Melihat kepada suasana peniaga dan gerai yang terdapat di Chai Leng Park sudah pasti mengundang seribu persoalan.Apakah deretan kedai dan peniaga-peniaga ini berlesen ? Apakah kawasan dan tempat mereka berniaga ini merupakan kawasan yang sememangnya dikhususkan untuk berniaga ataupun ianya diduduki oleh peniaga tanpa mendapat kebenaran daripada pihak MPSP sendiri ?
Begitu jauhnya persoalan yang bermain di kepala MMI apabila melalui kawasan ini.Mengapa tiba-tiba persoalan itu timbul ? Semuanya kerana isu peniaga di bazar ramadhan Jalan Penang yang baru-baru ini mengeluh pintu rezeki mereka dihalang oleh pihak kerajaan negeri.
Sekumpulan 20 peniaga bumiputera yang tidak dibenarkan berniaga di tapak bazar Ramadan di Jalan Penang di sini bertindak memboikot tapak baru yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di Jalan Phee Choon.
Wakil kumpulan itu, Abdul Karim Gulam Ali berkata, mereka tidak akan akur kepada arahan MPPP, sebaliknya akan bertemu Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman bagi membincangkan perkara ini dan berharap agar dapat kembali berniaga di tapak asal.
Begitulah keadaan yang sering berlaku malah boleh dikatakan saban tahun apabila bermulanya ramadhan sudah pasti kejadian seperti yang berlaku terhadap peniaga di Jalan Penang akan berulang.
MMI cuma ingin bertanya mengapa sukar sangat untuk membiarkan para peniaga ini untuk berniaga ?
Mereka sudah pun menjalankan perniagaan di sini saban tahun malah pada setiap kali ramadhan menjelang tiba.
Mengapa tiba-tiba mereka diarahkan untuk berpindah sedangkan terdapat banyak kawasan-kawasan lain yang saban hari menjalankan perniagaan tidak pula diminta untuk bertukar mahupun berpindah ?
Adakah kerana peniaga-peniaga dikawasan lainnya terdiri daripada mereka yang bukan berbangsa Melayu ?
Lihat saja di Chai Leng Park,Raja Uda dan beberapa kawasan di Pulau sendiri.Mengapa tiada langsung tindakan diambil ?
Apa yang berlaku sebenarnya membuktikan kerajaan DAPigs di Pulau Pinang sememangnya tidak telus dalam soal memberikan peluang kepada peniaga.Malah mereka dilihat lebih kepada sikap rasis yang menebal yang hanya melihat kepada bangsa cina sahaja.
Kita bukan menentang setiap perkara yang mempunyai asas tetapi biarlah asas itu mempunyai logiknya.
MMI bukan nak membangkitkan soal perkauman namun itulah hakikatnya yang berlaku di negeri di bawah pemerintahan seorang yang di gelar PAS sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz.
MMI.
No comments:
Post a Comment