Followers

Thursday, 23 August 2012

Berita Terkini - PR Akan Keluarkan Kereta Mampu Milik ???

Gambar Hiasan

Wah ! Satu berita yang bakal menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional tumbang dalam PRU 13 nanti.Manakan tidak Pakatan Haprak di khabarkan akan mengeluarkan kereta mampu milik kepada rakyat Malaysia selepas ini dengan harga yang cukup murah sekitar RM15,000.00 sahaja.

Bayangkanlah model seperti dalam gambar di atas di tawarkan dengan harga yang cukup murah bagi meringankan beban rakyat seterusnya membuktikan Pakatan Haprak sememangnya merupakan pilihan terbaik bagi menggantikan kerajaan Barisan Nasional.

MMI yakin selepas ini pastinya ramai rakyat akan memilih Pakatan Haprak demi mendapatkan sebuah kereta terbaik dengan kos mampu milik.

Apakah anda rasa berita di atas adalah benar ? Sudah pasti diawal pembacaan saja kita sudah dapat mengagak ianya merupakan satu fantasi yang sengaja MMI tulis. 

Inilah yang sering bermain di fikiran MMI , Pakatan Haprak dan Rafizi kaki putar alam yang dilihat begitu bersungguh-sungguh untuk menuntut supaya harga kenderaan di turunkan tidak pula menyatakan atau mempunyai niat untuk menghasilkan sendiri kereta seperti mana yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional melalui Proton,Perodua dan banyak lagi.


Nampak sangat baqhal puak-puak ni , diaorang ni kalau ikutkan semua nak selesa dan semua nak di suapkan.Malah jika diikutkan dengan janji-janji Pakatan Haprak untuk rakyat sudah pasti negara Malaysia bakal bangkrup dek kerja buat puak-puak gila kuasa ni.

Bayangkan lepas satu satu puak-puak ni membohongi rakyat , dulunya bukan main hebat lagi dalam soal pinjaman PTPTN lepas tu terdiam apabila rakyat sendiri sudah tahu apa yang sebenarnya berlaku.Kali ni kira dah sampai tahap nak abih modal lah kot minta harga kereta diturunkan pula.

Hehe kadang-kadang lawak juga tengok kelaku puak-puak ni bukan apa bercakap cukup pandai tapi  hakikat sebenarnya habuk pun tak ada.

MMI akui harga kereta di negara kita taklah semurah yang diimpikan tetapi lihat saja waktu cuti hari raya baru-baru ni jutaan kereta memenuhi jalanraya dan lebuhraya.Malahan sampai jem lebuhraya itu membuktikan bahawa rakyat masih dan mampu memiliki kereta.

Tak timbul pun soal tak mampu atau mampu !

Tak timbul pun soal mahal ke murah !

Yang penting kita beli ikut kemampuan lah bro..

Bercakap soal jem ni pula , kalau ampa semua nak tahu sebab apa jalanraya jem teruk Klik Sini

Teringat juga MMI masa Perak jatuh ke tangan Pakatan Haprak masa pilihan raya 2008 , apa yang Nizar buat kalau bukan membeli kereta Camry ? Kenapa masa tu tak beli kereta yang murah-murah sikit bukankah membazir namanya beli kereta yang mahal-mahal ?

Yang terbaru pula Si Khalid Gagap , baru ja beli sebuah bas untuk tujuan kempen bunyi pun..Murah ka harga bas tu ? Hehe..bercakap pakai akal lah sikit !!

Ehh lupa pula duit siapa yang puak-puak tu pakai agaknya ?


Bagi MMI lah sebagai pihak pembangkang yang hari ini bertindak serta meletakkan diri mereka seolah-olah kerajaan ( dengan tak sabar-sabar nak jadi Perdana Menteri malah Pembangkang buat bajet negara walaupun tak menguruskan kewangan negara hehe ) mereka sepatutnya menjadi pembangkang yang lebih baik dan berhemah dengan memberikan idea dan pandangan yang mampu memberikan kebaikan kepada negara dan seluruh rakyatnya.

Selama ini pun MMI tak pernah mendengar walau sekalipun puak-puak pembangkang haprak ni bercakap mahupun memberikan pandangan macam mana nak majukan serta bina kereta nasional pasca pembangkang yang dalam masa yang sama mampu memberikan pulangan yang terbaik buat negara dan dapat dikongsi dengan seluruh rakyat Malaysia.

Yang ada hanyalah bangkangan demi bangkangan yang kadang kalanya rakyat sendiri pun muak dan jelak dengan puak-puak Pakatan Haprak ni. 

Apa sangatlah si Rafizi tu nak minta turunkan harga kereta , orang macam Rafizi ni yang kononnya belajar tinggi-tinggi patutnya mencadangkan kepada kerajaan bagaimana caranya untuk menghasilkan sebuah kereta nasional yang harganya mampu dibeli oleh seluruh rakyat Malaysia.

Contohnya sebuah Proton Saga hanya berharga RM5000.00 ja pastu siap boleh bagi pulangan lagi kepada negara dan kemudiannya dapatlah kerajaan memberikan pula pulangan tersebut kepada rakyat haaa Barulah MMI boleh respect sikit !!

Tapikan boleh ka puak-puak ni buat macam tu ? Yang MMI tahu banyak bercakap ja..HAMPEH !!

Pakatan Haprak nak keluarkan kereta mampu milik untuk rakyat ?? Hahaha tunaikan janji-janji pilihan raya dululah kot !!

MMI.

2 comments:

  1. Ikutkan pakatan raayat ni,memang best,mungkin x lama lagi akan keluar janji yang semua makanan x payah masak,kerajaan PR yang masak,raayat tau nganga je!INILAH JANJI anak gampanggg!Nak tanya oleh?adakah mewah semua sekali raayat klantan yang diperentah PAS!Dah merdeka kah raayat yang diperentah PKR/DAP diselangor?
    Baru2 n ada KHUTBAHRAYA PAS yang mengecam pemnggunaan wang zakat yang konon x betul.ADAKAH BETUL pembahagian wang zakat dikelantan dan buat apa yang dikhutbahkan dalam khutbah PAS itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab tu lah baru-baru ni PAS kutip zakat fitrah siap keluarkan resit lagi..Ikut suka mak bapak depa ja..

      Delete

Labels