Followers

Thursday 26 January 2012

Tun Mahathir DiAnugerah Ijazah Kehormat Universiti Thailand - Azmin Malu Besar


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan dianugerah ijazah kehormat kedoktoran dalam bidang Sains Politik oleh Universiti Naresuan di sini esok.


Anugerah diberikan kerana usaha berterusan dan sumbangan besar beliau kepada rakyat Malaysia dan negara-negara ASEAN.

Presiden universiti itu, Prof Dr. Suhjin Jinahyon akan menyampaikan ijazah tersebut kepada Dr. Mahathir di dalam satu majlis di sebuah hotel di sini.

Pihak universiti turut memuatkan iklan separuh muka di dalam sebuah akhbar utama berbahasa Inggeris, mengucapkan tahniah kepada Dr. Mahathir di atas penganugerahan itu.

Universiti Naresuan yang dinamakan sempena nama Raja Naresuan dibangunkan dari sebuah Kolej Pendidikan pada 1967 dan kemudiannya ditubuhkan sebagai Kampus Phitsanulok, Universiti Srinakharinwirot pada 1974 sebelum secara rasmi diberi status universiti pada 29 Julai 1990.

MMI turut teruja dengan pengiktirafan ini dan sekali lagi nama negara Malaysia diharumkan oleh pemimpin ulung yang datangnya daripada UMNO dan Barisan Nasional.

Bayangkan bangsa lain dan negara lain boleh mengiktiraf Tun Dr. Mahathir bangsa kita sendiri kerana keupayaan dan sumbangan besar beliau bukan saja terhadap negara Malaysia bahkan diakui seluruh dunia.

Tapi bangsa kita sendiri masih tidak mahu mengakui malah mengherdik serta mencaci kepimpinan negara seolah-olah mereka ini langsung tidak berjasa.Lupakah kita apabila Azmin Ali yang begitu lantang dan celupar sentiasa mencaci Tun Dr. Mahathir.

"Kepala Hotak Kau" adalah satu kenyataan yang cukup biadap dilontarkan oleh seorang manusia bernama Azmin Ali yang jelas jika di bandingkan sumbangan diantara beliau dan Tun umpama langit dan bumi.

Siapakah Azmin Ali ? Apakah sumbangan beliau terhadap negara ? Kalau setakat berjasa kepada Anwar Ibrahim dengan merelakan segala-galanya lebih baik diam daripada bercakap.


Pelbagai perkara yang menyentuh berkenaan peribadi Azmin merupakan penyebab mengapa beliau tidak layak untuk diangkat sebagai pemimpin apatah lagi untuk merendah-rendahkan pemimpin negara.

Seluruh negara telah mengetahui siapa Azmin melalui ceramah-ceramah yang disampaikan oleh Ummi Hafilda seorang manusia yang sanggup meninggalkan keluarga sendiri semata-mata untuk mengejar kekayaan dunia dan paling tragis sanggup menggugut keluarga sendiri hanya untuk mempertahankan seorang manusia bernama Anwar Ibrahim.

Hebatkah Azmin ?


Kepada Tun Dr. Mahathir,terima kasih kamu kebanggaan rakyat Malaysia.

Azmin ????? Sory...

MMI.
    

No comments:

Post a Comment

Labels