Followers

Sunday 6 May 2012

Rakaman Bukti Keganasan Perusuh BERSIH 3.0


Jika diikuti gambar diatas sudah tentu kita akan beranggapan himpunan BERSIH 3.0 yang baru selesai sebenarnya penuh dengan kasih sayang dan keamanan yang sudah pasti tidak akan mampu negara lain ikuti.Sekali pandang sudah tentu kalungan bunga tersebut menandakan keharmonian dan sikap hormat menghormati sesama bangsa di Malaysia.

Namun apa yang MMI akan paparkan adalah jauh sekali meleset daripada jangkaan kita kerana rakaman dan video ini memaparkan sebaliknya.Tahniah kepada pihak PDRM kerana mengeluarkan rakaman ini sekurang-kurangnya rakyat dapat melihat bagaimana sikap dan tindakan perusuh-perusuh BERSIH 3.0 bertindak.


Yang pasti BERSIH 3.0 sudah lari dari tema dan matlamatnya,dari rakaman yang anda semua lihat sudah pasti sebagai seorang manusia dan rakyat Malaysia tahu membezakan diantara monyet dan manusia.

Melihat akan rakaman tersebut apakah anggota Polis masih boleh bertahan melihat rakan dan sahabat mereka di serang bertubi-tubi ? Bagi MMI sebarang tindakan dari pihak Polis kepada perusuh-perusuh sememangnya perlu dan SYABAS kepada pihak Polis kerana mengambil tindakan yang sewajarnya.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels