Polis menahan 400 orang Mat Rempit termasuk 30 wanita yang keseluruhan berusia 16 hingga 32 tahun dalam operasi membanteras kegiatan lumba haram di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini awal pagi tadi.
Polis turut mengambil keterangan dari 107 orang daripada mereka sebelum dibebaskan.
Ketua Pegawai Operasi tersebut, ASP Alhamdu Sehat berkata operasi dua jam bermula 2 pagi itu melibatkan lebih 20 anggota pelbagai cawangan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut telah berjaya menggagalkan lumba haram yang dirancang sekumpulan Mat Rempit di kawasan berkenaan.
“Ada di antara mereka yang cuba melarikan diri dengan melawan arus jalan raya sehingga salah seorang patah tulang pipi akibat terjatuh namun polis berjaya menahan mereka kerana kawasan terbabit telah dikepung,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.
Turut ditahan ialah seorang remaja lelaki lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bertongkat kesan kecederaan selepas lumba haram baru-baru ini.
Alhamdu berkata kesemua yang ditahan termasuk penonton diarahkan menolak motosikal dari lokasi terbabit ke IPD Daerah Timur Laut sejauh kira-kira 7 kilometer untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua yang terlibat bebas pengaruh dadah dan alkohol.
Katanya daripada 400 buah motosikal yang ditahan hanya 105 motosikal yang diperiksa dan 11 daripadanya disita atas pelbagai kesalahan trafik.
“Sebanyak 37 saman dikeluarkan melibatkan kesalahan ubah suai kenderaan tidak mengikut spesifikasi, tidak mempunyai lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan seumpanya,” katanya.
Tahniah dan syabas adalah perkataan paling baik yang MMI mahu ucapkan kepada semua anggota Polis yang bertungkus-lumus membanteras gejala mat rempit ini.
Cumanya MMI minta kalau boleh pihak berkuasa selepas ini buat perkara yang sama kepada mana-mana peserta himpunan haram biar mereka berjalan kaki pula ke mana-mana Balai Polis.
Baru depa tau hehehe...
Lagi satu tangkapan ini di buat di Pulau Pinang jadi benda ni (Gejala Mat Rempit) salah Pakatan Haprak ka aaa ???
MMI.
No comments:
Post a Comment