Followers

Friday 27 January 2012

HIMPUN di PENANG Cuba di Sabotaj Oleh Puak Lahanat


Sekretariat Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) hari ini menafikan mereka mengeluarkan surat yang didakwa menggunakan tandatangan palsu anggota Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim.

Pengarah Urusetia Himpun negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, pihaknya tidak tahu-menahu mengenai perkara itu dan tidak pernah mengeluarkan sebarang surat kepada mana-mana masjid.

"Kami tidak perlu mengeluarkan surat untuk mengajak umat Islam menghadiri perhimpunan ini. Sudah sebulan kami gunakan segala ”networking” yang ada untuk menguar-uarkan Himpun ini,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau juga tidak tahu siapa yang mengeluarkan surat terbabit yang dikatakan ditandatangani Abdul Malik selaku Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang.

Perkara itu dilapor sebuah portal berita yang antara lain menyebut surat tersebut memaparkan logo kerajaan negeri dan disebarkan kepada jawatankuasa masjid, meminta mereka menghadiri Himpun yang akan diadakan di Kepala Batas, esok.

Ternyata ada puak-puak tertentu yang kurang senang dengan HIMPUN kerana ianya dilihat mampu memesongkan sokongan orang ramai terhadap parti-parti tertentu.Jika kita berbicara soa parti sudah semestinya Pas lah yang dilihat seperti cacing kepanasan kerana gerakan yang dijalankan oleh Datuk Hassan Ali bukan calang-calang impaknya.

Pas sendiri sebenarnya turut mengakui bahawa gerakan ini mampu menyebabkan sokongan orang ramai kepada perjuangan mereka merosot.

Bagi MMI semua yang berlaku ini mempunyai hikmahnya tersendiri.Pas telah tersilap langkah dengan memecat Hassan Ali kerana mereka menjangkakan beliau akan membuat rayuan namun sebaliknya berlaku dan natijahnya Pas yang dilihat tertekan sekarang.

Kepada mereka yang diluar sana inilah Pas hari ini, penuh dengan sifat dendam dan sabotaj yang menjadi amalan dalam perjuangan mereka.

Ayuh persetankan dengan apa yang Pas buat,Kita turun ramai-ramai kita berikan sokongan kepada HIMPUN kerana perjuangan ini lebih adil dan terbaik buat kita umat Islam.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels