Followers

Thursday, 12 July 2012

Siapa Faekah Di Hati Khalid ? Kronisme Berleluasa Di Selangor !!


Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersikap telus dalam isu surat sokongan melibatkan Setiausaha Politiknya, Faekah Husin.

Desakan itu dikemukakan oleh Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Majlis Belia Selangor (MBS) ekoran pendirian Abdul Khalid terhadap isu itu masih tidak diketahui umum selain berat sebelah berbanding beberapa kes yang sama beberapa tahun lalu.

Menurut Pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin, Abdul Khalid patut tampil menyatakan pendirian berhubung perkara itu dengan jelas sekiranya mahu dakwaan dan persepsi terhadap beliau dihentikan.

"Sikap berdiam diri tidak akan menyelesaikan masalah. Malah, hanya memperlihatkan ketelusan kerajaan negeri yang boleh disifatkan sangat teruk dan tidak adil.

"Justeru, Abdul Khalid perlu tampil menyatakan pendirian selain melakukan tindakan sewajarnya tanpa mengira latar belakang individu tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Menteri Besar itu yang didakwa mengamalkan polisi pilih bulu dalam isu melibatkan surat sokongan tersebut sehingga menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan DAP Parlimen Klang, Teh Teong Guan.

Menurut Hamidzun, kegagalan menangani isu itu secara adil dan telus turut memperlihatkan kerajaan negeri mengamalkan kronisme dalam pentadbiran.Klik Sini

Jelas sudah kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan Khalid semakin bermasalah.Dengan tuduhan mengamalkan kronisme dan sikap berdiam diri Khalid sebagai Menteri Besar sudah cukup meyakinkan rakyat bahawa pentadbiran Khalid dipenuhi dengan najis juak-juak Pakatan Haprak sendiri.

Malah Khalid dilihat sedang berusaha bermati-matian mempertahankan Faekah Husin,Setiausaha Politiknya berkenaan isu surat sokongan.Mengapa agaknya ? Apa mungkin diantara mereka berdua sudah wujud satu perasaan yang sukar untuk dijelaskan kepada orang ramai atau sesuatu pernah berlaku yang memungkinkan Khalid perlu mempertahankan merpati ini ?

Khalid perlu ingat dan mungkin perlu diingatkan bahawa rakyat sudah muak dengan persembahan wayang kulit kerajaan negeri Pakatan Haprak di Selangor.

Paling pasti keputusan terletak di tangan rakyat Selangor.

Ampa putuskan lah..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels