Followers

Thursday, 12 July 2012

Tun Mahathir - Apa yang Istimewanya ??


Pasti ramai yang mengenali Tun Mahathir seorang negarawan ulung dan bapa pemodenan negara yang terlalu banyak baktinya yang telah dicurahkan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya kepada orang-orang Melayu.

Bagi MMI adalah merupakan satu kerugian kepada generasi hari ini yang terlepas peluang untuk merasai sendiri bagaimana rasanya berada di bawah seorang Perdana Menteri seperti Tun Mahathir.

Kepada yang seangkatan dengan MMI dan pastinya mereka-mereka yang terdahulu sebelum generasi MMI sendiri tahu betapa indah dan hebatnya perasaan orang-orang Melayu dan seluruh rakyat Malaysia apabila mempunyai seorang pemimpin yang disegani seantario dunia.

Sikap Tun yang sentiasa tersenyum tetapi penuh dengan ketegasan dalam menjalankan amanah rakyat dirasakan begitu sukar untuk dipisahkan daripada hati dan sanubari rakyat Malaysia.

Tun Mahathirlah yang telah memperkenalkan Malaysia di mata dunia.Tun Mahathirlah yang membawa kejayaan kepada negara dengan idea-idea bernas yang telah pun menjadi antara perkara paling penting dalam kehidupan setiap rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa mahupun fahaman politik.

Sikap ketegasan Tun Mahathir dalam kancah politik sentiasa menjadi dambaan kepada mereka yang mengikuti perjalanan karier politik Tun.Malah tidak salah sekiranya MMI labelkan Tun sebagai ikon pemimpin terbaik yang pernah Malaysia lahirkan.

Betapa bertuahnya bumi Malaysia apabila Allah SWT mengurniakan seorang pemimpin seperti Tun Mahathir kerana beliau bukan saja di segani oleh rakyat tetapi pemangkin kepada apa yang Malaysia miliki hari ini.

Percaya atau tidak aura Tun Mahathir sebenarnya masih dirasai sehingga kini.

Artikel terbaru yang di tulis oleh Tun Mahathir dalam blognya sudah cukup untuk menceritakan betapa pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang masih merasai getaran aura Tun seperti mana ketika beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia satu ketika dulu.

Kebimbangan Lim Kit Siang terhadap keupayaan Tun Mahathir sebenarnya membuktikan juak-juak Pakatan Haprak khususnya DAPigs tahu bahawa Tun Mahathir merupakan halangan paling besar yang perlu mereka lepasi untuk mencapai cita-cita mereka menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik seterusnya menjadikan konsep "Malaysian Malaysia" sebagai dasar perjuangan mereka.

Petikan daripada kenyataan Tun Mahathir dalam laman blognya.

1. I wonder why Lim Kit Siang is so afraid of me. His latest fear is about what he calls “Mahathirism”. I don’t know what is Mahathirism but obviously it conjures in the mind of Kit Siang something fearful. So he has declared his intention to fight Mahathirism.
2. Actually Mahathirism died when Dato Seri (Tun) Abdullah took over from me in 2003. He changed UMNO, the BN and the Government so much that they no longer resemble the institutions I used to know. I had to resign from UMNO.

3. Najib is more friendly but he is not that close to me. He has his own team of advisors. His policies are his own. So why fear Mahathirism. It is dead and gone.

4. Yes, I am active in campaigning for UMNO and the BN. That is because it is payback time. I became Prime Minister because UMNO and BN backed me; and backed me strongly. I owe a debt of gratitude to them. And that gratitude can only be manifested through helping UMNO and BN to be accepted by the people and to win.Klik Sini


Inilah sebenarnya yang menjadikan Tun Mahathir sebagai seorang pemimpin paling istimewa yang pernah rakyat Malaysia miliki.

Kepada yang tidak sempat untuk merasai sendiri hidup di bawah pentadbiran Tun Mahathir selidik dan ikuti perjalanan politik Tun Mahathir sehingga bersara.Kerana MMI yakin dan percaya anda akan merasai apa yang MMI dan generasi sebelumnya rasai.

Di kesempatan ini juga tak salah rasanya untuk MMI ucapkan selamat hari lahir yang ke 87 tahun buat Tun Mahathir,semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.

Terima kasih Tun kerana menjadi pemimpin kami.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels