Followers

Wednesday, 4 January 2012

Bukti Azmin Ali Dalang Lakukan Rusuhan


"Min tolong aku Min ! 9 Januari nak dekat dah ni..Buatlah apa cara sekalipun pastikan budak2 tu keluar ke jalan,buat rusuhan,pastikan negara kacau bilau..Kau kena selamatkan aku Min." Mungkin itulah kata-kata yang bermain diantara Anwar dengan Azmin sekarang.

MMI yakin Anwar khususnya tidak senang duduk sekarang ini apatah lagi beliau dilihat tidak lagi mempercayai orang-orang PKR sendiri kerana beliau tahu bahawa mereka sudah semakin menjauhkan diri dari PKR.

Terbaru satu pembongkaran arahan daripada Azmin Ali untuk mengajak seluruh jentera PKR untuk hadir semasa keputusan perbicaraan liwat bosnya pada 9 Januari 2012 nanti telah didedahkan.

Setiap cabang PKR di seluruh negara telah dikerahkan dan diarahkan oleh Azmin Ali agar menghantar sekurang-kurangnya 100 orang ahli pada 9 Januari 2012 ke Kuala Lumpur. Kehadiran adalah DIWAJIBKAN bagi menunjukkan solidariti serta kasih sayang kepada Anwar Ibrahim yang akan mengetahui nasibnya setelah perbicaraan liwat yang paling panjang dalam sejarah Malaysia diketahui keputusannya pada hari itu.

Pihak berkuasa telah mengeluarkan arahan agar penganjur demonstrasi Gerakan Bebaskan Anwar 901 (FAC) agar menarik semula hasrat mereka untuk menghimpunkan orang ramai di pekarangan Mahkamah Tinggi dan di tengah-tengah Kuala Lumpur bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Agak menarik apabila modus operandi PKR yang diketuai oleh Azmin Ali, tidak lagi menggunakan blog mahupun Facebook, sebaliknya menggunakan Twitter dan BBM.

Dalam arahannya, Azmin Ali meminta agar ahli-ahli PKR yang hadir untuk menggemparkan pihak berkuasa dan menggertak hakim Mahkamah Tinggi agar datang secara bersendirian sama ada menggunakan kenderaan sendiri mahupun kenderaan awam. Mereka tidak digalakkan berkonvoi bagi mengelakkan pihak berkuasa mudah mengesan serta menangkap atau menghalang kemasukan ke Kuala Lumpur.

Tempat pertemuan adalah di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012, jam 7.00 pagi. Kesemua PKR Negeri turut diarahkan agar mendapatkan sokongan daripada PAS dan DAP untuk menghantar ahli-ahli mereka seramai mungkin ke pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari itu.

Inilah bukti bahawa Azmin Ali dan PKR terlibat secara langsung dalam rusuhan terbaru yang berlaku di UPSI Tanjung Malim baru-baru ini.Cara dan tindakan sama sahaja dengan gerak kerja yang menjadi amalan PKR.


Apakah ini budaya yang dimahukan oleh ibu dan bapa kepada anak-anak anda selepas ini ? Tepuk dada tanya selera.

Lihat kepada video di atas sejauh mana sambutan dan sokongan mahasiswa dan mahasiswi di Malaysia yang kononnya di laungkan oleh puak-puak SMM ini mereka membawa suara mahasiswa dan mahasiswi ? Dengar audio dan anda akan dapat lihat laungan "POLIS KELUAR" yang jelas menafikan kuasa yang ada pada pihak Polis.Lihat juga bagaimana provokasi dimulakan oleh siapa ? Dan jangan lupa siapa yang membawa budaya "vandalisme" dengan memecahkan cermin sebuah klinik.

Adakah semua itu dimulakan oleh pihak Polis ? anda sendiri tentukan.

MMI.


No comments:

Post a Comment

Labels