Followers

Friday, 6 July 2012

HUDUD - Penyokong PAS Terperangkap ???


Sebut saja HUDUD sudah pasti ramai dikalangan rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam sudah dapat mengagak bahawa ianya kini hanya dijadikan sebagai modal politik oleh Pas.

Ianya jelas kerana prinsip dan perjuangan Pas yang sentiasa berubah-rubah hanya kerana terlalu taksub kepada ikatan dan persaudaraan mereka dengan DAPigs dan PKR.Malah ikatan ini yang dinamakan sebagai Pakatan Rakyat atau MMI lebih senang melabelkan sebagai Pakatan Haprak sudah cukup meletakkan parti Pas sebagai pencacai mahupun pak turut yang sering kali dilihat dipermain-mainkan oleh para sahabat mereka.

Bayangkanlah dalam usaha mereka selama ini yang begitu taksub mahukan undang-undang HUDUD ini dilaksanakan di Malaysia,mereka masih terkial-kial dalam perjuangan yang kononnya mengangkat martabat Islam ini.

MMI bukan menidakkan HUDUD namun adakah dengan tidak melaksanakan HUDUD itu bererti UMNO dan kerajaan Malaysia menolak Islam ?


“Hudud bukan lagi keutamaan PAS, sebaliknya negara berkebajikan” (Tuan Guru Hadi Awang, Presiden PAS – Jun 2011).

Jika dikira daripada kenyataan Haji Hadi diatas ianya turut membuktikan bahawa Pas juga tidak menjadikan HUDUD itu sebagai keutamaan dalam perjuangan menegakkan Islam.

Apakah dengan kenyataan itu Pas masih mahu mengaku bahawa mereka adalah segolongan masyarakat Islam yang meletakkan perjuangan Islam sebagai keutamaannya?

Apa bezanya perjuangan UMNO dan Pas jika melihat kepada kenyataan yang pernah diungkapkan sendiri oleh Haji Hadi ?

Sebab itulah rakyat Malaysia perlu tahu bahawa untuk mencorak sebuah negara seperti Malaysia bukannya satu perkara mudah malah memerlukan satu perancangan dan pentadbiran yang tersusun.

Pas pernah mengeluarkan kenyataan bahawa menjadi tugas mereka untuk meyakinkan rakyat yang bukan dari kalangan Islam untuk mengenali Islam dan setelah berjaya menguasai Putrajaya bersama Pakatan Haprak barulah akan diperbincangkan mengenai negara Islam.

Tahukah kita bahawa Pas hanya minoriti dalam Pakatan Haprak dari segi jumlah kerusi yang dipertandingkan ? Pernahkah kita semua terfikir sejauh mana kekuatan Pas untuk meyakinkan DAPigs dan PKR untuk menerima perjuangan Islam yang diwar-warkan oleh Pas sekiranya mereka menjadi kerajaan ?

Sejauh mana Pas mampu meyakinkan rakyat bahawa mereka akan berpegang kepada kata-kata ini sedangkan Dr Hassan Ali sendiri telah dipecat hanya kerana mengkritik kepimpinan Pas yang dilihat lari dari landasan perjuangan Islam ?


Sejauh mana sucinya barisan kepimpinan Pas apabila majoriti perwakilan Pas dari seluruh negara memutuskan untuk menobatkan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam ini sedangkan Mat Sabu sendiri terlibat dalam pelbagai skandal  ?Klik Sini dan Sini.

Barangkali Pas terlupa bahawa rakyat sedang memerhatikan mereka,Apa yang berlaku di Kelantan dan Kedah hari ini ? Dua negeri yang sudah pun berada dalam tangan parti Pas tetapi mengapa sehingga kini undang-undang HUDUD masih tidak dapat dilaksanakan ?

Dimana suara juak-juak Pas di Selangor dan Pulau Pinang ? Sepatutnya sebagai sebuah parti yang kononnya meletakkan Islam sebagai perjuangan utamanya mereka seharusnya menasihatkan atau berjuang untuk menjadikan HUDUD sebagai undang-undang dinegeri yang telah ditanbir oleh Pakatan Haprak.

Jangan jadikan alasan kerana halangan daripada kerajaan persekutuan kerana Pas telah pun membuktikan setiap halangan pastinya akan ditempuh malah sanggup pula sampai mencederakan sesama manusia.


Lihat saja ironinya,sewaktu BERSIH 3.0 Pas antara kumpulan yang terlibat malah sanggup pula mengenepikan arahan daripada pihak kerajaan untuk tidak berhimpun malah sanggup pula melakukan rempuhan terhadap pihak berkuasa semata-mata untuk memasuki kawasan yang tidak dibenarkan.

Apakah Pas tidak mampu untuk mengenepikan apa yang dikatakan halangan oleh kerajaan persekutuan untuk melaksanakan undang-undang HUDUD di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Haprak ? 

Sudah berapa lama Kelantan berada di bawah pentadbiran Pas ? Mengapa sehingga kini tidak pula mahu melaksanakan undang-undang HUDUD ? 

Bagaimana pula dengan Kedah,Pulau Pinang dan Selangor ? Laksanakan saja,kenapa takut ? Jika berdemo dan bertindak ganas Pas boleh menjadi juara mengapa dalam soal melaksanakan HUDUD Pas menjadi manusia paling BACUL dalam negara ?

Apa yang boleh diperkatakan sekarang isu HUDUD sebenarnya sudah memakan diri Pas sendiri.Juak-juak Pas khususnya sudah pun terperangkap dalam permainan yang mereka cipta sendiri.

MMI cukup tertarik dengan satu tulisan dalam  laman suarapakatanrakyat.com yang mengulas berkenaan isu ini.

Tak perlu diisukan lagi soal hudud ini kerana ia jelas tidak menguntungkan atau memberi kesan positif kepada pola sokongan rakyat (terutama bukan Islam) terhadap Pakatan Rakyat.  Menjauhkan lagi ada.

Lagipun, tidaklah menjadi kafir seseorang muslim itu jika tidak melaksanakan hudud, betul tak?  Betullah, jadi apa yang besar sangat soal hudud ni?

Penulis tergerak menulis soal ini (buat kesekian kalinya) setelah melihat bagaimana ‘cadangan’ seorang ADUN BN di Johor supaya UMNO menjadi yang pertama melaksanakan hudud di Malaysia ini, diangkat menjadi isu yang hebat oleh penyokong dan sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat sendiri (terutama dari PAS).

Walaupun ada yang memaklumkan kepada penulis bahawa agenda disebalik ‘mengangkat isu’ tersebut adalah untuk melemahkan UMNO, tapi ada yang begitu keterlaluan mensensasikan soal itu sehingga ke tahap menawarkan bantuan kepada UMNO Johor untuk melaksanakan hudud!!


Sedarkah kita yang cadangan seumpama itu menjadi bahan ketawa di luar sana?  PAS sendiri pun tak laksanakan hudud di Kelantan dan Kedah, nak bantu UMNO Johor laksanakan macam mana?

Nampak sangat yang mempromosikan cadangan seumpama itu tidak membuat kerja rumah yang betul.  Penyudahnya, dari hasrat nak melemahkan UMNO dan memecah belahkan kerjasama dalam BN, Pakatan Rakyat pula yang kelihatan bodoh semula.

Penulis menilai cadangan ADUN BN itu sebagai satu perangkap politik dengan PAS sebagai sasarannya.

ADUN BN tersebut mahu membuktikan kepada masyarakat cina (yang cukup fobia dengan hudud) bahawa PAS sebenarnya hanya berbohong apabila berkata “hudud bukan lagi keutamaan PAS, sebaliknya negara berkebajikan” (Tuan Guru Hadi Awang, Presiden PAS - Jun 2011).

Reaksi pantas, dengan tidak memandang ke kiri dan kanan sesetengah pemimpin PAS ini adalah bukti jelas perjuangan untuk melaksanakan hudud tidak pernah padam dari menjadi impian utama setiap dari mereka walaupun setelah Muktamar PAS 2011 sendiri memutuskan arah baru perjuangan PAS ialah untuk menjayakan negara berkebajikan.

Ini semua hanya akan menjerumuskan Pakatan Rakyat kepada perbalahan tidak berkesudahan mengenai hudud ini.

Walhal puncanya ialah dari ‘cadangan’ seorang ADUN BN di Johor, ADUN saja pun, bukan Perdana Menteri atau Menteri atau Presiden UMNO dan Pengerusi BN yang lebih mempunyai kesan besar.

Jelas bukan ? HUDUD sebenarnya sudah menjadi agenda politik sempit kepada sesetengah dari kita yang kononnya mendabik dada memperjuangkan Islam.

Kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya mereka yang beragama Islam,lihat dalam konteks yang lebih besar.Malaysia dan kerajaan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional sudah pun melakukan yang terbaik kepada rakyat dengan meletakkan Islam itu sebagai yang tertinggi dalam hirarki negara.

Dalam soal IBADAH,AKIDAH dan lain-lain UMNO dan Barisan Nasional lah yang menjuarai dari segenap penjuru.Cumanya kita sebagai sebuah masyarakat majmuk perlukan kepada satu kestabilan dari semua sudut dalam setiap langkahan kita untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang kita impikan.

Insyallah dengan kekuatan kepimpinan dan pentadbiran sebuah kerajaan adil nescaya usaha ini pastinya bakal membawa satu kejayaan bersama dan pastinya kejayaan itu adalah kejayaan kita umat Islam di Malaysia.

Pas telah menyatakan setelah berjaya menakluki Putrajaya barulah usaha untuk meyakinkan mereka-mereka yang bukan Islam untuk menerima Islam akan dilakukan.

Sedangkan UMNO hari ini,sebelumnya dan seterusnya sentiasa berusaha untuk meletakkan Islam itu dihadapan.Bukankah ini menunjukkan bahawa UMNO sentiasa berusaha untuk menjadikan Islam sebagai agama yang boleh diterima oleh seluruh rakyat dan masyarakat di Malaysia?

Berganding bahu dalam soal ini adalah lebih baik dari mengenepikan sesama Islam malah menjadikan mereka yang jelas menolak Islam sebagai sahabat kepada perjuangan yang hanya hebat dimulut tetapi dasar dan pelaksanaannya ditolak hanyalah omongan kosong yang membawa kepada  satu tindakan melacurkan agama demi kepentingan politik sempit dan jijik.

Psssttt Sehingga ke hari ini ramai di kalangan rakyat Malaysia masih tertanya-tanya apa yang dikatakan "Negara Berkebajikan" yang Pas mahu laksanakan ? Ada sorang tu kata lebuhraya yang bakal dibina di Kelantan,itu lah buktinya sebab Pas Kelantan dah minta rakyatnya buat kebajikan !!!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels