Followers

Thursday 17 May 2012

Penangan Burger Ambiga Semakin Tertekan


Ambiga hari ini di laporkan mengalami stress yang amat sangat dan keletihan.Laporan terkini mengatakan beliau sedang berehat bagi menenangkan diri dan mengurangkan tekanan darah yang semakin tinggi.Walau bagaimanapun keadaan beliau di laporkan stabil cumanya tidak boleh diganggu.

Haa amacam boleh percaya ka cerita kat atas ? Hehehe mana ada gang,saja MMI tulis ja.Semua semestinya sudah sedia maklum bahawa hari ini Ambiga tidak senang duduk hatta di rumah sekalipun kerana apa yang telah beliau lakukan terhadap rakyat Malaysia turut dirasai oleh beliau sendiri.



Pembukaan gerai burger di depan rumah milik Ambiga benar-benar menguji tahap kesabaran dan mental beliau apatah lagi peniaga yang menjalankan perniagaan burger tersebut merupakan mereka-mereka yang menerima kesan secara langsung dalam himpunan BERSIH 3.0 yang lalu.Beliau turut mahu Ambiga merasai sendiri bagaimana rasanya apabila premis atau kawasan kita di ganggu oleh orang lain lebih-lebih lagi melibatkan urusan perniagaan dan peribadi.

MMI turut tersenyum apabila dilaporkan sekumpulan bekas pesara tentera turut hadir di depan kediaman milik Ambiga untuk mengadakan aktiviti senaman.Semuanya merupakan satu tindakan protes terhadap beliau kerana mengetuai BERSIH 3.0 yang sebenarnya tidak sebersih seperti yang dilaung-laungkan.


Oleh kerana semakin ramai dan banyak sangat aktiviti di perkarangan rumah Ambiga ni maka dia pun telah membuat satu laporan Polis berkenaan apa yang dikatakan sebagai kekacauan ini.Ambiga akhirnya berjumpa Polis juga dan pastinya dengan niat supaya pihak Polis boleh menyuraikan mereka-mereka yang berada di perkarangan rumah beliau namun semuanya tidak berlaku malah pihak Polis hanya mengambil tindakan dengan membuat rondaan dan memantau tahap keselamatan di kawasan sekitar.

MMI yakin inilah masanya pihak Polis untuk mengajar si Ambiga haram jadah ni kerana sebelum ini bukan main lagi mengutuk Polis dengan bermacam-macam perkara.Tindakan beliau mengetuai BERSIH 3.0 sehingga menyebabkan kecederaan terhadap anggota Polis semestinya tidak boleh di maafkan malah Ambiga sebenarnya gagal sebagai seorang pemimpin kerana tidak mampu mengawal penyokong-penyokongnya dari melakukan tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang manusia yang bertamadun.


MMI nak ucapkan syabas kepada pihak Polis kerana mereka tetap melaksanakan tugas dengan baik.Jika dikira perasaan sakit hati mahunya dibiarkan saja rumah si Ambiga bedebah ini.Tapi sikap profesional pihak Polis mereka tetap melakukan rondaan dan memastikan tidak berlaku sebarang perkara tidak diingini di kawasan kediaman Ambiga.


Akhirnya keratan akhbar diatas menjadi saksi betapa Ambiga sememangnya seorang manusia paling biadap.Beliau begitu bersungguh-sungguh mempertahankan BERSIH 3.0 dan tindakan perusuh-perusuhnya membuat onar di ibu kota sehinggakan mendatangkan kemusnahan harta awam serta kecederaan kepada anggota Polis sedikit pun tidak diambil peduli.Malah beliau menuduh pula pihak Polis yang mencetuskan kekacauan.Pihak kerajaan dijadikan sebagai kambing hitam kononnya kerana tidak membenarkan BERSIH 3.0 dijalankan.Ini semua adalah mainan Ambiga si haram jadah ini.


Namun hanya kerana kediaman dan privasinya diganggu , beliau terus mengeluarkan kenyataan bahawa mereka-mereka yang berada di sekitar kediamannya tidak berhak berada di situ.Siapa Ambiga untuk menentukan hak orang lain ? Jika BERSIH 3.0 beliau langsung tidak mengambil kira akan hal ini mengapa sekarang beliau bercakap soal hak ? Semuanya kerana kepentingan diri sendiri.

Apakah kita semua lupa Ambiga tidak sedikit pun mengeluarkan arahan kepada semua perusuh-perusuhnya supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan kekacauan malah menolak untuk diadakan himpunan tersebut di stadium saja sudah menunjukkan niat mereka yang sebenar.


Kelihatan Ambiga seolah-olah meraikan kejayaan BERSIH 3.0 bersama-sama juak-juak dan perusuh-perusuhnya namun satu persoalan yang MMI mahu anda semua jawab,Apa sebenarnya kejayaan yang mereka capai sewaktu BERSIH 3.0 ?

Kepada mereka yang berada di sekitar kediaman Ambiga,syabas MMI ucapkan dan teruskan perjuangan kelian.Pastikan manusia berhati batu ini tunduk kepada tekanan yang beliau cipta sendiri.

MMI cuma mahu mencadangkan kepada mereka-mereka yang berada di ibu kota supaya mengatur lawatan ke kediaman Ambiga dan makan burger yang ada dijual disana.Bawalah seramai mungkin ataupun dibuat jadual lawatan sambil belajar supaya dikediaman Ambiga sentiasa dipenuhi oleh rakyat Malaysia.Semuanya untuk memastikan Ambiga tahu bagaimana rasanya apabila hak kita dirampas oleh orang lain.

Apakah kita mahu tunduk dan ikut manusia bernama Ambiga ?

Mereka-mereka ini mungkin,



Pssstt kalau buat camtu burger pun laris hehehe

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels