Followers

Sunday, 4 March 2012

Beza BN & Pakatan Haprak


Seperti sudah menjadi budaya di Malaysia apabila ada kes-kes melibatkan ahli politik sudah pastinya akan ada perhimpunan kumpulan penyokong diluar mahkamah untuk memberikan sokongan moral.Sejauh mana kebenaran sesuatu kes tersebut tidak penting kerana politik itu lebih penting untuk dipertahankan.

Begitulah yang sering berlaku di Malaysia terutamanya melibatkan juak-juak Pakatan Haprak,lihat saja kes liwat Anwar sehinggakan sampai ke tahap meletup-meletup angkara bom yang masih tidak dapat dikenal pasti siapa pembuatnya.


Namun lain pula jadinya apabila setiap kes yang melibatkan ahli politik daripada UMNO mahupun Barisan Nasional yang apabila dikaitkan dengan kesalahan maka ruang mahkamah atau kawasan sekitarnya pasti lengang daripada sebarang perhimpunan.Ianya jelas kerana UMNO dan Barisan Nasional sentiasa terbuka dan menyerahkan kepada institusi kehakiman negara bagi mendapatkan keadilan.


Terbaru lihat saja bagaimana Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abdul Rahman Bakri dan pembantu khasnya, Rosli Busro dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000, kelmarin, suasana tenang.

Di luar mahkamah, tiada situasi tegang mahu pun demonstrasi. Para pengikut menghormati keputusan mahkamah meskipun ada yang kecewa dan kurang berpuas hati.

Ahli Parlimen dari Barisan Nasional itu dan pembantunya didapati bersalah atas tuduhan rasuah membabitkan lapan tuntutan palsu bagi program-program yang tidak dijalankan empat tahun lalu.

Inilah ketelusan yang ada pada UMNO dan Barisan Nasional dalam mendepani kes-kes seperti ini.Sekiranya terdapat kesalahan dan mempunyai bukti maka ambillah tindakan kerana UMNO dan Barisan Nasional yakin bahawa setiap manusia itu tidak sempurna dan kerana ketidaksempurnaan inilah maka institusi kehakiman diberikan kuasa mutlak bagi mencari keadilan.


Jangan lupa kes mereka hampir sama dengan kes membabitkan mendiang Teoh Beng Hock yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaan penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan negeri.

Anehnya, kes Beng Hock dijadikan isu politik dan perkauman yang dahsyat. Kematian Beng Hock digunakan oleh DAP untuk menghasut rakyat membenci kerajaan dan SPRM. Seperti biasa - kerajaan dituduh melakukan konspirasi.

MMI sudah masak dengan perangai dan tingkah laku juak-juak Pakatan Haprak ni.Sebagai seorang manusia yang mempunyai akal dan fikiran MMI yakin semestinya kita mampu membuat penilaian berdasarkan perjalanan sesuatu isu yang diwar-warkan.

Kepada semua lihat dan bandingkanlah beza diantara BN dan Pakatan Haprak.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels