Isu berkaitan NFC ni tak habis-habis di canang oleh puak-puak pembangkang.Terbaru Rafizi Ramli Pengarah Strategi Keadilan akan bertemu dengan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin bagi membincangkan tarikh yang sesuai untuk acara debat yang kononnya dikatakan sebagai skandal NFC ni.
Hebat sungguh puak-puak pembangkang ni namun macam biasa Pemuda UMNO mempunyai kepimpinan yang cukup relevan dan berani.Jemputlah tentukan dimana saja sekiranya tarikh dan masa membolehkan beliau hadir pastinya beliau akan hadir.Itulah Khairy Jamaluddin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Yang menggelikan hati MMI ini puak-puak pembangkang khususnya Keadilan begitu meroyan sekali kononnya nak mendedahkan salah laku kerajaan terhadap projek NFC ni.Namun mereka lupa bahawa cemuhan dan fitnah yang dilemparkan oleh mereka itu tidak sekali pun dikemukakan dengan bukti kemukakanlah supaya siasatan dapat dijalankan.
Mengikut maklumat yang MMI dapat Rafizi dan Fauziah hari ini dilihat berlumba-lumba untuk menonjolkan diri masing-masing sebagai "Winneable Candidate".Hahaha rupa-rupanya merpati dua sejoli ni turut mengintai-ngintai tempat untuk menawarkan diri sebagai calon dalam PRU Ke-13 nanti.Hehehe ada hati rupanya.
Khabarnya Rafizi telah menghantar surat undangan rasmi kepada Khairy pada 18 November lalu namun diminta untuk ditentukan tarikh yang bersesuaian kerana YB Khairy agak sibuk dengan Perhimpunan Agung UMNO.Namun dalam masa terdekat ini satu debat berkenaan NFC ini bakal mengambil tempat dan sama-samalah kita saksikannya.MMI dimaklumkan TV3 akan menyiarkan debat tersebut.
Terfikir juga MMI kalau Ketua Pemuda UMNO boleh sedia untuk berdebat berkenaan isu NFC ini dimana pula kelibat Ketua AMK ? Kemana perginya Sam Ketot ? Bukankah beliau juga antara yang paling lantang menghentam kerajaan dalam isu NFC ini ? Mungkin Sam takut agaknya maklumlah yang dia perlu berdepan tu bukan calang-calang orang Khairy Jamaluddin Sam Ketot ooi..
Haha Sam Ketot takut terkencing dalam seluar hehe..
Apa pun MMI sekali lagi nak bawakan kepada semua perihal NFC ni supaya kita dapat faham apa sebenarnya yang diperkatakan oleh puak-puak penyokong HARBI ni.
Jangan jadi lembu jika tak tahu apa-apa pasal NFC.
Kalau UMNO ada projek kemudian berikan Projek tersebut kepada ahli UMNO adakah itu Konflik Kepentingan ? Ok takpelah mungkin contoh tak kena.Kalau seorang bapa yang kaya ada projek bernilai ratusan juta kemudian berikan projek itu kepada anaknya,Konflik Kepentingan ke ? Mungkin tak kena lagi kot ? Oklah,kalau bapanya bekas Timbalan Perdana Menteri kemudian buka akaun ratusan juta USD dalam Simpanan Tetap di Bank Nasional Israel atas nama anak perempuan,isteri dan kroni adakah itu bukan Konflik Kepentingan ? Mungkin tak kena lagi kot ? Oklah kalau seorang Menteri Besar Selangor melantik rakannya menjadi Pengurus Besar PKNS dan PKPS kemudian meletakkan kesemuanya di bawah MENTERI BESAR INCORPORATED hui !!! Sendiri buat,sendiri lulus,sendiri bayar,sendiri terima bayaran apakah itu bukan KONFLIK KEPENTINGAN ?Klik Sini untuk berita lanjut.
Kepada Rafizi bersedialah kamu untuk menghadapi kebenaran.
Kepada KJ teruskan perjuangan basmi fitnah dan cacian.
Semoga Allah SWT membuka hati mereka-mereka yang masih terperangkap dalam permainan politik kotor Anwar dan konco-konconya.Amin.
MMI.
No comments:
Post a Comment