Followers

Wednesday, 4 January 2012

Lagi Fitnah Dari Harakah !


Heboh di media-media pro pembangkang menyatakan seorang mahasiswa yang berdemo di depan UPSI baru-baru ini mengalami kecedaraan yang teruk sehinggakan diberitakan seorang daripadanya meninggal dunia.

Inilah hebatnya media zaman sekarang.Namun MMI nak mengajak semua untuk sekali lagi melihat salah satu saluran media pembangkang yang kononnya sarat dengan info-info dan perjuangan Islam rupa-rupanya sentiasa menghalalkan berita berunsur fitnah.Dan paling melucukan adalah setiap berita semestinya akan di sunting oleh editor sesebuah media dan ternyata Harakah mempunyai editor dan petugas yang sememangnya suka kepada perkara-perkara berunsur fitnah dan pembohongan.Semuanya atas nama kuasa dan politik.

Tindakan SMM dan mahasiswa merusuh di Tanjung Malim baru-baru ini kecoh dengan insiden seorang daripadanya Safwan Anang diberitakan mengalami kecederaan patah tulang pipi dan tulang rusuk.Semuanya dilaporkan oleh media fitnah Harakah.

Namun Pengarah Jabatan Kesihatan Perak telah mengeluarkan kenyataan perubatan yang jelas menunjukkan kecederaan seperti dilaporkan tidak berlaku.


Pengarahnya, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher mengatakan bahawa Safwan Anang tidak patah tulang pipi seperti yang difitnah oleh beberapa portal kaki penipu pro-pembangkang dan juga facebookers mereka.

Malah, pemeriksaan X-Ray telah dilakukan dan tiada patah tulang rusuk seperti yang difitnah oleh pro-pembangkang!

KenyataanPengarah Kesihatan Perak itu sekaligus menafikan laporan berita yang di siarkan di dalam HaprakahDaily dan MalaysiaKini sebelum ini.Berita Penuh di Blog Dr MiM 

Inilah cara dan tindakan pembangkang dalam mensensasikan sesuatu berita dan merupakan kaedah yang diguna pakai untuk mendapatkan sokongan rakyat seterusnya membawa rakyat ke dalam kancah politik jijik pembangkang.

Pembangkang sebenarnya adalah merupakan pihak yang sebenarnya menghalang maklumat sebenar daripada sampai kepada rakyat.Ini dapat dibuktikan dengan pengharaman media-media arus perdana oleh pembangkang kerana di tuduh menyebarkan berita berat sebelah.

Kepada semua baca dan bandingkan media-media ini dan kita akan dapat melihat dengan jelas siapa sebenarnya yang berat sebelah dan siapa sebenarnya yang melakukan fitnah.

Mengajak seluruh penyokong pembangkang untuk tidak melihat dan mendengar saluran media perdana bererti menyekat maklumat daripada sampai kepada rakyat seterusnya memudahkan dakyah pembangkang dilsebarkan.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels