Followers

Monday 4 June 2012

Shila Amzah Bakat & Kontroversi ??


Shila Amzah satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan negara.Jika dikira dari segi bakat yang ada pada beliau ternyata nama Shila Amzah boleh pergi jauh.Mungkin kerana bakat yang ada pada beliau jugalah yang menyebabkan Shila Amzah sering dihujani dengan pelbagai kontroversi.

MMI antara yang meminati bakat seni yang ada pada Shila Amzah apatah lagi beliau dilihat mampu membawa pelbagai lagu dalam bahasa Melayu mahupun Inggeris dengan baik.Jadi tak salah rasanya sebagai peminat dunia muzik MMI menyokong perjalanan anak seni ini.

Menjadi impian MMI untuk melihat anak seni Malaysia mampu berada sebaris dengan bintang-bintang hebat dunia satu hari nanti.

MMI bawakan kepada anda semua persembahan bersahaja oleh Shila Amzah sewaktu menjadi artis jemputan dalam Himpunan Jutaan Belia 2012 baru-baru ini.



Dan saksikan juga bakat beliau dalam program Mania di Astro dan paling penting lihatlah kekuatan vokal yang ada pada anak gadis N.D Lala ini,



Apa pun bakat yang sebaik ini tetap tidak dapat lari daripada masalah dan kontroversi.Cerita berkenaan sebuah stesen TV yang panggil Shila untuk menjayakan sebuah program mereka. Bila sebut sahaja harga token yang nak dibayar, terus Shila minta naik lagi daripada harga yang ditawarkan.

Lalu orang stesen TV pun bengang dengan insiden tersebut dan terus menjaja cerita yang harga Shila dah semakin naik sejak akhir-akhir ini. Betul ke macam tu?

Ramai artis lain merungut tentang bayaran token yang tak pernah naik sejak zaman dulu-dulu lagi. Harga petrol pun dah mahal, tolak itu semua berapa yang artis kita dapat?

Fuh sampai ke tahap tu punya cerita,MMI pun nak tahu juga betul ker ?? Terbaru pula berita berkenaan tarian ghairahnya dalam konsert rancangan realiti Mania minggu lalu, menjadi perbualan ramai. Aksi itu menimbulkan rasa kurang senang bagi segelintir pihak yang menyifatkan pelantun lagu Patah Seribu ini semakin berani tanpa memikirkan sensitiviti budaya di sini.

Malah aksinya itu turut dikecam dalam sebuah akhbar mingguan. 


Tu dia lagi hebat punya cerita tapi apa pun Shila telah pun menjawab berkenaan aksi tariannya yang menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak dengan berkata “Saya tidak terkejut, lagi pun perkara ini telah dimaklumkan kepada kedua orang tua saya. Bagi mereka perkara itu bukanlah satu masalah yang serius.

“Saya boleh menari mengikut rentak lagu yang dimainkan dan saya sudah biasa menari seperti itu. Pada saya ia tidaklah keterlaluan,” katanya yang memilih lagu Kau atau Aku, nyanyian Elyana, dalam konsert Mania yang kelima itu.klik Sini untuk berita penuh.

Begitulah hebatnya dunia seni tanahair sama hebatnya dengan dunia politik malah jika dibandingkan kedua-duanya sememangnya sama hebat cuma berlainan pentas.

Tapi apa pun kepada Shila Amzah,MMI ucapkan semoga tabah menghadapi hari-hari yang mendatang dan kamu mempunyai bakat yang baik dan mampu pergi jauh.


Puak-puak ni punya menari lagi hebat depa buat dek ja.. 

MMI. 

No comments:

Post a Comment

Labels