Followers

Thursday, 23 August 2012

Apa Kena Mengena Bank Dengan Pilihan Raya ???

MMI seperti orang-orang lain turut menyambut hari lebaran yang baru sahaja memasuki hari ke 5 dan seperti biasa kunjung berkunjung ke rumah sanak suadara menjadi agenda utama khususnya bagi yang telah berkeluarga.

Begitulah juga MMI bukan setakat berkunjung malah turut dikunjungi oleh sanak saudara dan ini memeriahkan lagi sambutan hari raya tahun ini.

Cumanya semalam sewaktu menerima kunjungan sedara yang datang dari Kuala Lumpur , MMI tertarik dengan satu tajuk perbualan bersama sepupu yang mengatakan sekarang ini susah untuk mendapatkan pinjaman perumahan daripada pihak bank di Kuala Lumpur.


MMI lantas bertanya apakah sebabnya ? Jawapan yang MMI terima amat memeranjatkan kerana pihak bank memaklumkan perlu menunggu sehingga pilihan raya kerana bimbang kerajaan akan bertukar.

Ish pelik bebenor bunyinya..Tapi kalau itulah realitinya pihak-pihak berwajib perlu melihat isu ni sebab yang menjadi mangsanya adalah rakyat.

Apa kena mengenanya pinjaman perumahan dengan pilihan raya ? 

Menurut perbualan MMI dengan sedara semalam katanya bukan calang-calang bank MAYBANK antara nama yang di sebut.Apa cer ni ?



MMI pun kurang pastilah benar atau tidak apa yang di sampaikan cumanya pihak-pihak berwajib perlu memantau perkara seumpama ini daripada terus berlaku.Bukan apa Public Bank dah pernah buat sial sekali , kali ni dengar cita pasai Maybank dan bank-bank lain pula.

Kerajaan dah buat yang terbaik untuk rakyat jangan pula kerana sikap bangang dan buat-buat pandai pihak-pihak institusi kewangan ni merosakkan imej kerajaan.

Psstt Gua tegur bro supaya tak jadi macam kes Public Bank bangang tu !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels