Followers

Friday 18 May 2012

Tunku Aziz - Apa Yang PM Buat Sekarang Adalah Betul !!


Salah satu perkara yang makin membingungkan Guan Eng dan juak-juaknya adalah isu pengistiharan keluar parti oleh Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang selama ini memegang jawatan Naib Pengerusi DAP.Seluruh negara semestinya sudah mengetahui punca beliau keluar parti adalah kerana tidak lagi sependapat dalam beberapa hal yang cukup jelas memperlihatkan sikap DAPigs yang sememangnya terkenal dengan sikap rasis mereka.

Tindakan Pakatan Haprak menyokong himpunan BERSIH 3.0 jelas tidak disenangi oleh Tunku Abdul Aziz dan kerana kenyataan beliau yang tidak menyokong BERSIH 3.0 lah menjadi penyebab DAPigs tidak lagi mempercayai beliau seterusnya tidak mencalonkan Tunku untuk dilantik sebagai Senator Dewan Negara.

Itulah bukti jelas DAPigs tidak pernah menghargai jasa Tunku yang selama ini bersama mereka malah kerana sikap rasis Tunku diperlakukan sebegitu.

Terbaru bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim hari ini berkata kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak harus disokong dan patut diberi peluang dan masa bagi menjayakan program-program transformasi yang sedang dilaksanakannya sekarang.



Bekas pemimpin DAP yang bertindak keluar dari parti itu Isnin lepas kerana mempertahankan prinsipnya menentang demonstrasi Bersih 28 April, sekali lagi mengulangi pandangannya bahawa program transformasi yang dimulakan Perdana Menteri adalah baik untuk negara.

"Apa yang Perdana Menteri buat sekarang ini adalah betul (is the right thing), jadi kita kena sokong (support) dia," katanya sambil menambah kata bahawa transformasi yang Najib usahakan adalah suatu proses untuk perubahan yang sudah tentu mengambil masa.

“Proses dari segi definisinya pun kena ambil masa sikit. Proses, bukan produk...produk boleh keluar terus, awak pergi Tesco (pasar raya) boleh beli (barang)," katanya sambil menegaskan ini termasuk usaha pentadbiran Najib untuk menambah baik proses demokrasi negara.

Diminta pandangannya sama ada kepimpinan Najib akan mendapat sokongan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang kerana perubahan-perubahan yang sedang dibawanya, Tunku Aziz berkata: “Saya bukan penganalisa politik dan tidak mahu membuat spekulasi."

"Tapi proses, kena bagi masa, bagi peluang. Dulu kita dok (sering) jerit itu, ini, kerajaan tak buat itu dan ini, sekarang kerajaan dah dengar... (maka) itulah saya kata tak payahlah lagi lah nak buat protes...(sekarang) nak buat Bersih 4.0 (pula)...mahu apa lagi," katanya.

Beliau berkata tunjuk perasaan diadakan untuk menarik perhatian dan mempertingkatkan kesedaran orang ramai.

"Awak fikir kerajaan tak nampak apa rakyat hendak? (dalam perhimpunan itu) 98 peratus, yang protes nak tukar undang-undang itu ini, tapi yang dua peratus tu...mereka itu ada agenda lain...mereka buat kacau," katanya.


Beliau merujuk kepada tindakan parti-parti politik pembangkang tertentu yang dikatakan telah “merampas" tunjuk perasaan itu daripada badan bukan kerajaan menganjurnya dan dikatakan bertanggungjawab mencetuskan huru-hara pada hari itu sehingga beberapa anggota polis dan orang awam mengalami kecederaan.

MMI secara berterus terang tetap tidak mempercayai Tunku yang pernah memilih untuk bersama DAPigs tetapi sekurang-kurangnya hari ini beliau telah sedar bahawa perjuangan DAPigs dipenuhi dengan agenda-agenda tertentu yang sebenarnya mahu melihat Malaysia dikuasai oleh mereka yang berfahaman cauvanis.

Namun apa yang menyedihkan masih ada mereka-mereka diluar sana yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi dalam masa yang sama masih buta hati dengan menolak untuk bersama UMNO dan Barisan Nasional dan sanggup pula menjilat kaki pimpinan DAPigs yang terang-terangan mempergunakan mereka dalam mencapai cita-cita menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik seperti Singapura.

Bayangkan seorang manusia seperti Tunku pun sudah terbuka hatinya dalam soal perjuangan dalam membela nasib rakyat dan negara,apakah mereka-mereka daripada parti Pas masih dengan ideologi bodoh mereka memperjuangkan sesuatu yang mustahil boleh dilakukan walaupun hari ini mereka diberikan kuasa.

MMI yakin sekiranya kerajaan hari ini bertukar tangan kepada Pakatan Haprak nescaya impian dan perancangan Pas akan di tolak mentah-mentah apatah lagi mereka hari ini dilihat hanya sebagai sebuah parti yang melukut di tepi gantang. 

Bangun dan sedarlah..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels