Followers

Tuesday, 17 April 2012

Dira Oh Dira !


Mendengar berita berkenaan Dira pengacara melodi hampir mati akibat minum peluntur membuatkan MMI terhenti sejenak.Bukan apa sebagai seorang manusia yang beragama Islam kita sepatutnya tidak bertindak sedemikian.Apatah lagi Dira ni merupakan seorang artis yang MMI lihat mampu pergi jauh malah melihat beliau dalam rancangan Melodi dengan sentiasa tersenyum membuatkan MMI di antara yang meminati beliau.

Menurut berita beliau dikatakan telah dimasukkan ke Hospital Serdang akibat meminum peluntur pakaian petang semalam.

Dia yang dimasukkan ke wad kecemasan sebelum itu telah pun dipindahkan ke wad pesakit luar selepas keadaanya dikatakan sudah stabil.

Menurut satu sumber yang dipercayai, pengacara tersebut telah meminum peluntur akibat tekanan dari masalah yang berlaku pada dirinya.

Dia yang dimasukkan wad pada jam 5.13 petang semalam turut cuba untuk menutup muka akibat malu dengan tindakkan akal pendek yang dilakukannya, dan cuba untuk menyembunyikan identitinya daripada diketahui ramai.

Pengacara tersebut juga sempat meminta maaf kepada peminatnya dan juga pengikutnya di laman Twitter dan meminta agar diberikan kepercayan terhadap dirinya kerana dia sendiri tidak dapat menahan tekanan yang terpaksa dihadapinya sekarang.

MMI faham kadang-kadang dalam dunia yang dipenuhi dengan pelbagai macam perkara mampu membuatkan kita kadang-kadang mengalami tekanan perasaan yang amat sangat.Namun semuanya bergantung kepada kita terutama dalam soal mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah.

Kepada Dira,selesaikan permasalahan yang berlaku kerana peminat kamu dan industri seni tanahair masih bersama kamu.Sekurang-kurangnya pengalaman ini mengajar kita untuk lebih berhati-hati dengan setiap tindakan kita selepas ini.

Perkara paling baik adalah dekatkan diri dengan Allah SWT insyallah kita akan diberikan jalan dan pertolongan.

MMI antara yang meminati Dira di rancangan Melodi kerana senyumannya,sayang rasanya jika beliau mensia-siakan bakat yang ada dalam diri beliau.Senyuman mampu menceriakan orang lain.

Psstt Kalau kejadian ini melibatkan juak-juak Pakatan Haprak mesti tuduh UMNO punya angkara..

Zassssss

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels