Followers

Wednesday 4 January 2012

GEMPAR ! Balik Pulau - Islam Di Hina Lagi


Kesucian agama Islam di hina lagi di Pulau Pinang.Dari maklumat yang MMI terima terdapat pihak-pihak tidak bertanggungjawab telah mencetak kertas nombor ekor yang mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran di bahagian belakangnya.Kertas Nombor Ekor yang dikeluarkan pada tarikh 01 Januari 2012 di kesan dijual di Pekan Balik Pulau.Apakah tindakan pihak berwajib terhadap perkara ini atau mahu terus melihat Agama Islam dihina.


Apakah yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang melalui exco agamanya Malik Kasim bagi menangani permasalahan ini ? Adakah ianya dilihat sebagai perkara yang tidak perlu di perbesarkan kerana melibatkan kepentingan kaum-kaum tertentu ?

  
Sekiranya Malik Kasim boleh hadir dalam satu pertunjukkan fesyen menyaksikan model memperagakan fesyen takkanlah isu seperti ini boleh dibiarkan tanpa apa-apa kenyataan daripada orang yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam di negeri Pulau Pinang?

Malik Kasim ternyata hanya boneka dan kuda tunggangan kepada rejim DAP di Pulau Pinang yang hanya patuh dan mengangguk kepada setiap arahan bosnya Lim Guan Eng .

Malik Kasin ternyata GAGAL melaksanakan tanggungjawabnya.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels