan gagal dalam menduduki ujian penilaian kecekapan pada tahun 2004. Oleh itu, keterangan serta penilaiannya dalam kes ini hendaklah disingkirkan kerana gagal berbuat demikian.
Berhubung ujian DNA, isu yang timbul dalam e/pirograph berhubung tahap degregation tidak konsisten dalam ujian yang dijalankan. Ram Karpal turut mempertikaikan ujian yang tidak sepatutnya dilakukan semasa proses ekstrak sperm fraction dari non-sperm fraction.
Ram Karpal menyangkal dakwaan DPP sebelum ini bahawa keterangan pakar defendan adalah bertujuan bagi mengelirukan mahkamah berhubung akta prosedur dan ujian dalam menjalankan ujian DNA. Menurutnya, hasil ujian dan laporan DNA yang dikemukakan itu telah menimbulkan beberapa isu khasnya degregation dalam ujian DNA serta saksi pakar DPP gagal menjawab isu penting yang dibangkitkan oleh defendan.
Menurut Ram Karpal, amat jelas bukti DNA yang dikemukakan oleh DPP amat diragui selain proses atau prosedur dan hasilnya yang tidak konsisten.
Jam 11:31 pagi, Datuk Yusuf mencelah untuk menjelaskan beberapa dakwaan/terma salah yang telah digunakan dalam hujah balas peguambela dalam kes ini sebagai tidak tepat dan bertujuan untuk memutarbelit kes.
Secara keseluruhan perbicaraan berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang insiden yang tidak diingin berlaku. Anwar Ibrahim bagaimanapun, walaupun cuba berlakon untuk kelihatan tenang, namun sepanjang masa, dahinya berkerut dan air mukanya keruh.
Rata-rata hujah peguambela pagi ini menyerang kredibiliti Saiful sebagai saksi utama berhubung jangka masa laporan polis dibuat dengan masa kejadian serta penafian kemasukkan objek plastik ke dalam duburnya oleh Saiful semasa di Pusrawi di samping isu teknikal berhubung ujian dan laporan kimia.
Pendakwaraya bagaimanapun dilihat berjaya mematahkan hujah balas peguambela apatah lagi peguambela Anwar lebih banyak bermain politik, berputarbelit dan cuba menghilangkan fakta sebenar kes dengan fakta ‘ciptaan halusinasi’ mereka sendiri.Sumber Sel13.com
Mampukah keadilan dicapai oleh Saiful Bukhari sama-sama kita nantikan Keputusan Perbicaraan Anwar pada 9 Januari 2012 nanti.
MMI.
No comments:
Post a Comment