Followers

Wednesday, 8 August 2012

Mereka Sudah Bermula !!


Paderi gay rakyat Malaysia yang 'berkahwin' dengan teman lelakinya di New York pada tahun lalu, mengadakan majlis resepsi di sini kelmarin.

Ngeo Boon Lin dan pasangannya, Phineas Newborn III dilaporkan memenuhi janji mereka untuk mengadakan majlis tersebut di tempat kelahirannya di sini. 

Kira-kira 200 tetamu termasuk sekumpulan media berbahasa Cina menghadiri majlis tertutup itu yang diadakan di sebuah restoran makanan Cina di sini.

''Kami bersyukur boleh mencipta sejarah Malaysia di sini,'' kata Newborn.

Boon Lin yang berketurunan Cina dan tinggal di Amerika Syarikat (AS) sejak 1998 dikritik pegawai dan pemimpin agama Malaysia apabila dia 'mengahwini' Newborn yang merupakan seorang produser muzikal Broadway pada Ogos tahun lalu. 

Boon Lin berkata, penganjuran majlis tersebut merupakan haknya untuk berkongsi kegembiraan dengan orang yang disayanginya di sini.

''Kerajaan dan pemimpin agama konservatif boleh membuat bising tetapi mereka tidak dijemput di sini.

''Saya sedar mengenai perkara sensitif di sini. Saya tidak mendesak perkahwinan gay dibenarkan di Malaysia,'' katanya kepada Associated Press.

Para jemputan ke majlis resepsi tersebut dibawa ke sebuah restoran makanan Cina di Kuala Lumpur itu dan menerima bungkusan coklat serta nota dalam bahasa Cina bermaksud Tuhan sayang gay. 

Dua tetamu majlis tersebut mendendangkan lagu popular Endless Love nyanyian Lionel Richie dan Diana Ross manakala seorang penghibur transgender memuji tindakan Boon Lin. - AGENSI

Apakah kita mahu melihat selepas ini akan ada banyak lagi kejadian seumpamanya yang semuanya di lakukan di atas hak kemanusiaan ?

Sekiranya perkara sebegini berterusan dan tiada apa-apa peruntukan undang-undang yang boleh menghalang nescaya satu hari budaya LGBT akan bertapak dengan selesa di Malaysia.

Yang pastinya mereka-mereka yang selama ini berjuang untuk LGBT sudah pun tersenyum simpul dan hanya menanti masa yang sesuai untuk meraikannya.

Dalam soal ini semua pihak perlu berganding bahu untuk sama-sama mencari jalan supaya budaya LGBT seperti ini tidak terus menjadi budaya yang boleh dianggap sebagai perkara biasa kepada warga Malaysia.

Persoalan yang MMI mahu lontarkan , Sedarkah Kita Bahawa Mereka Sudah Bermula ?

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels