Followers

Wednesday 16 May 2012

Berkelakuanlah Secara Bertamadun - Najib PM Paling Cool


Lawatan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kota London kali ini cukup menarik malah boleh dianggap antara yang paling berjaya kerana disamping meriah dengan sambutan 1500 orang rakyat Malaysia yang berada disana,beliau juga dilihat berjaya mematahkan tindakan serta niat 2 atau 3  orang yang cuba mengganggu ucapannya.

Ungkapan ''Berkelakuanlah secara bertamadun, janganlah memalukan orang di khalayak ramai, itu bukan cara orang Malaysia" sudah cukup membuatkan beliau diberikan tepukan gemuruh oleh mereka yang hadir dan turut membuatkan mereka yang cuba mengganggu ucapan beliau diam seribu bahasa.

Inilah seorang pemimpin berjiwa rakyat yang telah meletakkan kepentingan negara dan seluruh rakyatnya sebagai agenda utama dalam perjuangannya menerajui negara.

MMI begitu teruja sekali melihat YAB PM begitu ikhlas dalam ucapannya malah turut mengajak rakyatnya supaya menghormati undang-undang dan berkelakuan sebagai seorang manusia yang bertamadun.Ringkas namun padat serta tajam lebih-lebih lagi kepada mereka yang diluar sana yang sentiasa meletakkan segala kesalahan dan kegagalan itu di tangan UMNO dan kerajaan mahupun semua itu berpunca daripada mereka sendiri.

MMI bawakan rakaman video menunjukkan bagaimana YAB PM diganggu ketika ucapannya.



Melihat akan video di atas jelas usaha 2 3 orang manusia tidak bertamadun tersebut langsung tidak mendapat sambutan malah sikap tenang yang ditunjukkan oleh YAB PM ketika mereka cuba mencetuskan kekacauan membuatkan sebahagian besar rakyat Malaysia yang turut berada bersama memberikan tumpuan kepada ucapan YAB PM. 

Memetik berita daripada Utusan Malaysia,

LONDON 15 Mei - Di hadapan kira-kira 1,500 rakyat Malaysia dari seluruh United Kingdom yang berkumpul bersama Perdana Menteri di sini semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sesiapa pun berhak menyokong kerajaan atau pembangkang, namun biarlah ia mengikut keluhuran undang-undang.

''Saya boleh menerima ketidaksamaan dalam pandangan, tapi ia haruslah dilakukan secara berhemah kerana kita tidak mahu negara menjadi kacau-bilau.

''Berkelakuanlah secara bertamadun, janganlah memalukan orang di khalayak ramai, itu bukan cara orang Malaysia," katanya sambil menerima tepukan gemuruh daripada rakyat Malaysia - para perantau, para pelajar dan orang Malaysia yang sayangkan negara yang datang dalam majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri di Dewan Indigo, Arena O2, Greenwich, timur London, petang semalam.

Segenap lapisan masyarakat daripada pelbagai kaum, termasuk yang membawa anak-anak datang ke majlis itu.

Rata-rata yang datang amat teruja melihat Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor turun dari pentas, dalam suasana yang cukup santai, bertemu, beramah mesra, dan bergambar dengan mereka - walaupun pada peringkat awal ucapannya, Najib diganggu oleh dua tiga lelaki yang menjerit-jerit slogan antikerajaan kepadanya.

Jeritan mereka langsung tidak disambut oleh para hadirin.


Wajah 2 manusia tidak bertamadun yang cuba mengganggu ucapan YAB PM
Najib bagaimanapun, menasihatkan salah seorang lelaki yang menjerit-jerit ke arah beliau supaya berjumpa dengannya, namun dia kemudiannya meninggalkan dewan itu.

Ribuan rakyat Malaysia menguasai suasana dan majlis itu berlangsung dengan cukup mesra sekali.

Menurut seorang rakyat Malaysia yang menetap lebih 30 tahun di kota raya kosmopolitan ini, inilah pertama kali beliau melihat satu perhimpunan paling besar membabitkan rakyat Malaysia dalam satu masa, di satu tempat.

Najib dalam ucapannya berkata, sebagai rakyat yang matang mereka haruslah menghormati beliau sebagai Perdana Menteri yang dipilih oleh rakyat.

''Kita mengamalkan amalan demokrasi, siapa yang mahu mengundi saya atau tidak bukan menjadi hal. Kita mempunyai pilihan, namun walaupun kita mengamalkan sistem demokrasi, tidak bermakna kita boleh membuat kacau.

''Anggota-anggota polis yang mengawal keselamatan juga adalah manusia dan mereka juga mempunya hak asasi seperti kita. Mengapa diserang mereka.

''Demokrasi haruslah dilaksanakan secara bertanggungjawab. Saya berharap saya telah menyampaikan mesej yang cukup jelas, patuhlah kepada undang-undang. Apabila sampai masanya buatlah pilihan masing-masing," katanya.

Najib berada di sini atas lawatan kerja selama dua hari. Beliau dijemput khas oleh Putera Charles, pewaris takhta Britain, ke Istana St James hari ini sempena penganugerahan Piagam Diraja ke atas Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) oleh ibundanya Ratu Elizabeth yang meraikan ulang tahun Jubli Intan pemerintahannya.

Tindakan YAB PM yang langsung tidak menggunakan sebarang kekerasan untuk menghentikan tindakan pihak tidak bertanggungjawab ketika ucapannya sudah pasti membuatkan Anwar Ibrahim naik angin.YAB PM dilihat lebih hebat dari itu kerana menghentikan tindakan mereka dengan hanya meminta mereka supaya menghentikan tindakan tersebut.

Anwar sudah pasti melenting dan Pakatan Haprak sudah pasti terkencing kerana segala tindakan mereka hari ini sudah tidak mendapat sokongan rakyat.Jika dikira dari gerak kerja kotor Pakatan Haprak selama ini rakyat sudah mula faham dan sedar bahawa Pakatan Haprak sebenarnya cukup jijik kerana sanggup melakukan apa saja demi mencapai cita-cita dan nafsu mereka.

Jom tolak Pakatan Haprak !!!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels