Sejak akhir-akhir ini perkataan PARASIT menjadi sebutan dikalangan masyarakat terutamanya yang mengikuti arus politik negara.Ianya mula menjadi popular apabila Hasan Ali yang telah dipecat keahliannya oleh Pas telah membuat pembongkaran terdapatnya golongan parasit dalam parti Pas yang cukup membahayakan sehinggakan Pas akhirnya dilabelkan sebagai parti yang telah hilang asas perjuangannya.
Semua ini berlaku kerana terlalu taksub dan terpengaruh dengan seorang pemimpin yang diangkat serta dijulang oleh juak-juak Pas sebagai pejuang sejati tak cukup dengan itu diangkat pula sibadigol ini sebagai imam mahdi hehehe lawak betullah juak-juak pakatan haprak ni.
Pemimpin-pemimpin Pas pula dah mula meroyan sama sendiri,ada yang mengambil pendirian untuk tidak mengulas dan ada yang mengambil pendirian berkecuali serta tunggu dan lihat.Apa pun masih terdapat saki baki pemimpin puak-puak Pas yang cuba mempertahankan maruah parti mereka.SYABAS hebat sekali perjuangan mereka untuk parti namun sedarkah mereka perjuangan yang semakin merapu dan terpesong ini sebenarnya sudah mula menunjukkan keretakan.Keretakan yang semakin ketara apabila terdapat pemimpin dikalangan Pas sendiri sudah mula meragui satu sama lain semuanya berpunca dariapda sikap terlalu mendewa-dewakan Anwar Ibrahim.
Natijahnya hari ini mereka sendiri umpama cacing kepanasan.Lihatlah saja bagaimana usaha Hasan Ali yang menjelajah keseluruh negara memberikan gambaran dan penerangan bahawa Pas semakin sesat dilihat sebagai satu tamparan kepada Pas sehinggakan terdapat gerakan-gerakan tertentu untuk mensabotaj program HIMPUN.Perjuangan mereka sudah lari dari landasan dan mereka hanya menjadi keldai kepada puak-puak DAP dan PKR.
Lupakah kita apabila Anwar Ibrahim membuat kenyataan untuk mempertahankan ISRAEL,Nik Aziz sendiri sebagai pemimpin utama dalam Pas tidak mahu memberikan sebarang kenyataan kepada media.
Lihat juga bagaimana pemimpin Pas yang lain hari ini sudah mula membuka pekung didada dengan membuat kenyataan bahawa mereka tidak sesekali melarang ahli-ahli Pas untuk turut serta dalam perhimpunan selamatkan akidah orang islam HIMPUN tapi dalam masa yang sama mereka lupa dalam HIMPUN di Selangor dulu Pas dilihat menolak seolah-olah memberikan mesej jelas kepada pengikutnya dengan berkata tidak melarang dan tidak menyuruh apatah lagi kenyataan berbunyi program HIMPUN dilihat menjurus kepada parti-parti politik tertentu.
Inilah sikap ahli-ahli Pas yang semakin terpesong mereka sanggup melakukan apa saja seolah-olah rakyat Malaysia ini dungu dan bodoh untuk terus menerima bulat-bulat setiap kata-kata mereka.
Terbaru pula desas desus mengatakan Hadi Awang akan meninggalkan Pas,Uihh lagi hebat dari Hasan Ali tapi apa pun semuanya kerana sikap.Sikap merekalah yang sebenarnya menjadikan Pas semakin tak keruan.Bayangkan jika benar Hadi Awang meninggalkan Pas,bagaimana pula dengan amanat beliau yang mengkafirkan orang-orang UMNO satu ketika dulu ? Hahhh ingat orang UMNO lupa ka ? Amacam kalau Hadi Awang keluar Pas amanat tu macam mana ? Hadi Awang pun akan jadi kafir ke?
MMI melihat Pas sudah sampai ke klimaknya dan sudah-sudahlah dengan perjuangan yang tak menguntungkan mana-mana pihak ini.Hentikanlah perjuangan sia-sia ini kerana ianya mampu menjahanamkan negara yang telah kita bina lebih dari 50 tahun.
Ayuh tinggalkan perjuangan penuh dendam kesumat itu,hentikan menyokong DAP dan PKR kerana mereka ternyata hanya mempermainkan orang-orang Pas yang juga orang Melayu beragama Islam.Adalah lebih baik hari ini semua orang Melayu dan Islam kembali sebagai satu ummah dan kita bermaaf-maafan.UMNO dan PAS ayuh kita bersama di bawah bumbung Barisan Nasional nescaya kita mampu melahirkan sesuatu yang lebih besar untuk Bangsa,Agama dan Negara.
Soalnya sekarang sejauh mana juak-juak Pas melihat perjuangan bersama ini sebagai pemangkin kekuatan ummah di Malaysia.
Percayalah PARASIT hanya MEROSAKKAN PERJUANGAN!
MMI.
No comments:
Post a Comment