Followers

Wednesday, 22 August 2012

Aidilfitri Di Cemari Khutbah Hina Pemimpin Negara !!

Gambar Hiasan

Rupanya masih ada kejadian-kejadian para khatib menggunakan peluang ketika berkhutbah di mimbar Masjid untuk menanam kebencian terhadap pemimpin negara.Apakah tindakan sedemikian memperlihatkan akan keberadaban seseorang yang dipilih untuk berkhutbah ? Adakah dengan menyemai perasaan kebencian itu memperlihatkan akan kesucian Islam itu sendiri ?

Inilah masalahnya dengan sesetengah pihak yang terlalu taksub dengan politik sempit perjuangan parti khususnya seperti PAS.

JELI 21 Ogos - Tindakan segelintir khatib di beberapa kampung di negeri ini yang cuba menanam kebencian terhadap kepimpinan negara yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi khutbah Aidilfitri baru-baru ini amat dikesali.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, khutbah yang disampaikan itu juga didakwa mengandungi banyak unsur kecaman kepada pemimpin dan sistem pemerintahan di negara ini.

Malah, kata beliau, lebih teruk lagi ialah apabila pada satu peringkat khutbah yang disampaikan itu turut menyamakan negara ini dengan negara yang diperintah oleh kuasa diktator.

"Kita telah menerima laporan mengenai isi kandungan khutbah hari raya seumpama itu yang disampaikan di sesetengah kampung di Kelantan.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan menambah, rakyat negeri ini sudah pasti tidak boleh menerima khutbah yang berbaur hasutan dan fitnah seperti itu.

"Hakikatnya, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib tidak melakukan penindasan, kezaliman dan ketidakadilan kepada rakyat seperti negara diktator yang digambarkan di dalam khutbah itu.

"Kita membantu rakyat, selalu turun padang dan yang penting kita mempunyai komitmen tinggi untuk membawa perubahan terhadap negara ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu pihak yang sengaja memburuk-burukkan kepimpinan negara supaya membuat penilaian dan melakukan penyelidikan sama ada benar atau sebaliknya kerajaan memerintah secara diktator.

MMI pun kadang-kadang hairan juga apa sebenarnya yang di mahukan oleh puak-puak ni ?

Kalaulah keadaan negara Malaysia ni dah serupa dengan apa yang berlaku di Selatan Thailand ataupun negara-negara di Timur Tengah yang sentiasa bergolak dan di tekan oleh pihak-pihak tertentu kerana orang Islam lemah MMI boleh terima lagi kerana yang di cerca itu adalah mereka-mereka yang bukannya dari kalangan orang Islam mahupun pemimpin yang adil.

Tetapi perkara ini berlaku di negara kita Malaysia yang rakyatnya dapat hidup dalam keadaan yang cukup selesa malah kehidupan rakyatnya sentiasa di jaga oleh setiap pemimpin dan kerajaan Barisan Nasional apatah lagi agama Islam merupakan agama rasmi negara.

Pernahkah kita mendengar mana-mana pihak ditangkap ataupun dihalang daripada mengamalkan agama Islam di Malaysia ? Malah agama lain juga turut mendapat peluang untuk diamalkan oleh pengikutnya tanpa menafikan mana-mana pihak.

Rasanya puak-puak ni dah makin teruk mungkin sampai ke tahap lupa bahawa apa yang mereka nikmati selama ini adalah hasil perjuangan dan kepimpinan Perdana Menteri yang mereka tuduh sebagai diktator.

MMI.


No comments:

Post a Comment

Labels