Followers

Friday 27 January 2012

Calon Melayu DAP Di Jangka Bertanding Di Kawasan Majoriti Melayu - PAS Bakal Beri Laluan BRAVO !


Pas dijangka memberi laluan kepada calon Melayu DAP untuk diletakkan di kawasan-kawasan yang majoriti pengundinya orang Melayu.

Sesuatu yang MMI nanti-nantikan terutamanya di Pulau Pinang dan kalau boleh bawalah calon tersebut bertanding di Tasek Gelugor dan Kepala Batas.Pilihlah kawasan mana yang mereka suka datang dan bertanding! Jangan bercakap saja weiii...

Kepada Guan Eng kalau lu ada teloq antar lu punya calon Melayu bertanding diantara 2 kawasan ini atau dua-dua sekali.Kepada PAS ampa pakat-pakat pi ramai-ramai pujuk Guan Eng minta dia hantar calon Melayu dari DAP lepas tu ampa yang memang terkenal sebagai keldai ni buat kerja,kempen sungguh-sungguh   maklumlah calon mesti dimenangkan.

Puak-puak AMK pula ampa mesti atur ceramah supaya rakyat boleh turun dan dengar apa yang nak disampaikan oleh calon Melayu DAP tu.Ampa puak-puak AMK jangan dok saja pakat-pakat pi jumpa Guan Eng juga dan kalau boleh minta Anwar bagi arahan.Jangan dok cakap saja weiii..

Kepada juak-juak PAS dan puak-puak PKR ampa ada teloq ka ? Ada berani ka ?

Sapa yang tengah ceramah tu ???
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, perkara itu tidak mustahil berlaku kerana Pas sejak kebelakangan ini cenderung untuk menuruti setiap kehendak DAP.

Beliau yakin Pas tidak banyak pilihan jika itu yang dikehendaki oleh parti sekutunya.

"Saya lihat dan saya percaya ini yang akan berlaku. Tidak mustahil dalam usaha DAP menarik minat sokongan pengundi Melayu, Pas sedia mengorbankan kerusi mereka untuk diberikan kepada calon Melayu DAP".

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan terkini DAP yang kini dilihat cuba menampilkan calon-calon Melayu untuk diketengahkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata, walaupun UMNO merupakan parti berasaskan Melayu namun parti tersebut tidak pernah mengabaikan nasib serta masa depan kaum-kaum lain.

Beliau berkata, sebagai bukti meskipun pelbagai dasar telah diperkenalkan sebelum ini antaranya Dasar Ekonomi Baru (DEB), nasib kaum lain masih tidak pernah dipinggirkan.

"Ini hakikat dan sejarah yang tidak boleh dipadamkan. Manfaat DEB bukan sahaja dinikmati oleh orang Melayu malah manfaatnya turut dirasai kaum-kaum lain,'' ujarnya.

Ditanya mengenai kesan yang akan dihadapi orang Melayu jika DAP memerintah, beliau berkata, rakyat semestinya dapat membuat penilaian berhubung perkara tersebut.

"Dalam era keterbukaan ini saya yakin rakyat dapat membuat penilaian yang lebih adil iaitu pihak manakah yang mampu memberikan khidmat terbaik kepada rakyat,''.

Apa yang Guan Eng dan DAP buat ? Nak bina rumah pun tak boleh! Puak-puak PAS buat apa ? Nganga ! 

AMK ???

Sembang !!!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels