Followers

Thursday, 12 July 2012

Majlis Media Sosial Bakal Di Tubuhkan !!


Sebuah majlis media sosial perlu ditubuhkan di negara ini bagi membincangkan pelbagai isu dan aspek termasuk berkaitan undang-undang serta penggunaan media berkenaan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim hari ini.

Beliau berkata, media sosial bukan sahaja menjadi trend terkini tetapi merupakan satu keperluan kepada masyarakat negara ini.

Sehubungan itu, katanya, majlis berkenaan wajar diwujudkan dengan pembabitan pengamal media sosial yang boleh menjadikan ia sebagai medium untuk membincangkan isu yang relevan.

"Melalui majlis itu, mereka boleh berfikir dan mendalami isu berkaitan masyarakat kita, keselamatan dan tuntutan undang-undang termasuk memberikan pendidikan kepada pelajar sekolah dan universiti," kata Rais.

Menteri itu bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Asian Media Information dan Communication Centre (AMIC)-Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini.

Rais berkata, pengguna media sosial seperti Facebook mencatatkan kira-kira 12 juta orang dari pelbagai lapisan umur di negara ini. 

Begitulah hebatnya medium media sosial hari ini.Pelbagai perkara mampu berlaku kerana pengaruh media sosial itu sendiri.Sebagai pengamal media sosial kita seharusnya perlu pandai dan bijak mensaring setiap maklumat supaya ianya tidak menyimpang dan menjadi bahan fitnah malah jika silap percaturan mampu menjadikan seseorang itu hilang pertimbangan.

Namun hasrat mahu menubuhkan majlis media sosial amatlah disokong kerana pengamal media sosial di Malaysia hari ini mampu menyumbangkan idea dan pandangan yang kebanyakkannya datang dari peringkat bawahan.

Pssstt percaya atau tidak hari ini semua orang mampu menjadi wartawan..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels