Hampir seharian MMI tidak menulis semuanya kerana meluat melihat segelintir anak muda yang kononnya menggelarkan diri mereka pelajar tetapi jauh sekali menyimpang daripada sikap dan tanggungjawab seorang pelajar malah boleh diibaratkan seperti kutu rayau yang hanya tahu menjadikan kekacauan sabagai satu bahan permainan.
MMI pasti semua pengikut-pengikut blog sudah amat mengetahui berkenaan kes demonstrasi pelajar untuk menghapuskan PTPTN di Ibu Kota baru-baru ini namun MMI cuma nak mengajak semua supaya sama-sama kita renung-renungkan apakah kerajaan kita ini amat zalim kerana tidak menyediakan sistem pendidikan secara percuma ?
Keduanya apakah dengan tindakan mengadakan demontrasi adalah satu pilihan dalam usaha pelajar untuk kononnya mendapatkan hak mereka ? Dan apakah tindakan yang berlaku ini datangnya daripada diri para pelajar tersebut ataupun ianya disuntik oleh pihak-pihak pembangkang dalam usaha menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional?
Semuanya adalah soalan yang sememangnya sentiasa bermain di fikiran rakyat hari ini namun dari pemerhatian dan kajian yang MMI dan beberapa rakan lakukan ianya sebenarnya tidak mendapat sokongan malah ditolak hampir seluruh rakyat Malaysia termasuk mereka yang bernama pelajar sendiri.
Melihat akan gambar diatas sebenarnya sudah cukup memperlihatkan sikap segelintir pelajar yang sebenarnya sudah hilang integriti sebagai seorang pelajar.Lihat saja Adam Adli dan rakan-rakannya yang sebenarnya hanya mahukan publisiti murahan disamping menjadi sebagai alat atau agen kepada Pakatan Haprak untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional zalim.
Percayalah mereka sebenarnya berhajatkan perkhemahan ini akan mendapat sokongan rakyat seterusnya menjadikan peritiwa medan tahrir sebagai episod kebangkitan rakyat di Malaysia.Namun jauh di sudut pemerhatian MMI,rakyat Malaysia sebenarnya lebih bijak daripada bangsa-bangsa lain didunia malah rakyat Malaysia hampir pasti menolak setiap gerakan atau apa saja tindakan yang boleh menimbulkan huru-hara dalam negara kerana keharmonian itu lebih penting dipelihara.
Keharmonian yang selama ini dinikmati oleh kita adalah kerana sikap dan tanggungjawab rakyat keseluruhannya yang meletakkan konsep kesepakatan sebagai agenda utama.Malah kontrak sosial yang selama ini dipegang pastinya akan terus dipelihara dan inilah yang paling dicemburui oleh Pakatan Haprak kerana ianya membenarkan kerajaan sedia ada untuk lebih bertanggungjawab seterusnya memperbaiki setiap tindakan supaya rakyat dapat hidup dengan selesa.
Percayalah sekiranya bangun satu-satu bangsa di Malaysia menggegarkan dunia dengan demontrasi mahupun kekecauan pastinya bangsa lain juga akan menerima tempiasnya.Bayangkan sekiranya bangsa Melayu bangun mencetuskan kekacauan sudah pasti bangsa Cina dan India juga akan turut sengsara kerana ekonomi pastinya akan terjejas.Melihat kepada sudut ekonomi sahaja kita sudah dapat mengagak apa yang bakal berlaku sekiranya negara huru-hara.Bangsa Cina mempunyai kekuatan ekonomi namun jangan kita lupa bahawa bangsa Melayu sebenarnya turut menyumbang kepada kekuatan ekonomi bangsa Cina di Malaysia kerana bangsa melayu mempunyai keupayaan membeli yang besar dalam konteks pembelian runcit seharian.
Begitu juga dengan bangsa India yang hari ini dilihat sama-sama bangun dengan bangsa-bangsa lain terutamanya dalam bidang-bidang kedoktoran,peguam,perniagaan makanan,pemborong dan banyak lagi sudah pasti akan turut terjejas.Sebagai memudahkan bicara biarlah bangsa mana pun yang bangun mencetuskan kekacauan di negara kita sudah pasti bangsa-bangsa lain juga akan terjejas kerana kita sudah lama hidup serumpun.
Lupakah kita dalam soal pendidikan negara melalui PTPTN ianya merangkumi seluruh bangsa yang sekiranya layak pastinya akan ditawarkan dengan pinjaman tersebut dan ia sebenarnya meletakkan keupayaan serta kesungguhan kerajaan Barisan Nasional dalam membantu anak-anak Malaysia supaya pembelajaran mereka dapat dilakukan dengan sempurna.Malah PTPTN bukanlah satu kaedah berbentuk pinjaman paksaan kerana mereka-mereka yang DITAWARKAN berhak untuk menolaknya.
Kita juga jangan lupa pinjaman PTPTN yang disalurkan kepada pelajar-pelajar ini digunakan untuk menampung kod sara hidup mereka sewaktu masih di alam pembelajaran.Malah terdapat ramai diantara para pelajar sendiri yang menggunakan wang pinjaman PTPTN ini untuk membeli pelbagai barangan untuk kegunaan peribadi termasuklah pembelian iPad,Handphone,motorsikal,bercuti, dan lain-lain yang semuanya berbentuk kehendak diri masing-masing.MMI tidak menuduh semua tetapi ada sebahagian daripada mereka yang bertindak sedemikian.
Tindakan ini juga sebenarnya tidak dipantau malah lakukanlah apa saja yang dirasakan baik oleh mereka kerana kerajaan Barisan Nasional berniat baik untuk membantu dan memudahkan mereka untuk mencapai kecemerlangan.
Selain daripada itu dipihak Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia juga telah pun mengambil satu tindakan khusus untuk mencari kaedah terbaik bagi memantapkan lagi PTPTN melalui meja rundingan yang dinamakan Rundiangan Meja Bulat yang telah berjaya merealisasikan 11 resolusi untuk di bawa ke peringkat tertinggi.Ini adalah cara yang lebih terpuji dalam menyelesaikan masalah daripada kita menjadikan jalanan sebagai tempat untuk meluahkan perasaan yang tidak sedikit pun mendapat simpati rakyat Malaysia.Klik Sini
Dengan apa yang diperkatakan , adakah kerajaan Barisan Nasional masih dianggap zalim ? Klik Sini
Tindakan tanpa motif yang baik ditambah dengan suntikan perjuangan Pakatan Haprak yang terkial-kial mencari sokongan rakyat sudah pasti mendatangkan musibah mahupun perkara yang mampu mengundang kemarahan di pihak yang lain.Bahkan tindakan yang keterlaluan itu sudah pun mencetuskan satu peristiwa terburuk apabila gambar YAB Perdana Menteri dan YB Khalid Nordin di kalungkan dengan bunga menunjukkan seolah-olah kedua-duanya telah pun mati.Ini merupakan satu tindakan yang cukup biadap di lakukan oleh mereka yang kononnya menggelarkan diri sebagai pelajar.
Apakah ini yang dinamakan DEMOKRASI seperti mana yang tertulis pada batu nisan tersebut ? Ternyata sekiranya mereka menggelarkan diri sebagai pelajar seharusnya mereka faham maksud demokrasi seperti yang dilaung-laungkan bukan bertindak dijalanan seperti ini bahkan jauh sekali menterjemahkan.
Sebagai bukti bahawa rakyat menolak dan tidak menyenangi tindakan seperti ini maka di sekitar Pulau Pinang laporan polis telah dibuat oleh NGO dan orang perseorangan supaya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kumpulan tersebut kerana telah menghina pemimpin negara.
Seperti yang MMI katakan semua yang berlaku merupakan tindakan satu kumpulan yang sebenarnya tidak disokong oleh hampir seluruh para pelajar di negara kita.Tindakan-tindakan mereka ternyata mampu mencetuskan suasana yang tidak baik kepada masyarakat dan negara.Seharusnya pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera supaya kita semua dapat menumpukan kepada kejayaan negara dalam persaingan global yang semakin hebat.Adalah lebih baik hari ini seluruh rakyat menyumbang kepada kejayaan negara melalui pelbagai dasar dan tindakan oleh pihak kerajaan melalui GTP,ETP dan lain-lain supaya matlamat menjadi negara maju tercapai yang pastinya rakyat bakal merasai kesan daripada kejayaan ini.
Kepada yang di luar sana tahukah kamu masih terdapat para pelajar di negara-negara lain yang begitu daif dalam mencari pendidikan.Untuk mendapatkan pendidikan mereka perlu menghadapi pelbagai rintangan yang pastinya tidak pernah dirasai oleh anak-anak pelajar di negara kita.
Tahukah kamu mereka hidup dalam serba kedaifan namun semangat untuk mengecapi pendidikan dan berjaya dalam hidup lebih tinggi daripada anak-anak pelajar di negara kita ?
Tahukah juga kamu mereka sanggup berada dijalanan semata-mata untuk mencari rezeki demi menampung perbelanjaan pengajian mereka ?
Mungkin ada yang akan berkata tidak semua namun hakikatnya masih ada mereka-mereka di negara-negara lain yang jauh sekali taraf dan kesengsaraan mereka lebih teruk serta jauh sekali untuk disamakan dengan kita di Malaysia.
Kalau anda seorang pelajar fikir dan ingatlah bahawa apa yang dinikmati hari ini merupakan usaha mereka-mereka yang terdahulu daripada kamu.Jika anda seorang pejuang maka ingatlah perjuangan hari ini perlu diteruskan demi kesinambungan anak-anak kita selepas ini.
MMI.
No comments:
Post a Comment