Parti DAP meminta polis mengambil tindakan segera terhadap pihak yang bertanggungjawab menyerang secara ganas dua ahli parti itu baru-baru ini.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya mengutuk serangan ganas tersebut tanpa mengira sama ada ia bermotif politik atau sebaliknya.
“Tidak ruang untuk keganasan di negara kita yang aman ini. Rakyat Malaysia tidak dapat menerima perlakuan seperti ini. Kita meminta pihak polis mengambil tindakan untuk menegakkan undang-undang,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Sebuah portal berita semalam melaporkan, dua adik beradik, V Ganabatirau dan V Raidu yang juga merupakan pemimpin kumpulan serpihan Hindraf diserang tiga lelaki semasa dalam perjalanan menghadiri satu majlis pengebumian di Klang.
Raidu dilaporkan patah tangan dan tulang leher, manakala hidung Ganabatirau cedera teruk.
Ganabatirau dilaporkan sebagai kecewa kerana polis didakwa tidak mengambil tindakan walaupun identiti penyerang sudah disahkan 36 jam lebih awal.
Sebagai rakyat Malaysia,MMI turut mahukan mereka yang bertanggungjawab di bawa ke muka pengadilan namun punca kejadian seharusnya disiasat terlebih dahulu dan agak melucukan apabila Guan Eng daripada DAPigs yang sebelum ini begitu hebat menyerang pihak keselamatan dilihat bagitu bersungguh-sungguh mahukan pihak polis mengambil tindakan.
Bukankah beliau dan rakan-rakan Pakatan Hapraknya selama ini menuduh pihak polis sebagai sebuah institusi yang tidak boleh dipercayai ?
Apakah kita semua lupa bagaimana ketika Bersih 3.0 yang lalu sewaktu anggota polis dibelasah oleh perusuh-perusuh dimanakah suara Guan Eng pada ketika itu untuk membela nasib anggota polis yang di pukul ?
Inilah bukti jelas bahawa Pakatan Haprak sememangnya tidak profesional malah tindakan mereka dilihat berpihak kepada satu pihak sahaja.Tindakan dan gerak kerja Pakatan Haprak cukup jelas semata-mata mahu menjatuhkan sebuah kerajaan Barisan Nasional yang diberikan mandat oleh rakyat melalui provokasi dan mencetuskan keadaan huru hara dalam negara kerana mereka tahu adalah mustahil untuk Pakatan Haprak menang dalam pilihan raya akan datang.
Guan Eng juga sebenarnya sudah tahu cumanya mungkin dia meracau agaknya..
Satu soalan untuk Guan Eng,bukankah beliau dan juak-juak Pakatan Haprak juga terlibat dalam insiden kekacauan dalam negara ? Apakah relevan untuk Guan Eng menyatakan tiada ruang untuk keganasan dalam negara ?
Emm memang benar Guan Eng meracau..
MMI.
No comments:
Post a Comment