Followers

Wednesday 1 August 2012

Rafizi Mengaku Tidak bersalah !!


Rafizi Ramli Pengarah Strategik PKR diberitakan telah di tahan pihak Polis jam 7 pagi tadi di rumah beliau.Malah beliau juga didapati tidak mengaku salah di mahkamah dan dibenarkan untuk diikat jamin.

Rafizi Ramli telah ditahan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 dan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Pihak Mahkamah diminta oleh Pendakwaraya supaya Rafizi diikat jamin RM100 ribu dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah. Sebaliknya, pihak peguambela yang diketuai Naib Presiden Parti Anwar, N Surendran membantah dengan alasan nilai ikat jamin itu terlalu tinggi selain Rafizi tidak mungkin ke luar negara tanpa kelulusan daripada parti.


Hakim walaubagaimanapun memerintahkan supaya Rafizi diikat jamin RM15 ribu dan dijamin oleh ADUN seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad manakala pasport antarabangsanya tidak diserahkan kepada mahkamah.

Sementara itu, Johari Muhamad iaitu pemberi maklumat mengenai Pusat Fidlot Nasional (NFC) kepada Rafizi turut menerima pertuduhan yang sama. Johari merupakan bekas kerani Public Bank, dikatakan salah seorang pemberi maklumat mengenai pembelian hartanah mewah yang didakwa dilakukan oleh keluarga Shahrizat di KL Eco City, Bangsar.Lagi Berita

Kepada Rafizi dan seluruh juak-juak Pakatan Haprak jangan lupa perkara paling asas dalam penahanan ini kerana terdapatnya laporan polis yang di buat oleh pihak-pihak tertentu supaya tindakan di ambil.

Oleh itu jangan pula ada yang kata ini arahan dari orang itulah orang inilah..Sebab Pakatan Haprak ni sememangnya kaki auta..

Pssttt Public Bank pula macam mana ? Tak perlu minta maaf ka apa ka ??

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels