Followers

Sunday, 4 March 2012

16 Sebab Sahkan Lim Guan Eng Lidah Biawak


Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang cukup unik terdapat di semenanjung Malaysia.Uniknya bukan saja dari segi makanannya bahkan dari segala sudut jika diperhatikan kepada apa yang bakal dinikmati oleh pelancong mahupun rakyat Malaysia sendiri.Mungkin kadang-kadangnya rakyat Pulau Pinang sendiri tidak merasai akan keunikan serta kelebihan yang terdapat di Pulau yang digelar Mutiara ini.

Mungkin kerana itulah ianya menjadi perhatian oleh juak-juak Pakatan Haprak terutamanya DAP yang begitu berminat dengan Pulau Pinang ini.Sehinggalah akhirnya pada 2008 yang lalu Pulau Pinang jatuh ke tangan pembangkang dan hari ini Pulau Pinang diperintah oleh rejim DAP.

Kita mungkin lupa Pulau Pinang menyajikan satu percutian yang pasti tidak terdapat atau dapat ditandingi oleh mana-mana negeri di semananjung Malaysia.Kerana ia menyediakan satu pakej yang cukup lengkap untuk sebarang aktivii percutian bilamana disini segalanya mungkin.Klik Sini kalau bab makan pula Klik Sini

Memang terbaik Pulau Pinang sampaikan orang luar juga datang mencari rezeki dan boleh dikatakan cukup harmoni Pulau Pinang sehinggalah sekarang.

Namun suasananya sedikit terencat apabila keputusan PRU Ke12 yang lalu telah menyaksikan perubahan kuasa politik daripada Barisan Nasional ke tangan Pakatan Haprak.Pasti semua sudah sedia maklum bagaimana politik Pulau Pinang dengan perubahan ini.

MMI cuma nak mengajak semua untuk melihat dan menilai apakah yang telah dilakukan oleh rejim DAP di Pulau Pinang dalam memacu negeri menjadi salah satu negeri terbaik dalam Malaysia.Kita jangan lupa Ketua Menteri Lim Guan Eng pernah mendakwa kononnya Pulau Pinang tercicir daripada menerima bantuan kerajaan pusat.Apakah semua dakwaan itu betul ? Percayalah semua dakwaan tersebut adalah satu tindakan jahat pihak Pakatan Haprak di bawah rejim DAP untuk meracuni fikiran rakyat.


Bagi membuktikan dakwaan MMI bahawa Lim Guan Eng cuba meracuni fikiran rakyat Pulau Pinang,Ikuti apa yang MMI dedahkan ini supaya kita tidak mudah ditipu oleh rejim DAP yang ternyata gagal sebagai sebuah kerajaan di Pulau Pinang.

Suka atau tidak kerajaan Barisan Nasional atau Pusat sebenarnya telah menyediakan peruntukan untuk projek Mega dibawah RMK Ke-9 dan RMK Ke-10 khusus untuk Pulau Pinang.MMI bawakan kepada semua 16 projek mega yang telah diberikan kepada Pulau Pinang.

01.Jambatan Kedua Pulau Pinang-RM4.5 Bilion
02.Projek Naiktaraf Terminal Utama lapangan Terbang Bayan Lepas-RM211 Juta
03.Naiktaraf Terminal Port Swettenham-RM97 Juta
04.Projek Tebatan Banjir Sungai Pinang Fasa 2-RM102 Juta
05.Projek Penang Sentral Di Butterworth-RM15.5 Juta
06.Projek Perkembangan Empangan Mengkuang-RM1.2 Bilion
07.Projek Naiktaraf Sistem Keretapi Bukit Bendera-RM63 Juta
08.Pemulihan Muara Sungai Perai-RM50 Juta
09.Program NKEA Electrical dan Electronic Pulau Pinang-RM635 Juta
10.Program NCER Lojistik Pulau Pinang,perolehan peralatan DVOR-RM100 Juta
11.Politeknik Balik Pulau-RM175 Juta
12.Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal-RM128 Juta
13.Loji Rawatan Jelutong-RM523 Juta
14.Institut Perubatan dan Pergigian Termaju di Kepala Batas USM-RM186 Juta
15.Baikpulih Jalan Pekan Genting ke Balik Pulau-RM72 Juta
16.Naiktaraf Jambatan Pulau Pinang-RM503 Juta

Jelas dan nyata semua yang diatas adalah peruntukan yang diturunkan oleh kerajaan persekutuan.Itu belum lagi dikira peruntukan dan bantuan-bantuan daripada Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN Barisan Nasional dalam negeri Pulau Pinang.Jangan lupa pula pemberian bantuan oleh kerajaan RM100 untuk pelajar sekolah,RM200 baucer untuk pelajar IPTA/IPTS dan RM500 BR1M untuk rakyat di seluruh negara.

Kepada Lim Guan Eng lu jangan tipu maa,cakap banyak kerja tadak..Guan Eng memang penipu.

Kepada rakyat Pulau Pinang nilailah..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels