Followers

Tuesday 31 January 2012

Pertahankan ISRAEL ? - ANWAR Ada Agenda !


Rupa-rupanya dah 3 hari MMI tak menulis,cukup cepat masa berjalan lagi pun tak sempat sebab MMI terlibat dalam satu program penting di Kuala Lumpur.Walaupun begitu perkembangan tetap diikuti maklumlah jiwa dah terpahat untuk sama-sama membantu UMNO dan Barisan Nasional.Kali ni MMI nak mula dengan bercerita perihal Anwar Ibrahim. 

Anwar Ibrahim ni memang sah kaki penipu putar belit.Semua orang dah melihat kenyataan beliau dalam Wall Street Journal baru-baru ni yang jelas memperlihatkan usaha terdesak beliau untuk mempertahankan Israel sebuah negara Yahudi yang saban hari menekan dan membunuh rakyat Islam Palestin.

MMI melihat Anwar hari ini semakin gelabah dan meroyan apabila beliau sendiri sebenarnya telah tahu bahawa rakyat semakin menolak perjuangan PKR dan sekutunya.Lebih memeritkan lagi Anwar tahu bahawa rakyat juga semakin muak dan mula menolak beliau apabila pelbagai cerita dan pendedahan demi pendedahan dikeluarkan menyebabkan reputasinya sebagai pemimpin pembangkang terjejas.

Yang tinggal untuk terus menjadi kuda tunggangan kepada Anwar hanyalah Nik Aziz yang semakin nyanyok bersama segelintir penyokongnya.Percayalah riwayat Pas tidak akan mampu bertahan lama lagi.Sesuatu yang lebih besar dari isu pemecatan Hasan Ali akan berlaku sedikit masa lagi.Sama-samalah kita tunggu.


Pusing dan putar belitkan isu merupakan kepakaran Anwar Ibrahim.Beliau dengan jelas telah menyatakan akan pertahankan Israel alih-alih dituduh pula media Malaysia putar belitkan kenyataannya.Sedarkah beliau bahawa kenyataan itu dikeluarkan terlebih dahulu oleh Wall Street Journal yang bukannya media Malaysia?Memang dah dasar manusia hipokrit itulah kerjanya.

Ayuh rakyat Malaysia Sedarlah! Bangunlah! Buka mata lihat apa yang telah dilakukan oleh si Anwar Al-Juburi ni,memang jelas beliau adalah penyokong tegar YAHUDI ! 

Sebagai rakyat Malaysia dan beragama ISLAM bangangkah kita untuk menilai siapa Anwar apabila beliau secara terang-terangan mahu mempertahankan ISRAEL ?

Sedarkah kita siapa itu ISRAEL ? Kepada semua rakyat Malaysia terutamanya juak-juak pembangkang yang masih taksub dengan kesongsangan pemimpin-pemimpin kamu MMI bawakan secebis kisah dan peristiwa yang pada fikiran MMI ISRAEL tidak boleh sesekali dipertahankan apatah lagi oleh seorang manusia berbangsa MELAYU dan beragama ISLAM.

Jom tengok,

Itu lah yang berlaku di Palestin dan tidak mustahil Anwar yang sentiasa menyokong YAHUDI dan terbaru nak mempertahankan ISRAEL sebenarnya mempunyai agenda dan strategi tertentu untuk memastikan hayat politik beliau terus bertahan.

Dengan apa yang berlaku di Palestin,MMI yakin jika manusia bernama Anwar Ibrahim ini terus dibiarkan dan diberikan kuasa tidak mustahil penghijrahan besaran-besaran orang YAHUDI seperti mana yang berlaku di Palestin boleh berlaku di Malaysia dan sudah pastinya kuasa untuk merampas Malaysia akan dibantu oleh pihak-pihak YAHUDI yang sememangnya tidak senang dengan apa yang MALAYSIA punyai hari ini.

MMI yakin boleh berlaku kerana manusia bernama ANWAR IBRAHIM ini sanggup melakukan apa saja semata-mata untuk beliau mengejar tampuk kuasa.

Bayangkan sekiranya semua ini benar akan berlaku agaknya apa akan jadi kepada kita dan seluruh rakyat Malaysia.Renungilah peristiwa dibawah yang berlaku di bumi Palestin.


Lihatlah bagaimana seorang bapa cuba menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa keganasan tentera ISRAEL dan ianya berlaku dibumi Palestin.Bumi tanah tumpah mereka sendiri.Lihatlah bagaimana Ahmad Durrah nama budak yang telah menajdi mangsa kepada keganasan tentera ISRAEL yang telah membunuhnya tanpa belas kasihan dengan 4 peluru terbenam dalam tubuh badannya.


Apa anda mahu nasib anak-anak dan cucu-cucu kita nanti turut akan mengalami peristiwa yang sama dibumi sendiri ?

Anwar Ibrahim ada agenda hati-hatilah.

Jangan kita hanya menang sorak hari ini takut-takut kedepan kita menangis sepanjang hari.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels