Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor yang diketuai oleh Sdr Hasbul Hazani Daud baru-baru ini telah pun melancarkan Jentera Pilihanraya Pemuda bagi Parlimen Tasek Gelugor yang telah dilancarkan oleh Sdr Ir. Shaikh Husin Mydin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau di Adamson Hotel Kuala Lumpur.
Bermula daripada saat itu Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor terus melancarkan gerak kerja mereka dengan satu Operasi yang diberi nama GEMPUR PEMUDA.Operasi ini merupakan permulaan kepada seluruh jentera pemuda UMNO di Tasek Gelugor untuk menaikkan panji-panji UMNO dan BN diseluruh kawasan Parlimen Tasek Gelugor.
Sehingga berita ini ditulis panji-panji UMNO dan BN telah pun dinaikkan disetiap kawasan dan akan terus dinaikkan dari masa ke semasa melalui operasi bersepadu daripada Pemuda Bahagian dan Pemuda Cawangan-Cawangan.
Memang hebatlah pemuda-pemuda Tasek Gelugor,Jentera ini mampu membuatkan juak-juak penjilat punggung LGE meroyan dan tak senang duduk.Keberanian dan usaha bersungguh-sungguh oleh barisan anak muda harapan bangsa ini perlu dihargai kerana mereka sudah memulakan rentak dengan melancarkan perang psikologi terhadap barisan Pakatan Haprak yang ternyata dan terbukti tertekan dengan usaha bersepadu ini.
MMI bukan bercakap kosong ianya dibuktikan dengan insiden yang berlaku di Merbau Kudong Sungai Dua apabila panji-panji UMNO dan BN yang telah dinaikkan disepanjang laluan utama ke Sungai Dua telah diturunkan oleh juak-juak Haram Jadah PR dengan menggunakan pencacai-pencacai MPSP.
Gambar yang diambil dilokasi insiden berlaku , Merbau Kudong Sungai Dua |
Hahaha MMI cukup tertarik dengan insiden ini kerana ianya mambuktikan Operasi GEMPUR PEMUDA ini memberikan impak yang cukup berkesan dalam usaha barisan Pemuda UMNO Tasek Gelugor mempertahankan Parlimen dan tiga DUN dalam PRU Ke-13 nanti.
Juak-juak Pakatan Haprak dilihat telah menggunakan kuasa Ahli Majlis untuk menurunkan panji-panji UMNO dan BN yang telah dipasang dengan alasan ianya tidak boleh dinaikkan.Namun yang menjadi persoalannya adalah mengapa bendera-bendera Pas,PKR dan DAP yang telah dipasang sekian lama dibeberapa tempat di Tasek Gelugor tidak pula diambil tindakan?Malah pemantauan yang dibuat oleh MMI sendiri bendera-bendera Pas dan PKR yang dipasang disekitar kawasan Penanti Permatang Pauh tidak pula diturunkan oleh MPSP.Soalnya sekarang mengapa hanya di Tasek Gelugor ?
Hairan Bin Ajaib kenapa agaknya bendera-bendera ini tidak diturunkan ? |
Nak tahu kenapa ? Jawapannya cukup mudah kerana mereka PANAS dan TERTEKAN dengan serangan yang dilakukan oleh barisan Pemuda Harapan Bangsa UMNO Tasek Gelugor.Ini jelas kerana insiden panji-panji UMNO dan BN ini mahu diturunkan oleh pencacai-pencacai Pakatan Haprak dibuat hanya dalam tempoh masa tak sampai 10 jam dari masa panji-panji ini dinaikkan.
Paling menarik MMI dikhabarkan bahawa tiada sebarang laporan dibuat kepada MPSP berkenaan hal ini tetapi hanya merujuk kepada Ahli Majlis dan beliau diberitakan telah mengambil tindakan sendiri tanpa merujuk kepada mana-mana pihak dengan mengarahkan anggota-anggota MPSP hadir bersama-sama van milik MPSP.
Apa pun juak-juak pencacai rejim DAP yang bertanggungjawab mengarahkan panji-panji UMNO dan BN diturunkan telah pun dikenal pasti dan lebih malangnya mereka ini merupakan orang Melayu yang sanggup berkiblatkan LGE dan konco-konconya.
Ahli Majlis (Berbaju biru dan berseluar coklat ) hadir bersama juak-juaknya dengan angkuh dan sombong untuk menurunkan panji-panji UMNO dan BN |
Ahli PKR yang dikenal pasti terlibat dalam usaha menurunkan panji-panji UMNO dan BN di Merbau Kudong,dikhabarkan inilah orang yang telah membuat laporan kepada Ahli Majlis supaya tindakan diambil. |
Ahli Pas yang turut hadir memberikan sokongan kepada rakan-rakan seangkatan penjilat kaki LGE |
Inilah wajah-wajah mereka yang kononnya melaksanakan tugas tetapi dalam masa yang sama mempunyai niat dan motif untuk menyekat sebarang usaha UMNO dan BN melaksanakan gerak-kerjanya.
Mereka sebenarnya harus malu dengan diri sendiri apabila mengamalkan sikap "double standard" kerana sebelum ini mereka hanya membutakan mata dengan membiarkan bendera Pas,PKR dan DAP dinaikkan tetapi mahu pula mengambil tindakan dengan menurunkan bendera UMNO dan BN dengan alasan undang-undang.MMI nak kata pegiii dahhh...Cakap sajalah LGE arah , nak melawan tak boleh sebab dah ikrar akan sembah LGE.
Lagi satu sedarkah mereka tindakan dan sikap mereka sebenarnya mengesahkan apa yang dilaung-laungkan oleh LGE bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang dibawah pentadbiran Rejim DAP mengamalkan C.A.T sebenarnya GAGAL.
MMI mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh jentera pemuda yang memberikan komitmen terhadap operasi Gempur Pemuda Ini.Tidak ketinggalan kepada barisan pendekar yang hadir ke Merbau Kudong pagi Sabtu yang lalu termasuk YB Dato' Jasmin Mohamed ADUN Sungai Dua mempertahankan panji-panji UMNO dan BN daripada terus di turunkan oleh juak-juak Pakatan Haprak.Anda semua telah membuktikan bahawa maruah dan perjuangan keramat parti UMNO dan BN mesti dipertahankan daripada diceroboh oleh puak-puak bangang Pakatan Haprak.
Pssttt MMI masih ternanti-nanti untuk LGE hantar wakil Melayu bangang DAP untuk bertanding di Tasek Gelugor.
MMI.
No comments:
Post a Comment