Followers

Thursday 2 August 2012

PAS Sudah Buktikan Mereka KUFUR !!


Apakah mereka sudah habis berfikir ? Itulah soalan pertama yang keluar daripada mulut MMI apabila meneliti kenyataan terbaru daripada PAS apabila dengan jelas telah menyatakan tidak akan sekali-kali membangkitkan lagi soal Hudud di Parlimen sekiranya Pakatan Haprak memenangi pilihan raya yang akan datang.

Semuanya dengan alasan kerana gabungan 3 parti terdiri daripada PKR,DAPigs dan PAS yang membentuk Pakatan Haprak mempunyai agenda yang lebih besar untuk diperjuangkan antaranya  kedudukan ekonomi,kebajikan rakyat,hak wanita dan lain-lain.

Kenyataan yang dibuat oleh Mujahid Yusof Rawa ini jelas bertentangan dengan apa yang sedang di perjuangkan oleh Nasrudin Hasan Tantawi Ketua Pemuda PAS Pusat (walaupun perlu berbohong untuk menang dalan berhujah).

Malah Mujahid juga turut memberikan arahan kepada semua ahli Pas di semua peringkat khususnya yang di peringkat bawahan supaya menghormati keputusan muktamar Pas yang lalu untuk memberikan tumpuan kepada Negara Berkebajikan kerana kegagalan menghormati keputusan muktamar tersebut bererti ahli Pas mensabotaj peluang Pakatan Haprak untuk menang dalam pilihan raya yang akan datang.

MMI memetik sebahagian daripada kenyataan Mujahid dalam TheSun Daily yang berbunyi

Mujahid also urged PAS leaders to ensure that lower-rank members respect the decisions made during the PAS muktamar (annual gathering) for focus on a welfare state, as they may otherwise sabotage PR's chances in the general election.Berita Penuh

Apakah ini pendirian Pas sekarang ? Jika benar maka jelaslah Pas sememangnya telah lari daripada landasan perjuangan mereka sendiri yang kononnya memperjuangkan Islam.

MMI bersimpati dengan sebahagian besar juak-juak Pas khususnya Ustaz-ustaz dan mereka-mereka yang terdiri daripada para pemuda dan Unit Amal Pas yang selama ini hanya dijadikan sebagai pencacai kepada nafsu para pemimpin tertinggi Pas untuk mendapatkan kuasa.

Tindakan tidak akan membangkitkan soal Hudud dalam parlimen membuktikan Pas sudah pun menolak hukum Islam.

Sebagai seorang rakyat yang beragama Islam sudah pasti tindakan meletakkan kepentingan Islam dikedudukan yang tertinggi merupakan matlamat utama.

Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen untuk melaksana atau melakukan sesuatu perubahan khususnya yang melibatkan institusi undang-undang maka ianya perlu di bawa ke parlimen bagi mendapatkan persetujuan.

Apakah dengan tindakan untuk tidak membangkitkan soal hudud di parlimen Pas mampu untuk melaksanakannya satu hari nanti waima Pakatan Haprak menang 2/3 kedudukan kerusi ?

Jawapannya sudah pasti tidak boleh ! Maka apa yang diperkatakan oleh Mujahid jelas merupakan satu jawapan kepada apa yang selalu di sebut sebagai Pas melacurkan agama demi kepentingan peribadi dan nafsu untuk berkuasa.

Pernahkah UMNO selama ini menolak hudud ? UMNO tidak pernah menolak Hudud malah yang ditolak selama ini adalah Hudud Pas bilamana Hudud Pas yang dicadangkan mempunyai banyak kelemahan.

MMI bawakan contoh kelemahan Hudud Pas yang di perbincangkan di Parlimen.


Dalam rakaman seterusnya anda perlu mendengar apa yang di ucapkan oleh Ahli Parlimen Pas  Salahudin Ayub.


Rakaman seterusnya memperlihatkan bagaimana Hudud Pas membenarkan isteri di liwat dihuraikan oleh Ahli Parlimen Bebas Zulkifli Nordin.


Dan anda saksikan bagaimana juak-juak Pas menjawab apa yang dikatakan sebagai tuduhan oleh Ahli Parlimen Bebas Zulkifli Nordin berkenaan isu yang dibangkitkan.


Mungkin kerana inilah maka hari ini Pas membuat keputusan untuk tidak lagi membangkitkan soal Hudud dalam parlimen ?

UMNO juga pernah menyatakan bahawa untuk melaksanakan undang-undang Hudud ianya memerlukan satu kekuatan mahupun perancangan yang rapi supaya ianya tidak menjadi satu undang-undang yang berat sebelah dalam suasana politik dan masyarakat majmuk di Malaysia.

Malah ianya memerlukan satu persediaan dan penerangan yang rapi supaya rakyat seluruhnya boleh menerima Hudud dan tidak dilihat sebagai undang-undang yang kejam bagi sesetengah pihak (rakyat yang bukan beragama Islam).

Walaupun UMNO dan kerajaan Barisan Nasional masih tidak melaksanakan undang-undang Hudud  tetapi dalam soal membangunkan Islam di Malaysia UMNO lah yang kedepan.


Persoalan paling penting kepada kita sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam perlu jawab adalah :

Apakah dengan tidak terlaksananya hukum Hudud di Malaysia hari ini kita dianggap tidak Islam ?

MMI yakin kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Mujahid Yusof Rawa telah pun menjelaskan sejelas-jelasnya siapa sebenarnya yang berjuang dan berusaha untuk meletakkan Islam itu di tempat paling tinggi dalam negara kita Malaysia.


Akhir kalam pernahkah anda semua terfikir tindakan Pas untuk memberikan tumpuan kepada agenda lain yang dikatakan lebih besar itu dengan tidak meletakkan Hudud sebagai keutamaan perjuangan parti hari ini adalah tindakan yang salah ?

Sekiranya jawapan anda PAS SALAH bermakna perjuangan Pas juga sebenarnya salah malah Pas sudah membuktikan mereka kufur.

Tetapi sekiranya jawapan anda PAS TIDAK SALAH dan anda beranggapan bahawa untuk melaksanakan Hudud di Malaysia memerlukan satu gerak kerja yang tersusun malah persediaan dan perancangan yang cukup rapi dengan memberikan kefahaman yang sebenar-benarnya kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya kepada mereka yang bukan beragama Islam , anda sebenarnya sudah menyatakan perjuangan UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional selama ini adalah di landasan yang betul tanpa pernah mengkafirkan sesama Islam.

Allahualam..



Psstt Rasanya dalam sedikit masa lagi akan kedengaran kenyataan yang berbunyi itu adalah pandangan peribadi Mujahid Yusof Rawa dan bukannya kenyataan rasmi parti Pas.

Selalu sangat !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels