Followers

Friday 17 August 2012

PAS Kini Celaru & Mengelirukan


Benarlah kata orang kadang-kadang bila kita terlalu asyik dengan nafsu untuk mengejar kuasa akibatnya bakal memakan diri.Begitulah yang berlaku terhadap parti PAS hari ini apabila dilihat makin mengelirukan serta bercelaru.

Semuanya gara-gara terlalu pentingkan ikatan persahabatan bersama Pakatan Haprak dan impian untuk menuju Putrajaya.

Terbaru Pas memberi jaminan kepada DAP bahawa parti itu akan terus memperjuangkan kempen penubuhan negara kebajikan yang dibayangi Islam pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan bukannya negara Islam yang dibimbangi DAP.

Namun, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik menegaskan, kempen untuk menegakkan negara berkebajikan yang dibayangi Islam itu adalah hak Pas dan DAP tidak sepatutnya campur tangan dalam perkara itu.

Malah, jelas beliau, Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan menentang negara Islam kerana perjuangan Pas adalah menubuhkan negara berkebajikan berasaskan Islam, bukannya negara Islam.

Beliau sebaliknya menempelak UMNO kerana kenyataan daripada pemimpin DAP itu kelihatan senada dengan perjuangan parti pemerintah itu yang didakwa menolak penubuhan negara Islam.

MMI sendiri pun keliru dengan apa yang diungkapkan oleh Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Datuk Abu Bakar Chik apabila berkata PERJUANGAN PAS ADALAH MENUBUHKAN NEGARA BERKEBAJIKAN BERASASKAN ISLAM DAN BUKANNYA NEGARA ISLAM.

Apa yang sedang dilakukan oleh PAS hari ini ? Apakah mereka cuba menyelamatkan ikatan parti-parti dalam Pakatan Haprak dengan mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa ?

Apa yang membezakan negara berkebajikan berasaskan Islam dengan negara Islam ?

Apa yang MMI lihat ini merupakan satu lagi tindakan terdesak PAS dalam menangani isu hudud yang sudah menjadi isu besar bukan saja kepada parti PAS malah turut mengheret DAP ke dalam kancah kemelut tersebut.

Yang lebih menghairankan MMI adalah sikap pemimpin PAS itu sendiri yang tidak pernah konsisten dalam setiap kenyataan yang dikeluarkan.

Baru-baru ini MMI ada membuat entri berkenaan dasar PAS yang telah pun memberikan jaminan kepada DAP untuk tidak sesekali membangkitkan soal Hudud dalam Dewan Rakyat kerana di khuatiri mampu merencatkan peluang kemenangan Pakatan Haprak dalam PRU ke13 nanti.Klik Sini.

Segala tindakan PAS sebelum dan terkini jelas memperlihatkan kecelaruan dan kekeliruan yang sudah pun ditimbulkan oleh PAS yang hari ini dilihat terkial-kial untuk cuba terus mempertahankan integriti parti dan kepimpinan mereka.

Sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam , PAS sebenarnya sudah tidak lagi relevan dan perlu di tolak kerana mereka sudah pun melacurkan dasar perjuangan parti mereka sendiri demi menagih kuasa serta impian mahu ke Putrajaya.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels