Followers

Showing posts with label Gpms. Show all posts
Showing posts with label Gpms. Show all posts

Friday, 19 July 2013

Hina ISLAM ~ Tak Perlu Lucutkan Kerakyatan Mereka ?!!


Pada ketika banyak pihak mendesak pihak berkuasa dan kerajaan untuk mengambil tindakan tegas terhadap pasangan bangsat AlvinVivian dan Duta Vatican , GPMS selaku NGO yang selama ini lantang mempertahankan setiap hinaan malah cacian terhadap bangsa Melayu mahupun agama Islam mengambil pendekatan sebaliknya.

Agak mengejutkan apabila Sdr Jais Abdul Karim selaku Presiden GPMS Kebangsaan yang sebelum ini antara pemimpin NGO yang paling agresif dalam mempertahankan hak orang Melayu khususnya dalam dunia pendidikan anak-anak Melayu dan agama Islam mengambil pendekatan untuk memaafkan mereka yang telah melakukan penghinaan tersebut.

Aduhai apa yang dah berlaku ni ? Kenapa GPMS mengambil pendirian sedemikian ?

Untuk mengetahuinya baca kenyataan media di bawah ..


































Kurang pasti apa sebenarnya yang cuba di lakukan oleh GPMS dan barisan kepimpinannya cuma apa yang boleh MMI katakan ianya jauh berbeza daripada tindakan mereka sebelum ini.

Malah dalam beberapa isu sebelum ini khususnya melibatkan 21 rakyat Malaysia yang terlibat dalam perhimpunan haram di Singapura , GPMS dengan lantang mendesak kerajaan untuk melucutkan kerakyatan mereka yang mengadakan domontrasi tersebut.Baca Sini 

Banyak pihak melahirkan rasa kurang senang dengan kenyataan oleh Sdr Jais Abdul Karim termasuk MMI sendiri namun bila di teliti kembali kenyataan tersebut jelas sekali GPMS mengambil pendekatan untuk bersangka baik dan memohon maaf sempena dengan bulan ramadhan.

Sesuatu yang agak menarik adalah gesaan dan kenyataan oleh presiden GPMS ini di lihat sebagai usaha untuk memperlihatkan Islam itu jauh lebih baik dari mereka yang menghinanya dengan memberikan kemaafan.Dalam kata mudahnya psikologi minda.

Namun setiap pihak mempunyai pandangan masing-masing , MMI sebagai perantara dalam mengupas isu ini merasakan sesuatu yang berlaku itu sudah pasti mempunyai hikmahnya tersendiri dan kita sebagai manusia harus bijak mendepaninya.

Apa pun yang berlaku jangan sampai tindakan kita hari ini menyusahkan mereka-mereka yang sebangsa dan seagama dengan kita di kemudian hari.

Psst apa pandangan anda ????

MMI

Wednesday, 15 May 2013

JAIS & NGO-NGO Malaysia BALUN Malaysiakini (VIDEO) !!!


Nak kata bodoh nampak macam cerdik , nak kata bangang nampak macam pandai , nak kata kurang ajar lebih dari tu , nak kata biadap memang bangsat pun !! maka tindakan yang dilakukan oleh NGO-NGO Malaysia di ketuai oleh Sdr Jais Abdul Karim amatlah bertepatan sekali.

Kenyataan Media Gabungan NGO-NGO Malaysia Mempertahankan Kenyataan YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah di Wacana Post Morterm PRU-13 : Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah pada 12/5/2013 di rasakan kena pada masanya.

Untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku ikuti kenyataan penuh di bawah ..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

1. Kami daripada Gabungan NGO-NGO Malaysia memanggil satu sidang media pada hari ini bagi mempertahankan Kenyataan yang dibuat oleh YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah, Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia di Wacana Post Morterm PRU-13 : Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah pada 12/5/2013 lepas.

2. Sidang media ini dipanggil berikutan LAPORAN TIDAK TEPAT dan BERAT SEBELAH berkaitan ucapan YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah yang di laporkan di dalam portal www.malaysiakini.com pada 12 dan 13 Mei 2013. Kami sekali lagi menegaskan bahawa malaysiakini.com TIDAK DIJEMPUT HADIR membuat liputan berita di program berkenaan dan sebarang laporan yang dibuat oleh media "penceroboh" ini adalah berniat jahat dengan tujuan mereka untuk melaga-lagakan keharmonian dan perpaduan kaum di Malaysia.

3. Kami menegaskan bahawa apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini berkaitan ucapan YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah berkenaan telah dimanipulasikan oleh wartawannya dan berita itu hanyalah segmen-segmen kecil yang dipilih-pilih berdasarkan ucapan penuh YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah yang berdurasi hampir 60 minit.

4. Laporan berita terpilih dan dilaporkan secara berat sebelah oleh Malaysiakini berkenaan telah menyebabkan timbul reaksi tidak selesa dalam kalangan pembaca sehingga ucapan YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah ditafsir dan diulas oleh banyak pihak termasuk Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai bersifat perkauman. Lebih malang lagi, kesemua yang mengulas di web portal Malaysiakini berkenaan TIDAK PUN HADIR MENDENGAR SENDIRI bagi menilai keseluruhan ucapan berkenaan.

5. GPMS dan Persatuan Alumni UiTM selaku penganjur program bersama dengan pertubuhan-pertubuhan NGO di sini yang hadir ke program wacana berkenaan dengan ini berdiri teguh dan mempertahankan kenyataan-kenyataan yang telah dibuat oleh YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah dalam program berkenaan.

6. Kami menegaskan bahawa ucapan beliau secara keseluruhannya adalah berbentuk konstruktif mengikut peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan, sesuai dengan kedudukan dan pengalaman serta kepakaran beliau selaku Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia.

7. Beliau di permulaan ucapannya telah memohon izin dewan untuk berkata benar, tiada yang tidak benar melainkan yang benar belaka menurut prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang yang menjadi ikrar setiap rakyat Malaysia.

8. Beliau menegaskan bahawa orang Melayu perlu diberikan kefahaman berkaitan hak-hak mereka seperti yang telah terjamin di dalam Perlembagaan kerana Perlembagaan Persekutuan ini telah menjadi asas untuk bernegara yang utama dalam kalangan masyarakat berbilang agama, bahasa dan budaya di Malaysia.

9. Beliau telah menyeru hadirin agar berjihad untuk memperkasakan Perlembagaan selaras dengan Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa "Perlembagaan Persekutuan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan mana-mana undang-undang lain yang bertentangan dengan Perlembagaan akan terbatal setakat yang berlawanan itu".

10. Beliau seterusnya menyentuh berkaitan Perlantikan Perdana Menteri mengikut Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan. Beliau menegaskan bahawa tiada peruntukan Perlembagaan yang mewajibkan Perdana Menteri mestilah seorang Melayu dan selanjutnya beliau mencadangkan agar Perlembagaan dipinda bagi memasukkan frasa wajib Melayu menjadi Perdana Menteri atau Menteri Besar atas rasional realiti masyarakat majoriti di Malaysia.

11. Selanjutnya, beliau menyentuh berkaitan Tanah Rezab Melayu yang juga terkandung di dalam Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan serta mencadangkan agar tanah-tanah di lokasi strategik di bandar-bandar di isytiharkan sebagai Tanah Rezab Melayu untuk membolehkan orang Melayu dan Bumiputera turut sama dapat berkongsi kemakmuran dan kekayaan negara.

12. Selanjutnya, beliau turut menyentuh berkaitan agihan kekayaan yang tidak seimbang dalam kalangan masyarakat Melayu dan bukan Melayu di negara ini dan beliau mengulangi peruntukan Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

13. Selepas menghuraikan kesemua peruntukan dan Fasal Perlembagaan Persekutuan ini, barulah beliau berpendapat bahawa hak-hak orang Melayu dan Bumiputera ini jangan dikhianati secara politik dan rampasan kuasa kerana orang Melayu akan sewajarnya mempertahankan hak-hak mereka seperti yang telah dijamin di dalam Perlembagaan.

14. Kami Gabungan NGO Malaysia ingin mempersoalkan apakah motif Malaysiakini menyiarkan secara terpilih kenyataan-kenyataan yang diolah seumpama dan memberikan gambaran seolah-olah YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah bersikap rasis? Adakah seseorang itu menjadi rasis hanya kerana beliau menyatakan tentang sesuatu yang telah termaktub dalam Perlembagaan? Ataupun pihak yang menunggu peluang untuk merampas kuasa bagi meminda Perlembagaan itu yang bersifat rasis?

15. Orang Melayu telah lama bersabar dan tidak secara agresif bersuara mempertahankan hak-hak Melayu dan Bumiputera sejak kemerdekaan negara sejak 56 tahun lalu. Kesan daripada itu, berlaku ketidakseimbangan dari segi pendidikan dan ekonomi di Malaysia apabila pemilikan ekuiti bumiputera masih pada kadar 21% dan hanya seorang Melayu tersenarai dalam kalangan 10 terkaya di Malaysia. Ketidakseimbangan dari segi kekayaan dan komposisi kaum ini akan mendatangkan kesan sosial yang serius pada masa yang akan datang.

16. Oleh itu, kami Gabungan NGO Malaysia mengulangi solidariti kami mempertahankan kesemua kandungan ucapan YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah berkenaan dan kami akan berterusan bersatu dan bergabung bagi mempertahankan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

17. Orang Melayu memerlukan tokoh berpengalaman, berotoriti dan berprofil tinggi seperti YAA Dato' Mohd Noor Bin Abdullah untuk terus membimbing dan mengingatkan orang-orang Melayu tentang Wasiat Raja-raja Melayu demi memastikan teras-teras utama dalam Perlembagaan tidak diganggu-gugat oleh sebilangan kecil politikus dalam negara yang kemaruk kuasa.

18. Orang Melayu juga selepas disedarkan dengan hak-hak Perlembagaannya harus bangkit mempertahankan hak mereka mengikut lunas-lunas perundangan negara.

19. Kami juga ingin mengingatkan media "penceroboh" seperti Malaysiakini agar jangan lagi membuat laporan terpilih dengan niat untuk menghasut dan menyemai kebencian hubungan antara kaum di Malaysia kerana jelas, kaedah pemberitaan bersifat hasutan oleh Malaysiakini ini tidak menyumbang kepada perpaduan nasional.

20. Sekian.Terima kasih. - Jais Abdul Karim Presiden GPMS.




Komen MMI , baguslah sekurang-kurangnya sudah ada pihak-pihak seperti gabungan NGO-NGO Malaysia ini sedar dan faham bahawa kita bukan sahaja berdepan dengan anasir pengacau di jalanraya tetapi juga dakyah dan putar belit di alam maya yang mampu meruntuhkan sebuah negara yang selama ini kita bina.

Harapan MMI semoga suara-suara ini terus bersuara dan pertahankan hak yang sudah pun termaktub dalam perlembagaan negara.

Percayalah ungka-ungka di luar sana kini sudah di doktrin supaya hanya berkiblatkan kepada pembangkang semata-mata dan ungka-ungka macai ini tidak akan teragak-agak untuk bertindak lebih dari apa yang telah mereka lakukan kini.

Ayuh PERTAHANKAN !!

Psst Jangan lebih-lebih dengan SINGA yang jinak , BAHAYA !! 

MMI.

Tuesday, 11 September 2012

Tunjuk Punggung & Pijak Gambar PM - GPMS Bersuara !!


Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) hari ini memberi kata dua kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar tidak terlalu lembut hati melayan mahasiswa yang mencetuskan kontroversi ekoran insiden tunjuk punggung 30 Ogos lalu. 

Setiausaha Agungnya, Zambri Mohd Isa berkata, Perdana Menteri tidak perlu melayan mereka yang dianggap biadap kepada kepimpinan negara. Menurutnya, jika Najib tetap mahu menemui remaja terbabit, GPMS tidak akan teragak-agak untuk turut sama mengulangi perbuatan tidak bermoral itu dan tidak mustahil perkara tersebut akan menjadi budaya.

"Kami desak Najib supaya jangan jumpa dengan pesalah laku itu, cukuplah sekadar menghantar surat.

"Kita tak mahu dengan kelembutan beliau (Najib) budaya tunjuk punggung atau biadap ini akan berterusan dan tak dapat dikawal lagi," kata beliau pada sidang media di ibu pejabatnya petang tadi.

MMI menyokong dengan kenyataan terbaru daripada GPMS kerana tindakan mereka-mereka yang biadap ini seharusnya tidak diangkat mahupun dilayan sebagaimana mereka-mereka yang lain.

Ramai rakyat khususnya yang sentiasa mendokong perjuangan kerajaan dan kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini makan hati apabila sering kali mereka-mereka yang celupar dan biadap memperolehi jalan mudah untuk bertemu pemimpin utama negara yang kita sayangi.Klik Sini 

Adalah lebih baik sekadar memohon maaf kerana yang lebih penting pemimpin utama bertemu rakyat yang saban hari memberikan taat dan setia mereka kepada perjuangan kerajaan untuk memakmurkan Malaysia.

Jangan ulangi peristiwa Namawee bangsat paling celaka yang pernah bersikap biadap terhadap negara tetapi diberikan layanan istimewa apabila dibawa ke parlimen bertemu pimpinan negara sedangkan rakyat yang lain hanya memerhatikan dari jauh.Klik Sini

Tidak adil memberikan kelebihan kepada mereka yang kita anggap sebagai pengkianat negara !!

Syabas GPMS..

MMI.

Monday, 19 December 2011

GEMPAR ! - AHLI GPMS TERLIBAT DALAM DEMO MAHASISWA PELAMPAU ?


MMI terkejut apabila melihat kelibat seorang anak muda yang turut berada bersama barisan pakatan haprak dalam demo melibatkan mahasiswa baru-baru ini.Kecoh sungguh demo tersebut apabila mahasiswa yang mendabik dada kononnya dah cukup hebat ni mencabar kesabaran jutaan rakyat Malaysia apabila menceroboh PWTC dan menurunkan bendera YAB Perdana Menteri.

Banyak dah cerita berkenaan demo bodoh mahasiswa-mahasiswa ni yang jelas didalangi oleh puak-puak Anwar Al-Juburi.Tapi kali ini MMI nak fokuskan kepada seorang anak muda yang bernama Mohd Redzuan Bin Mohamad Yusuff ( Lihat gambar yang di tunjukkan oleh anak panah di atas ).Budak ni merupakan antara barisan kepimpinan GPMS Kebangsaan atau kepada yang tak faham barisan kepimpinan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung sebuah NGO memperjuangkan nasib anak bangsa Melayu melalui pendidikan yang baru sahaja menyelesaikan Persidangan Agung Tahunan mereka di UIA baru-baru ini.

Yang menjadi persoalannya,Apakah kehadiran beliau bersama-sama dengan Tian Chua dan pimpinan puak-puak pakatan haprak itu sebenarnya dizahirkan dengan tanda sokongan kerana beliau dilihat begitu mesra dan turut bersalaman dengan mereka.


Jika ianya benar maka GPMS sebagai sebuah badan NGO yang dilihat sentiasa dibantu oleh pihak kerajaan ternyata sebuah pertubuhan yang tidak tahu erti berterima kasih.Apakah Mohd Redzuan yang turut merupakan orang yang dipertanggungjawabkan oleh GPMS semasa Persidangan Agung baru-baru ini di UIA untuk menganjurkan satu Sesi Pembentangan Kertas Kerja Oleh Pemikir-Pemikir Muda GPMS dan dalam masa yang sama bersama kepimpinan GPMS Kebangsaan yang lain turut menganjurkan Seminar Pemikiran Najib Tun Razak Dari Nazrah Generasi Muda sebenarnya seorang anak muda retorik.Bercakap dan bertindak mengikut kesesuaian masa dan keadaan tetapi dalam masa yang sama jauh dibenak hati membenci kerajaan yang sentiasa membantu segala gerak kerja mereka.

   

Anda semua boleh melihat sendiri dengan jelas bukti yang MMI bawakan jelas menunjukkan perhimpunan tersebut didalangi oleh pimpinan puak-puak pakatan haprak dan lihatlah keakraban Mohd Redzuan sewaktu bertemu barisan kepimpinan ini.

Mungkin ada yang mengatakan pelanduk dua serupa namun pihak GPMS dan Mohd Redzuan sendiri sebenarnya harus menjawab persoalan ini.Apakah rasionalnya seorang pimpinan tertinggi GPMS Kebangsaan hadir dalam Himpunan Mahasiswa Haprak ini ? Takkanlah kehadiran ini semata-mata untuk mengambil tahu perihal mahasiswa yang berkumpul sedangkan Mohd Redzuan seorang pemimpin sebuah pertubuhan GPMS di peringkat kebangsaan yang sentiasa dibantu oleh pihak kerajaan.

Dimana prinsip 4 SEDAR kamu wahai Mohd Redzuan ?

Jangan sampai MMI gelarkan pengkianat bangsa kerana cara dan tindakan kamu jelas merupakan seorang manusia dan pemimpin retorik yang hanya pandai bercakap tapi dalam masa yang sama tindakan kamu jelas bercanggah dengan nilai dan prinsip kamu sendiri.

Mungkin kamu mahu disamakan dengan Adam Adli budak hingusan yang datangnya dari kampung Baru Penaga Pulau Pinang yang hari ini ternyata merupakan kuda tunggangan kepada puak-puak pakatan haprak yang mengambil peluang kononnya atas tiket kebebasan dan mempertahankan hak.Jangan kamu ulangi kesilapan ini wahai anak muda.




MMI turut mahu berkongsi dengan semua hasil kerja anak muda ini dalam pembentangan kertas kerja beliau dalam Seminar Pemikiran Najib Tun Razak Dari Nazrah Generasi Muda baru-baru ini.Dan nilailah adakah pembentangan kertas kerja ini membawa maksud tertentu dengan tindakan sipembentang sendiri dengan hadir dalam himpunan mahasiswa bersama puak-puak pakatan haprak.

PEMIKIRAN NAJIB TUN RAZAK DARI SUDUT UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI MANUSIA Oleh : Mohd Redzuan Bin Mohamad Yusuff

Fakta : Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi ( Ketika itu Datuk Seri ) pada 3 April 2009.Di dalam ucapan sulungnya ,Dato; Sri Najib memberi jaminan untuk mengkaji secara komprehensif Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).(Utusan Malaysia 4 April 2009)

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.Seperti negara lain yang mengamalkan sistem yang sama,antara isu utama yang dihadapi oleh pemerintah negara adalah isu undang-undang dan hak asasi manusia.

Keselamatan awam melalui undang-undang adalah antara faktor utama yang menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.Negara yang aman dan mempunyai panaroma indah akan menarik pelancong asing dan pelaburan asing.Negara yang aman dan mempunyai sistem pentadbiran yang baik mampu untuk membangunkan sumber insan yang berkesan.Semuanya tidak akan mampu digapai tanpa sesebuah negara mempunyai keamanan dan keamanan hanya mampu dicapai dengan sistem undang-undang yang berkesan dengan keadaan semasa.

Hak asasi manusia pula boleh didefinisikan sebagai hak yang dimiliki oleh seseorang manusia yang diterima secara automatik ketika dia itu dilahirkan (Jack Donnelly).Namun hak asasi manusia perlu sentiasa dibatasi oleh undang-undang untuk menjamin seseorang tidak menceroboh ke dalam zon hak asasi orang lain.

Menyedari faktor graviti untuk dua perkara yang sering bergerak saling bertentangan dan mempunyai impak yang tersendiri,Dato' Sri Najib Tun Razak cuba mengambil langkah yang terbaik dari pada kedua-dua perkara tersebut.

Ketika mengambil alih pimpinan nagara,Dato' Sri Najib membuat pengumuman mengenai semakan semula ke atas ISA.Pada ucapan Hari Malaysia 2011,beliau membuat kejutan dengan mengumumkan pemansuhan terus ISA serta tiga Proklamasi Darurat yang masih berkuat-kuasa,secara langsung menghapuskan kuasa perundangan Ordinan Darurat yang menjadi antara undang-undang yang digeruni banyak pihak.

Dato' Sri Najib juga mengumumkan sendiri untuk menghapuskan seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang sering menjadi kontroversi dalam kalangan aktivis mahasiswa,yang sering mengatakan seksyen tersebut menjadikan mahasiswa seperti robot yang tidak mempunyai pemikiran matang dan sebagainya.

Soalan yang menyerang minda orang ramai,mengapa Perdana Menteri membuat keputusan yang tidak popular  di kalangan penyokong kerajaan dan tidak pula di puji pembangkang?

Dari sudut politik,sememangnya tindakan memansuhkan kesemua perkara tersebut adalah tindakan yang bertujuan mengurangkan kawalan kerajaan keatas gerakan-gerakan tertentu.malah memungkinkan ruang yang lebih luas untuk hak asasi manusia disalahguna.Ia juga akan tetap menjadi modal serangan musuh politik.

Namun,Dato' Sri Najib menyedari bahawa hak asasi juga perlu diberi ruang yang sewajarnya untuk berkembang dan mencorakkan sebuah negara.Sememangnya beberapa undang-undang seperti ISA dan Ordinan Darurat diperlukan untuk menjamin keselamatan negara namun keadaan yang memerlukan undang-undang sedemikian berjaya diatasi dan tidak lagi wujud.Oleh yang demikian,kewujudan undang-undang tersebut hanya akan menjadi kekangan yang tidak lagi diperlukan.

Kekangan yang berlebihan dalam dunia semasa juga boleh mendorong kepada keadaan yang tidak stabil terutama dari segi keselamatan.Sebagai contoh,walaupun pihak kerajaan mengharamkan perhimpunan tanpa permit,demonstrasi jalanan tetap berlaku malah semakin menjadi-jadi.Walaupun pihak kerajaan mempunyai mandat daripada peruntukan undang-undang yang sedia ada untuk mengambil tindakan pencegahan dan sebagainya,tindakan yang diambil tetap menjadi kritikan hebat.Malah kehadiran pihak keselamatan di kawasan berlakunya perhimpunan berkenaan sudah cukup untuk menjadikan peserta perhimpunan bertindak liar serta sudah menjadi perbincangan di kalangan mahasiswa sejak bertahun lamanya.Ini secara tidak langsung menjadi medan pemangkin kepada kematangan pemikiran mahasiswa.

Keputusan membuat transformasi dalam bidang perundangan merupakan tindakan yang patut dan dipuji kerana peruntukan undang-undang sesuatu negara perlu sentiasa berkembang dan berevolusi selari dengan perkembangan negara dan minda masyarakat.Semakin matang sesuatu masyarakat,semakin banyak ruang mereka pinta dan sekiranya wajar kerajaan harus memenuhi tuntutan media mereka.Tamat.

Inilah dia pembentangan seorang anak muda bernama Mohd Redzuan,Dalam beliau membuat beberapa perbandingan ditimbulkan persoalan dan semestinya menjurus kepada mengangkat mahasiswa sebagai satu badan atau individu yang seolah-olah begitu maksum dalam soal hak dan kepentingan politik.

MMI langsung tidak terkejut malahan tidak hairan pun apabila kelibat anak muda ini kelihatan dalam aksi demo yang dilakukan kononnya oleh mahasiswa yang matang pemikiran mereka.

Cumanya sebagai seorang ahli dan merupakan kepimpinan tertinggi dalam sebuah gerakan belia iaitu GPMS Kebangsaan yang kita tahu memperjuangkan nasib anak bangsa dalam bidang pendidikan,Apakah rasionalnya kehadiran beliau dalam aksi demo yang kononnya dihadiri oleh para mahasiswa yang matang pemikiran mereka ? 

MMI.

Tuesday, 13 December 2011

Agenda Perjuangan Memartabatkan Bangsa,Agama & Negara Berkemundang Di UIA - PAT GPMS 2011 Melabuhkan Tirainya


Persidangan Agung GPMS Kebangsaan 2011 yang bermula pada 9 hingga 11 Disember 2011 telah pun melabuhkan tirainya tepat jam 3.05 petang hari ahad yang lalu.Seperti yang MMI perkatakan sebelum ini 400 perwakilan daripada seluruh negara telah berhimpun di Universiti Islam Antarabangsa Gombak bagi menunaikan amanah dan tanggungjawab mereka sebagai ahli dan aktivis GPMS.

Melihat kepada persidangan kali ini bolehlah MMI simpulkan sebagai yang terbaik pernah GPMS anjurkan semenjak Sdr Jais Abd Karim menjawat jawatan sebagai Presiden GPMS menggantikan Datuk Seri Rizal Merican.Walaupun terdapat sedikit kelemahan dibeberapa sudut namun secara keseluruhannya PAT 2011 telah berjaya memuaskan hati semua pihak dan paling penting ianya memperlihatkan sikap seluruh ahlinya yang begitu komited dalam perjuangan bersama-sama GPMS.


Yakin dan percaya bahawa "Maju Mundur,Kaya Miskin,Hina Mulianya Bangsa Itu Terletak Di Tangan Kita "  merupakan kata-kata azimat keramat buat setiap ahli dan aktivis GPMS.Dengan kata-kata itulah yang telah memberikan kekuatan dan semangat yang tidak pernah luntur dalam setiap aktiviti dan program yang disusun oleh setiap jentera GPMS di seluruh negara.

Dalam ucapan dasar Presiden dengan Tema "Transformasi Minda Pelajar Melayu Berdasarkan Strategi Samudera Biru" cukup memperlihatkan bahawa GPMS merupakan sebuah badan NGO yang cukup serius dalam memperjuangkan agenda utama mereka memastikan nasib pelajar-pelajar Melayu terus terbela.Ianya diperkukuhkan dengan deklarasi "10 Rukun SEDAR Pelajar Melayu" dan "10 Rukun SEDAR Graduan Melayu" yang dilihat begitu baik dalam usaha menghasilkan satu generasi pewaris terbaik negara.


10 Rukun SEDAR Pelajar Melayu :

1.Amal Makruf Nahi Mungkar & Demi Masa.
2."Belajar Terus Belajar" Sepanjang Hayat.
3.Harapan Ibu Bapa Tanggungjawab Kami.
4.Guru Sahabat Akrab Kami Lagi DiHormati.
5.Minda Melangit Tinggi - Kreatif & Inovatif Namun Adat Tetap Berakar Di Bumi.
6.Wajib Memiliki Diploma & Menjadi Profesional Dalam Keluarga Sendiri.
7.Mencungkil Keunikan Diri Sendiri,Sentiasa Bermotivasi Tinggi,Menyemarak Semangat Belajar.
8.Ringan Tulang & Berperki Mulia Serta Berkemahiran Membuat Keputusan Dengan Tepat.
9.Membina Kualiti Kepimpinan Diri Sendiri Dengan Karakter Yang DiSegani.
10.Cergas Sukan & Aktiviti Ko-Kurikulum.       

Di atas kesedaran bahawa kejayaan seseorang pelajar itu bergantung kepada dirinya sendiri,maka kefahaman dan kemahuan pelajar itu sendirilah akan menjadi tonggak kejayaannya.Sematlah prinsip kehidupan ini di sanubari anda pasti Allah SWT mengizinkan kejayaan dicapai.

"Kejayaan merupakan hasil dari keputusan yang matang dan kematangan itu biasanya dihasilkan dari pengalaman yang kadang-kala penuh dengan kegagalan." (Anthony Riobbins) 
- Di petik dari ucapan dasar Presiden GPMS 2011.

10 Rukun Graduan Melayu :

1.Lakukan Perkara yang Kita Cintai & Sukai.
2.Berfikir Positif & Realistik.
3.Sedia Untuk Berubah.
4.Belajar Dari Kegagalan & Kesilapan.
5.Mempunyai Matlamat - Buktikan Kepada Diri Sendiri.
6.Masalah Adalah Latihan Minda.
7.Kuasai Ilmu & Terus Belajar.
8.Bersabar Menerima Kritikan.
9.Memperkenal & Membangunkan Idea.
10.Perundingan adalah Satu Kesenian.

10 rukun ini adalah cebisan kecil mengenai rahsia kejayaan ramai orang yang hebat dan telah berjaya.Mereka mentranformasikan diri mereka menerusi pengalaman orang lain dan pelbagai pembacaan.

Charles Tremendous Jones berkata " Apa yang membezakan kita pada hari ini dan lima tahun akan datang,datangnya dari buku apa yang kita baca dan dengan siapa kita berkawan."
-Di petik dari ucapan dasar Presiden GPMS 2011.

Begitulah hebatnya GPMS,satu pertubuhan yang memperjuangkan agenda anak Melayu.Bagi MMI ianya merupakan satu wadah terbaik kepada seluruh umat Melayu dalam usaha berterusan untuk memastikan yang terbaik kepada anak bangsa.Tahniah dan syabas MMI ucapkan kepada semua ahli-ahli dan aktivis GPMS.

Dalam kesibukan persidangan berjalan MMI turut tidak melepaskan peluang untuk hadir mengikuti satu program bertajuk Seminar Pemikiran Najib Razak Dari Nazrah Generasi Muda yang turut diadakan sempena dengan persidangan agung GPMS 2011.Pujian harus diberikan kepada GPMS kerana menganjurkan seminar ini kerana ianya dilihat bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk memberikan ruang dan peluang kepada golongan muda untuk menyuarakan pendapat.


Dengan barisan panel terdiri daripada Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor (Ahli Dewan Negara),Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia) dan Datuk Ibrahim Ali (Ahli Parlimen Pasir Mas) cukup membuatkan suasana dewan seminar gamat dengan hujah-hujah yang dikemukan oleh semua barisan panel apabila soalan demi soalan diajukan oleh moderator YBhg. Datuk Jaafar Abdul Rahim.





Rata-rata peserta seminar yang ditemui MMI menyatakan seminar pemikiran Najib Razak ini antara yang terbaik dihidangkan kepada semua perwakilan pada persidangan tahunan kali ini.Syabas kepada GPMS kerana berjaya menyediakan satu pentas terbaik sarat dengan ilmu dan maklumat yang sebenarnya perlu diketahui malah dikongsi dengan anak-anak muda.Sejajar dengan pemansuhan akta AUKU oleh kerajaan maka GPMS dilihat sebagai badan yang terawal menjadikan pemansuhan ini sebagai medium untuk menyalurkan serta mendekatkan anak-anak muda khususnya para mahasiswa dengan pentas politik yang sihat.

Sebelum itu,Majlis Perasmian Persidangan Agung Tahunan GPMS Kali Ke-57 telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir,Menteri Besar Perak.Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana dijemput oleh GPMS untuk merasmikan persidangan agung tahunan di UIA kerana salah satunya mampu mengembalikan nostalgia beliau sewaktu menjadi pensyarah di UIA satu ketika dulu.Dalam ucapannya beliau turut menyentuh betapa pentingnya kita sebagai umat Melayu yang beragama Islam hari ini bersatu untuk memastikan survival bangsa Melayu dapat terus dipertahankan.Kepada GPMS teruskan perjuangan mengangkat martabat pendidikan dikalangan anak-anak pelajar Melayu kerana hanya dengan menguasai ilmu kita dapat menjadikan bangsa ini sebagai bangsa terbaik.






Beliau turut berkata bahawa " Jangan malu untuk mengaku kita orang kampung,jangan malu untuk mengaku kita bangsa Melayu,kerana saya dan ramai lagi di sini dan di luar sana telah membuktikan bahawa orang kampung dan bangsa Melayu ini sebenarnya boleh berjaya." sambil diberikan tepukan yang gemuruh oleh semua perwakilan GPMS.

YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry turut menyampaikan anugerah kecemerlangan melibatkan 3 kategori iaitu Anugerah Aminuddin Baki ( GPMS Negeri Terbaik ) dimenangi oleh GPMS Negeri Pahang,Anugerah Dr. Abdul Wahab Ariff ( GPMS Cawangan Terbaik ) dimenangi oleh GPMS Cawangan Sungai Pinang dan Anugerah Khas Presiden ( GPMS Cawangan Khas Terbaik ) dimenangi oleh GPMS UUM Sintok Kedah.

Anugerah Aminuddin Baki - Negeri Pahang

Anugerah Dr Abdul Wahab Arif - GPMS Cawangan Sungai Pinang

Anugerah Khas Presiden - GPMS Cawangan Khas UUM Sintok
Tahniah buat semua penerima anugerah.MMI turut bangga apabila Pulau Pinang juga berjaya memenangi anugerah pada tahun 2011 melalui kejayaan GPMS Cawangan Sungai Pinang.Syabas kepada semua ahli GPMS Cawangan Sungai Pinang anda semua layak menerima anugerah ini.




Selama 3 hari MMI bersama para perwakilan dalam Persidangan Agung GPMS Kebangsaan di UIA ini cukup memberikan satu pengalaman dan pengajaran yang amat bermakna buat MMI.Ketika orang lain bersorak di tempat masing-masing perwakilan GPMS hadir ke persidangan membawa amanah dengan penuh semangat,ketika orang lain sibuk mencaci dan mengata barisan aktivis GPMS hadir ke UIA bagi menimba ilmu,ketika orang lain sibuk dengan urusan masing-masing pejuang GPMS seia-sekata untuk terus berjuang bagi memastikan nasib anak bangsa terbela.

HEBAT itulah yang mampu MMI ungkapkan.Kepada seluruh ahli dan aktivis GPMS diserata negara TERUSKAN LANGKAHMU PASTIKAN PERJUANGAN INI MAMPU MELAHIRKAN LEBIH RAMAI ANAK-ANAK MELAYU YANG MAMPU MEMBAWA KEJAYAAN BUAT KITA SEMUA.

SYABAS kepada Sdr Jais Abd Karim Presiden GPMS Kebangsaan dan seluruh jenteranya kerana berjaya mengemudi barisan aktivis anak muda dengan jayanya.Kepada semua perwakilan khususnya Perwakilan Negeri Pulau Pinang anda semua terbaik.

MMI.
    

Labels