Satu pergaduhan telah berlaku di salah sebuah rangkaian restoran KFC di I-City melibatkan pekerja KFC dan pelanggan.Semuanya bermula apabila jumlah pelanggan terlalu ramai sehinggakan perlu beratur dan menunggu sehingga 1 jam lamanya.Biasalah apabila terpaksa menunggu lama dan bekerja tanpa rehat ni kadang-kadang akan menimbulkan rasa panas dan tidak puas hati yang menebal dalam setiap diri sama ada pekerja ataupun pelanggan sendiri.
Jom kita ikuti babak-babak tercetusnya pergaduhan tersebut.
MMI juga tahu dan pernah merasai apa yang dirasai oleh pekerja KFC dan juga pelanggan tersebut.MMI bawakan kronologi kejadian tersebut untuk sama-sama kita teliti.
Disini apa yang MMI lihat satu perkara yang timbul apabila si pelanggan tidak mahu menerima hakikat bahawa kehadiran pelanggan yang ramai telah menyebabkan mereka terpaksa menunggu dalam masa yang agak lama dan kebetulan pula apabila tiba giliran si pelanggan tadi bahan atau produk jualan berupa ayam goreng telah kehabisan stok.Lalu si pelanggan tadi (yang mungkin telah berang kerana terpaksa menunggu lama) telah meminta pihak pengurusan untuk memohon maaf kepada beliau.
Dalam keadaan ini stor manager tidak melayan kerenah si pelanggan tadi dan ketika ini juga pekerja KFC melaungkan perkataan yang menimbulkan ketegangan apabila berkata "kalau mau makan, buat sendiri lah BABI.".
Maka bermulalah episod kata mengata sehinggakan para pekerja KFC mula bertindak seperti mana yang anda lihat dalam video di atas.
Jika dilihat kepada kronologi yang diceritakan ( Melalui Sumber2) MMI rasakan ada lagi perkara yang lebih keterlaluan berlaku disini kerana mana mungkin hanya dengan laungan oleh pekerja KFC terus mereka keluar dan bergaduh dengan pelanggan terbabit.Semestinya perang mulut berlaku terlebih dahulu dan mungkin disaat ini terdapatnya kata-kata yang mungkin dianggap sebagai biadap dan kurang ajar terus-terusan dilontarkan dan kerana itulah berlakunya pergaduhan tersebut.
Kepada pekerja KFC yang terlibat MMI ucapkan syabas kerana anda berani mempertahankan maruah diri anda sebagai seorang manusia walaupun anda terikat dengan undang-undang syarikat.Bagi MMI maruah lebih penting daripada segalanya dan disini anda telah melakukannya dengan cukup baik.
Kepada pelanggan KFC yang terlibat MMI tumpang simpati dengan apa yang berlaku dan anda sebenarnya berhak untuk membuat bantahan kerana anda merupakan seorang pelanggan namun dari satu sudut mungkin anda terlupa bahawa sikap hormat menghormati itu penting diamalkan sesama manusia dan ternyata dalam insiden ini anda tidak melakukannya dan hanya mementingkan diri sendiri dan natijahnya hanya kerana ayam goreng anda dibelasah.
Namun moralnya dalam insiden ini kedua-dua belah pihak sebenarnya bersalah dan sepatutnya kejadian-kejadian seperti ini perlu dielakkan di masa-masa hadapan kerana ianya tidak menguntungkan mana-mana pihak.
Berikutan insiden tersebut pihak KFC Malaysia telah pun mengeluarkan pekeliling untuk menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku.
Baguslah tindakan yang cepat dilakukan oleh pihak KFC Malaysia.MMI mengharapkan agar kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi di masa-masa hadapan.
Percaya atau tidak hampir 10,000 pekerja rakyat Malaysia bekerja diseluruh rangkaian restoran KFC di Malaysia dan lebih dari separuh berbangsa Melayu.Semoga KFC terus berjaya.
Psssttt MMI tak dengar lagi suara-suara sumbang yang menyatakan UMNO lah yang menjadi punca insiden ini berlaku.Ampa ada dengar ?
MMI.
No comments:
Post a Comment