Tiba-tiba angka 901 menjadi sebutan seluruh rakyat Malaysia.Hebat sungguh aura mamat sorang ni.kalau diamati sejak kebelakangan ini puak-puak pembangkang begitu bersungguh-sungguh melakar strategi dan perancangan untuk memastikan seluruh penyokongnya untuk tampil dan hadir di perkarangan mahkamah pada 9 Januari 2012 nanti untuk menunjukkan sokongan kepada Anwar Ibrahim yang diberitakan sedang menggigil menanti tarikh tersebut.
Namun yang menghairankan MMI puak-puak pembangkang termasuk Anwar sendiri seolah-olah telah pun mengetahui yang Anwar bakal dijatuhkan hukuman sebagai bersalah.Hahaha mungkin barisan peguam Anwar sudah pun menasihatkan beliau agar membuat persediaan awal kerana kes kali ini dilihat lebih menjurus kepada beliau bersalah.
Ini sebenarnya sudah diakui lebih awal lagi oleh peguamnya sendiri apabila turut menyatakan perlakuan liwat tersebut berlaku secara suka sama suka.Hehehe sekali lagi MMI ketawa,untuk membebaskan Anwar daripada tuduhan mereka sanggup menyatakan perlakuan tersebut berlaku secara suka sama suka dan ini menunjukkan bahawa Anwar sememangnya bersalah dan dari segi tabiat sebagai seorang pemimpin berbangsa Melayu dan bergama Islam,adakah ini sifatnya seorang pemimpin yang perlu kita hormati dan kita pilih untuk memimpin ?
Dan persoalannya sekarang yang amat-amat dinantikan jawapannya oleh MMI ialah apa yang nak diperkatakan oleh penyokong Pas berkenaan kenyataan ini ?
Adakah masih dengan pendirian bahawa Anwar di fitnah ?
MMI turut dimaklumkan bahawa ribuan penyokong-penyokong Pas hari ini mula mendiamkan diri dan sudah mula mencongak untuk memberikan undi kepada UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU Ke-13 nanti.Namun untuk menyertai UMNO mereka terpaksa menanti masa yang sesuai.Tak apa lah yang penting jauh di benak hati mereka sudah mula menjalar perasaan keliru dan kecewa kerana Pas dilihat gagal sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam.Dan mereka sudah mula memilih UMNO sebagai wadah terbaik untuk memastikan Bangsa,Agama dan Negara terus dipertahankan.
Kepada seluruh rakyat Malaysia,MMI mengajak anda semua untuk sama-sama kita berdoa dan pastikan manusia bernama Anwar Ibrahim ini diberikan pengajaran dan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya kerana sudah cukup segala onar dan duri yang telah beliau lakukan terhadap negara semata-mata untuk kepentingan politik sempit beliau.
Sebagai rakyat Malaysia,kita harus menolak pengkianat bangsa,agama dan negara ini.
Tarikh 9 Januari 2012 nanti..
JOM PENJARAKAN ANWAR!
MMI.
No comments:
Post a Comment