Sampai bila Wan Azizah mampu bertahan ? Inilah persoalan yang sukar untuk dijawab.MMI yakin dan percaya sebagai seorang isteri kepada Anwar Ibrahim beliau amat tertekan dengan segala macam pertuduhan yang telah dikaitkan dengan suaminya.
Menyaksikan sidang media yang diadakan oleh Ummi Hafilda dan Azwan Ali cukup membuatkan siapa saja yang berada dalam situasi tersebut tertekan.
Mendengar permintaan Ummi Hafilda supaya Wan Azizah pulangkan Azmin kepangkuan keluarga mereka dan tinggalkan Anwar cukup membuatkan sesiapa saja tersentuh kerana ianya melibatkan institusi kekeluargaan yang sudah pasti tiada satu manusia pun yang mahu melihat keluarga berpecah dan tidak bersatu.Apatah lagi kita sebagai orang Melayu yang beragama Islam yang penuh dengan adat dan budayanya.
Kepada Ummi teruskan perjuanganmu kerana kebenaran memerlukan pengorbanan.Biarlah pengorbanan ini mampu menyelamatkan umat Melayu dan Islam di Malaysia.
Kepada Azwan Ali diharapkan selepas ini hentikanlah membuat tindakan dan kenyataan yang boleh merosakkan nama baik kamu dan yang paling penting hentikan juga cacian terhadap kepimpinan bangsa kita.Lebih-lebih lagi terhadap negarawan ulung kita Tun Dr. Mahathir.
Berdirilah dengan kaki sendiri dan lihat dunia sepuas-puasnya MMI yakin kamu mampu pergi lebih jauh yang penting pasangkan niat yang ikhlas.
Alhamdulillah sekurang-kurangnya dengan kejadian ini kita dapat menyaksikan 2 saudara kandung yang telah tidak bertegur sapa selama 7 tahun akhirnya dapat bersama dan kembali sebagai sebuah keluarga.Inilah kuasa Allah SWT yang tiada tandingnya.
Mungkin satu hari nanti UMNO dan Pas juga dapat bersama dalam saf utama untuk memimpin umat Melayu dan Islam di Malaysia.Semuanya kuasa Allah SWT.Sebagai manusia dan hambanya kita perlu teruskan perjuangan.
MMI.
No comments:
Post a Comment